Langkau ke kandungan utama

Yasmin Mogahed – Reclaim Your Heart


Oleh: Apiscuer
Di dalam buku ini terdapat banyak kupasan yang menarik. Pandangan peribadi aku terhadap buku ini, ianya agak mengarut di mana harganya dijual begitu mahal, dan agak nipis. Tetapi bila dibaca isinya, begitu banyak perkara yang dikupas.

Ia lebih kepada motivasi diri bagi sesiapa yang mengalami masalah dalam hidup. Gaya penulisan yang agak santai, tapi menyentuh hati. Terdapat banyak isu yang disentuh. Dalam review ini, akan disentuh beberapa perkara yang menarik perhatian.

Selain memberi nasihat tentang bagaimana untuk menghadapi masalah, Yasmin juga menyentuh perkara lain seperti feminisme dan masalah umat Islam pada masa kini. Seperti yang kita tahu bahawa kita dari dahulu lagi tidak bebas dari apa-apa jenis perhambaan. Ada yang menghambakan diri kepada nafsu, harta, pangkat dan darjat. Mungkin mereka mengatakan mereka tidak menghambakan diri tapi dalam tak sedar mereka melakukannya.

Antara perkara yang boleh menjadi ‘sembahan’ manusia adalah gelaran. Ataupun nama suatu kelompok. Mungkin boleh dikatakan bawah kategori pangkat atau darjat. Rasanya ramai yang gilakan nama ke atas mereka. Seolah-olah mereka itu unik, berlainan dari yang lain. Tapi dalam tidak sedar, dengan pemberian nama ke atas suatu orang kerana berbeza pendirian, dan pendapat, ini memudahkan bagi sesiapa untuk memecahbelahkan suatu masyarakat tersebut.

Kritik Terhadap Feminisme
Salah satu perkara yang disentuh oleh Yasmin adalah feminisme. Suatu gerakan yang inginkan hak samarata sepertimana apa yang lelaki boleh perolehi. Cuma persoalannya, apa yang penting sangat untuk menjadi lelaki? Apakah menjadi wanita itu suatu penghinaan? Mereka seolah-olah meletakkan suatu piawaian yang bagus adalah dengan menjadi lelaki. Apa yang lelaki lakukan, bila mereka juga boleh lakukan, mereka jadi bangga. Siapa yang mencipta piawaian bodoh ini?

Memang benar apa yang dilawan oleh para penyokong feminisme ini seperti gangguan seksual, keganasan ke atas wanita, hak bekerja diberi lebih kepada lelaki dan apa-apa sahaja bentuk kezaliman ke atas mereka. Apa-apa pun yang mereka perjuangkan jika di atas nama ‘hak samarata’, ianya sentiasa tidak akan adil. Perkara yang perlu diketengahkan adalah memperjuangkan keadilan bagi sesiapa sahaja yang tertindas. Perempuan tertindas, lelaki pun ada yang tertindas, oi.

Bagi aku, jika perempuan itu inginkan keadilan, ianya tidak menjadi suatu masalah. Perjuangkanlah apa yang mereka mahukan. Keadilan dalam bekerja, mendapat pendidikan, hak untuk mengundi, dan apa-apa sahaja yang mereka rasa mereka perlukan. Ramai orang yang fikir bahawa bila perjuangkan hak samarata, ianya adil. Tidak! Keadilan merangkumi hak samarata, namun hak samarata tidak merangkumi seluruh konsep keadilan. Sepertinya ia adalah bulatan besar dan bulatan kecil. Yang besar itu keadilan, kecil itu hak samarata. Bulatan kecil itu tidak akan dapat menutup bulatan besar, namun bulatan besar sebaliknya.

Hak samarata adalah suatu perkara yang sukar untuk dicapai dan banyak cacatnya. Bagaimana untuk memperjuangkan hak kalau lelaki perempuan itu tidak ‘samarata’? Memang benar kita ini sama manusia. Tapi perlu diingatkan bahawa keupayaan kita ini berbeza.

Lelaki mungkin boleh melakukan pelbagai kerja berat, dan perempuan ada hadnya. Bukanlah aku nak menghina perempuan sangat, tapi itulah hakikat.

Tidak dapat melakukan kerja berat bukanlah suatu perkara yang hina. Kekuatan perempuan itu terletak pada tempat yang lain. Perempuan mampu melahirkan banyak anak yang baik ke dunia ini. Dan lelaki tidak mampu. Mungkin ada sebabnya mengapa lelaki tidak diberi keupayaan untuk melahirkan anak. Bukankah itu suatu perkara untuk mereka banggakan?

Kesimpulannya, dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan masing-masing, kita mampu hidup dengan harmoni. Lelaki teruskan kerja mereka di mana keupayaan mereka diperlukan, perempuan pun sama juga. Masing-masing memainkan peranan sendiri. Lelaki perempuan, tiada siapa yang lebih mulia atau hina. Kita sama manusia.


Peace yo!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk