Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Jatuhnya Kubu Terakhir Untuk Bermulanya Sebuah Perjuangan: Budaya Penentangan Dalam Kenangan

oleh: Tommy Hatcher Pada posting yang lepas, saya menampilkan KRU -dalam FB- sebagai antara yang turut mempengaruhi sikap pemberontakan saya ketika di awal usia remaja, kali ini saya ingin berkongsi antara pengaruh pengaruh terawal dalam pembentukan peribadi dan jatidiri ketika melalui zaman kanak kanak. Di tangan saya, saya baru saja memiliki buku 'Darah Titik di Semantan dan Jatuhnya Kubu di Jeram Ampai setelah 20 tahun saya tidak pernah melihatnya. Abdul Rahman Haji Muhammad atau nama penanya 'Arman Sani' merupakan penulis prolifik untuk novel berdasarkan sejarah pada era awal dan pertengahan 80an. Naskah yang saya baru dapatkan semula setelah 'kehilangan'nya 27tahun yang lalu iaitu Jatuhnya Kubu Di Jeram Ampai,Perginya Datuk Bahamanku dan Darah Titik di Semantan serta satu karya yang serupa, Sumpah Pulau Tawar memberi semangat kepada saya untuk berkongsi antara bahan yang memberi pengaruh kepada peribadi penentangan dalam diri saya. Kebanyak

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan ‘nak tanam di jirat mana?’ Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostic –yang berdiri antara ragu dan tidak- ? atau bertuhan gaya deism –yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? atau bertuhan gaya pantheism –yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu-? Atau bertuhan seperti para mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi –atau semitic religion- seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang Islam? Sebentar. Persoalan

Emansipasi Wanita dalam Faridah Hanom.

Oleh: Zawani Syafiqah Faridah Hanom atau naskah asalnya yang bertajuk ‘Setia Asyik Kepada Masyuknya’ atau ‘Shafik Afandi Dengan Faridah Hanom’ adalah sebuah karya klasik oleh pelopor Kaum Muda di Tanah Melayu sebelum merdeka yang kurang dikenali dan diangkat hari ini iaitu Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi. Karya klasik yang bersifat romantis ini bukan semata-mata berkisarkan percintaan Faridah Hanom dan kekasihnya Shafik Afandi tetapi juga turut diselitkan isu emansipasi wanita (proses pembebasan wanita dalam agama atau ekonomi untuk mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki) dalam pergelutan adat dan agama.  Di dalam karya ini, Faridah Hanom ditonjolkan sebagai watak seorang perempuan berbangsa Arab (Mesir) yang bukan sahaja cantik rupa parasnya malah juga beradab dan berpendidikan tinggi; digambarkan bahawa dia fasih Bahasa Perancis dan tinggi ilmu agamanya seperti kebolehan membaca kitab-kitab ulama. Dia juga mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia yakni ingin membebask

(APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI SEORANG ABU DZAR?)

KATA PENGANTAR  (APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI SEORANG ABU DZAR?) “..Mengikuti tradisi Abu Dzar yang saya anggap guru saya, yang pemikirannya, pemahamannya akan Islam dan ajaran Syi’ah, dan yang cita-cita, keinginan-keinginan dan kegemarannya saya tiru, saya mulai perbicaraan ini atas nama Tuhan kaum tertindas (Bismillahi Rabbil Mustadh’afin)... [1] ” (Ali Syari’ati) Pertamanya, Abu Dzar adalah seorang non-komformis, dan dia harus dibaca sebagai seorang non-komformis. Dia satu-satunya sahabat Nabi Saw yang dikatakan, “..semoga Allah memberikan rahmat-Nya kepada Abu Dzar, yang hidup menyendiri, mati menyendiri dan akan dibangkitkan sendiri pula.” Dia adalah seorang pejuang kebenaran, yang akhirnya seperti tradisi para Nabi selalu ditinggalkan. Dia adalah seorang yang teguh pendirian walau senantiasa sendirian. Keduanya, dia berasal dari rebellious proletariat – kaum Robin Hood ‘versi Arab’ iaitu kabilah Ghifar. Ini perlu disebutkan untuk memberitahu latar pember