Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

KONSEP MANUSIA MENURUT MARX

Nama Karl Marx sering dikaitkan dengan atribut – atribut negative seperti atheis, kiri, pemberontak, totaliter, materialism dan lain – lain. Marx dianggap percaya bahawa motif tertinggi psikologis manusia adalah keinginannya untuk bersenang – senang dan memperoleh keuntungan maksimum. Marx kemudian dicop sebagai mengabaikan kepentingan individu. Marx dikatakan tidak menghargai atau memahami keperluan spiritual manusia. Dan kritik Marx terhadap agama difahami sebagai penolakan terhadap semua nilai spiritual. Penulis buku ini iaitu Erich Fromm, menegaskan bahawa gambaran semacam itu adalah tidak benar dan lebih merupakan sebuah fitnah. Marx adalah seorang humanis. Marx adalah pejuang paling agresif untuk kebaikan, tidak mampu untuk bertoleransi kepura – puraan atau penipuan, dan tidak dapat menerima rasinoalilasi yang tidak jujur atau penyataan fiktif tentang masalah – masalah penting. Tujuan Marx tidaklah lain tidaklah bukan melainkan untuk pembebasan spiritual manusia,

MASA DEPAN POLITIK RADIKAL

Sementara Melampaui Ekstrim Kiri dan Kanan adalah tajuk kecik (bunyinya lebih chill dari kecil kan?) kepada tajuk besar Masa Depan Politik Radikal yang ditulis oleh Anthony Giddens (versi terjemahan Melayu Indonesia) terbitan Pustaka Fajar. Apakah ertinya bersikap radikal secara politik saat ini? Mengingat hantu yang membayangi dan mengusik tidur nyenyaknya kaum borjuis Eropah, dan yang selama 70 tahun menjelma nyata telah kembali kea lam kubur. Harapan kaum radikal akan suatu masyarakat, seperti yang dikatakan oleh Marx yang umat manusianya dapat ‘benar – benar bebas’ tampaknya telah berubah menjadi khayalan kosong. Gagasan tentang radikalisme politik telah lama dikaitkan utamanya dengan pemikiran sosialis. Menjadi seorang yang ‘radikal’ membawa erti memilik pandangan tertentu tentang kemungkinan – kemungkinan yang lekat dengan sejarah – radikalisme bererti melepaskan diri dari cengkaman masa lalu. Sebagian kaum radikal merupakan revolusioner: menurut mereka,

REVOLUSI PERMANEN

LEON TROTSKY Revolusi Permanen merupakan sumbangan terpenting Trotsky bagi Marxisme. Teori ini dikembangkannya pada tahun 1904, menjelang Revolusi Rusia yang pertama. Bertentangan dengan keyakinan umum pada masa itu, dalam teori tersebut Trotsky menyatakan bahawa kelas buruh Rusia mampu merebut kekuasaan. Ketepatan analisa Trotsky terbukti dengan keberhasilan parti Bolshevik mendirikan Negara buruh pertama di dunia. Trotsky bukan sahaja seorang pemikir Marxist yang tajam, peranan besarnya dalam Revolusi Oktober 1917 tidak ada yang dapat mengengkari. Ia adalah pendiri sekaligus komandan Tentera Merah. Dia memimpin perjuangan melawan birokratisasi Stalin yang membuatnya diusir dari bumi Soviet. Sebagai pendiri Internasional Keempat, dia terus mengobarkan semangat buruh dan kaum tertindas untuk bersatu melawan kapitalisme dan membangun masyarakat sosialis. Kata arwah Hugo Chavev, iaitu bekas Presiden Venezuela, saya mengikuti garis Trotsky – Revolusi Permanen –

BUKU HIJAU GADDAFI

Muammar Al Qadhafi (ejaan di buku ini, sekiranya di banyak tempat lain selalunya dieja sebagai Gaddafi, dan Gaddafi merupakan anak seorang Menteri di Malaysia yang menjadi peserta sebuah rancangan hiburan, Akademi Fantasia dengan nama timangan Dafi) Buku Hijau (atau Kitab Akhdar dalam bahasa Arab) buku ini di Malaysia diterbitkan oleh –sepertimana yang tertera di halaman bukunya- BIRO RAKYAT JAMAHIRIYA RAKYAT SOSIALIS ARAB LIBYA yang dicetak oleh Percetakan Pudu Sdn Bhd Bahagian Pertama Penyelesaian Masalah Demokrasi ‘Kekuasaan Rakyat’ Bahagian Kedua Penyelesaian Masalah Ekonomi ‘Sosialisme’ Bahagian Ketiga Sudut Sosial Bagi Teori Dunia Ketiga Tulis Gaddafi, ‘Alat pemerintahan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat manusia. ‘pertikaian dalam keluarga selalunya berpunca dari masalah ini. Ianya menjadi begitu penting setelah terbentuknya masyarakat – masyarakat moden. ‘semua bangs