[BERITA] KDN Merampas Karya Esposito Oleh: Iltizam Iman Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan sebuah buku yang dibeli dari luar negara oleh seorang warga tempatan. Syed Ahmad Fathi, membeli buku yang bertajuk "Who Speaks for Islam?" yang ditulis oleh John L. Esposito dan Dalia Mogahed dari Bookfinder, yang berpusat di Amerika Syarikat. (Syed Ahmad Fathi, gambar dari Facebook beliau) Syed Ahmad Fathi, seorang penulis dan juga penggemar buku, berkongsi di laman media sosialnya bahawa beliau sangat terkejut dengan penahanan buku yang dibelinya itu. Menurut surat penahanan yang bertarikh 24 April 2021, buku tersebut ditahan di bawah Seksyen 9A, 17 dan 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) kerana disyaki sebagai hasil penerbitan yang boleh dikenakan perintah larangan di bawah Seksyen 7(1) AMCP 1984. "Saya kira buku ini (sifatnya) akedemik, jadi tak pasti kenapa ditahan..." tulis beliau di laman facebo...
'melawan dengan buku!'