Posts

Showing posts from January, 2017

HAKIKAT KESAWOMATANGAN- Esei tentang “Black Skin, White Masks” karya Frantz Fanon

Image
HAKIKAT KESAWOMATANGAN Esei tentang “Black Skin, White Masks” karya Frantz Fanon OLEH: HUD-2
“Apa yang penting bukanlah untuk memberi pendidikan [ala Barat] buat kaum Negro, tetapi untuk mengajar mereka supaya tidak menjadi hamba arketip [stereotaip] mereka tersendiri.” Frantz Fanon, Black Skin, White Masks
“ORANG kita memang pemalas.” “Itulah orang Melayu. Tak boleh tengok orang lain berjaya. Dengki memanjang.” “Janji Melayu betul lah kau ni! Semalam sembang lebat mula pukul 9!”
            Sebagai seorang Melayu yang disosialisasikan (dimasyarakatkan) secara normal di Malaysia, pastilah ungkapan-ungkapan basi di atas tidak asing dari wacana kehidupan sehariannya. Hakikat kemelayuannya dituduh sebagai sumber permasalahan manusiawi. Member pijak member, tuduh Melayu. Member datang lambat, tuduh Melayu. Pemimpin korup, tuduh Melayu. Berzina, buang anak, merempit? Tuduh Melayu. Akhirnya, menjadi seorang Melayu ibarat menghidap satu penyakit genetik yang sukar disembuh. Dan sebagai seorang pesak…