Posts

Showing posts from November, 2013

ISLAM MELAWAN KAPITALISME

Image
Karya garapan Zakiyuddin Baidhawy ini mencuba menceritakan konsep - konsep keadilan di dalam Islam. Zakiyuddin banyak mengutip dari Majid Khadduri yang menulis 'The Islamic Conception of Justice' (ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu) selain dari Umer Chapra dll lagi.
Apabila Zakiyuddin dalam buku ini banyak menyebutkan tentang pengalaman kesarjanaan muslim dalam menghadapi gugatan ekonomi, membuatkan sesiapa sahaja yang cuba menyangkal kesarjanaan ekonomi Islam terpaksa berfikir semula.
Awal daripada buku ini, adalah nota kaki dari Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (Kuala Lumpur) yang ada menuliskan 'The Path to Global Prosperity: An Islamic Approach' membuatkan kita harus mencari juga selain daripada Fazlur Rahman yang seakan kabur dalam menulis Doktrin Ekonomi Islam (terjemahan) apakah ada lain lagi  kesarjanaan muslim yang cuba mengupas permasalahan ekonomi?
Menurut Zakiyuddin, bahkan sufi teologi seperti Al - Ghazali juga memiliki beberapa ide tentang ekonomi. Mela…

KEADILAN ILAHI - HAMKA

Image
Okey, buku ini aku belum baca lagi, akan tetapi covernya menarik hati betul. Kawan aku, Syafiq Shah baru sahaja mendapatkan buku ini, selain dua buah buku lagi iaitu Terusir dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang dikarang oleh Buya HAMKA.


Syafiq yang masih memburu karya Pak HAMKA bertanya, 'ada info bagaimana nak memburu karya Buya HAMKA yang lain?'

Aku ingat ini buku non fiksyen dan sama dengan genre 'Keadilan Ilahi' tulisan sarjana Iran, Murtadha Muthahhari, ternyata bukan. Ini adalah novel tulisan Buya HAMKA.

Kata Syafiq, setakat ni, ketiga-tiga karya Buya HAMKA yang dibelinya adalah terbitan Pustaka Dini. Kurang berpuas hati dengan cetakannya, dari sudut font yang terlampau besar. Tetapi isi dalamnya asli, masih tetap memaksa pembaca merujuk kamus dewan bahasa. Karya Buya HAMKA memang mengasyikkan.
Petikan dari novel Keadilan Ilahi - HAMKA:
"Wahai anak-anak gadis, bersuami itu biarlah dua perkara. Pertama dapat berlepas hati, tetapi tidak kena apa yang terasa…

TEOLOGI KIRI: Dr. Abdul Munir Mulkhan

Image
‘Agama sudah mati. Jika Nietzsche mengatakan Tuhan telah mati, aku mengatakan pula agama sudah mati, lebih fokus, khusus dan serius, Islam itu sendiri telah mati. Agama adalah tidak berguna, jika tidak mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia. Dan wahyu - wahyu adalah tidak berguna, jika manusia itu tidak wujud.’
Ini adalah inti kepada apa yang akan aku kumandangkan di mengupas buku karangan DR Abdul Munir Mulkhan berjudul ‘Teologi Kiri: Landasan Gerakan Membela Kaum Mustadh’afin, yang diberikan pengantar kata oleh Kuntowijoyo, seorang sasterawan intelektual yang pernah menulis, ‘Muslim Tanpa Masjid’ dan ‘Radikalisasi Petani’.
Bukan aku seorang yang mengatakan tentang kematian agama ini, Mulkhan menyebutkan bahawa tesis dari Fukuyama dan Huntington mengatakan bahawa di masa hadapan, agama akan bankrap, agama akan muflis apabila agama sudah tidak mampu memberikan apa – apa nilai guna, memberikan apakah faedah – faedah kepada penganutnya, selain membius penganutnya dengan dosa, denga…

