Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muhammad Adli Azimat

ULASAN DAN KRITIKAN TERHADAP BUKU REVOLUSI SENYAP.

Oleh: Muhammad Adli Azimat              Revolusi Senyap ialah sebuah buku yang dikarang oleh Kamaludin Endol. Buku ini berasaskan idea-idea yang disampaikannya dalam novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghaffur (BTWG). Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011. Secara umumnya, buku ini terbahagi kepada 2 bahagian dan dipecahkan kepada 19 bab. Penulis memfokuskan ideanya mengenai sistem politik dan pemerintahan Islam di Malaysia. Dalam pembuka kata, penulis menegaskan bahawa survival politik orang Melayu hanya bergantung kepada kuasa Raja-Raja Melayu. Konsep negara Islam Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghaffur (negara perpaduan, negara keselamatan dan negara kebahagiaan) dicadangkan oleh penulis dan beliau menyeru semua pihak untuk menerima buah fikirannya tanpa sebarang bantahan.             Dalam bab 1: Senario Politik Malaysia, penulis meng...

Anwar Ibrahim Berpesan Buat Generasi Muda Islam

oleh: Muhammad Adli Azimat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membukukan ucapan dasar Presiden ABIM ke-2, saudara Anwar Ibrahim dalam Muktamar ABIM pada tahun 1975. Ucapan beliau dibacakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Pemangku Presiden pada ketika itu) dek kerana saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan di bawah Akta ISA kerana mengetuai Demonstrasi Baling 1974.           Ucapan dasar saudara Anwar Ibrahim diwarnai dengan kupasan-kupasan isu yang hangat pada ketika itu dan menerangkan kepentingan gerakan Islam seperti ABIM dalam membangunkan semangat rohaniah umat Islam di Malaysia yang sudah lama pudar kerana jauh daripada pendedahan terhadap Islam. (Pengertian soal solat, aurat, tadbir urus kerajaan dan hukum-hakam Islam)           Dalam buku ini, terdapat 10 bab kecil yang menunjukkan pemikiran tajam saudara Anwar Ibrahim sebagai  peneraju gerakan Islam. Setiap pers...