Revolusi Belum Mati Surat-surat Malam Rahmat Jabaril

Image
Interaksi Kekuatan Revolusi. Revolusi Belum Mati  Surat-surat Malam Rahmat Jabaril,  menceritakan tentang keluh-kesah dalam perjuangan menentang penindasan. Seperti  yang kita ketahui Revolusi  itu membawa makna yang besar. 
Revolusi  itu sesuatu  yang bergerak pantas serta meluas. Jika perkara ini tiada maka matilah sebuah revolusi. 
Skop revolusi pula boleh dibahagikan kepada Revolusi sosiobudaya, revolusi ekonomi, revolusi politik. 
Dalam penulisan Rahmat Jabaril lebih menyentuh perjuangan sosial. Umum mengetahui bahawa Indonesia mempunyai berbagai-bagai krisis. Jadi wajarlah lebih banyak gerakan revolusi di sana berbanding di Malaysia. Pada pengakhiran buku ini Rahmat Jabaril ada menegaskan hala tuju sesebuah perjuangan.
Apa yang hendak ditekankan adalah semangat perjuangan. Dalam sesebuah perjuangan harus ada perhubungan atau interaksi antara para-pejuang. Selain dari pada itu sesebuah perjuangan tidaklah semestinya perlu mengangkat senjata. Ada seribu cara untuk berjuang, mengikut …

MEMALI ROUND II [FITE AGAINST CORRUPTORS!!]

Image
pada 17hb Disember 2012 pukul 4.15 pagi Baik. Beberapa bulan lalu aku terbaca sebuah buku. Rare juga buku tu. Tulisan seorang yang tak asing lagi. CN Afghani. Aku pernah baca buku-buku beliau ketika aku maseh kecik lagi.
Tapi buku kali ni rare betul. Aku tidak pernah jumpa buku ni. Semacam mendedahkan sesuatu yang tidak pernah didedahkan selama ini. Semacam segala prasangka selama ini mula dibukukan.
Bukunya bermukadepankan gambar Mat Sabu dan bertajuk Air Mata Memali. Menceritakan apa sebenarnya yang berlaku selepas kes Memali. Aku sudah biasa sangat dengan cerita Memali walaupun saat membaca buku itu aku belum sampai menziarahi lagi perkampungan para syuhada' tersebut.
Tetapi buku tu rare, dan membuat aku baca dalam sehari itu juga. Rare, sampai tahap aku menelefon nombor telefon pengedar/penjual yang tertera di muka depan buku tersebut. Tak pernah lagi aku baca buku sampai aku telefon penjual untuk bertanyakan di mana lagi boleh aku dapat sejumlah buku tersebut.
Rupa-rupanya nombor …

menyalin apa yang terpilih dari novel Ranah 3 Warna [A. Fuadi]

Image
pada 15hb Oktober 2012 pukul 10.35 pagi



Michael Jordan vs biri-biri
sebagai pelajar jurusan hubungan antarabangsa, kesemua rentetan kejadian ini membuka mataku. Rupa-rupanya bukan sahaja di negaraku, bahkan isu pemisahan atau separatisme turut berlaku di negara-negara maju. Tetapi apa yang menarik, separatisme tidak selalu dianggap negatif dan ternyata mampu dikumandangkan tanpa perlu ada pertumpahan darah dan konflik fizikal, cukup dengan diplomasi dan perdebatan secara aman.
oui ou non
semua orang menjulurkan leher melihat ke telunjukku yang mengarah ke wilayah nusantara. "Persamaan antara Indonesia dan Kanada adalah sekiranya peta negara kita dibandingkan, panjang negara kita hampir sama dari barat ke timur. Tetapi kami memiliki ribuan pulau dan kawasan laut yang luas," kataku menggebu-gebu.
"Combien? Berapa? 220 juta orang?" tanya Mado dengan muka hairan. Mungkin sukar baginya membayangkan sebuah negara dengan jumlah penduduk yang begitu besar, sebab dengan keluasan…