Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Kata Pengantar Komrad Aaron untuk #BukuHijauUntukPemula

Kata Pengantar Komrad Aaron Dinesh, Bekas Angkatan Rakyat Muda, Parti Rakyat Malaysia. Setelah lama tidak diterbitkan, Buku Hijau selama ini telah menjadi sebuah artifak sejarah suatu zaman (tepatnya 28 tahun yang lalu) di mana ramai anak-anak muda yang gemar mempelajari Falsafah Politik dan Ideologi belum lahir. Zaman itu adalah Perang Dingin, dan banyak hal yang kita lihat sekarang di dunia adalah hasil bentukan dan perkembangan dari satu pertentangan yang penuh dengan debat, perisikan ( espionage ) dan perang proxi. Hitam dan Putih itu adalah standar/orde (trend politik antarabangsa) yang kita perlihatkan dan persoalan ‘ Siapakah yang anda harus memihak? ’ menjadi penentu kelangsungan dan kemapanan sesebuah negara. Dunia politik moden pada masa itu seperti sebuah papan catur yang luas dan tidak boleh lari dari hitam dan putih ini (Dunia sekarang hampir sama cuma pemainnya sahaja yang berbeza). Tetapi kita harus tahu bahawa tidak semua adalah hitam dan putih, sebenarnya

Muat Turun Seruan Zarathustra Karya Nietzsche

Karya Nietzsche, Seruan Zarathustra. Boleh muat turun di  sini.

Nota Penerbit untuk #BukuHijauUntukPemula

Nota Penerbit Naskhah asal diterbitkan oleh Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat Sosialis Arab Libya dan kembali disalin semula oleh team Republik Buku Selain penambahan nota editor dan kata pengantar dari Komrad Aaron Dinesh, tulisan dalam Buku Hijau edisi (terjemahan) Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat dst ini boleh dikatakan disalin semula secara penuh tanpa apa-apa tokok tambah, melainkan sedikit editan berdasarkan perkembangan Bahasa Melayu moden. Muammar Gaddafi semasa hidupnya adalah seorang pemimpin Dunia Ketiga yang dikenali. Banyak yang telah dilakukannya semasa beliau hidup, antaranya sektor pendidikan dan kesihatan adalah percuma. Meskipun begitu kematian beliau sangat disesali. Pada hari ini Libya sudah menjadi padang jarak padang tekukur akibat invasi dari musuh hasil campurtangan puak pemberontak. Kami sebagai pihak penerbit tidaklah mengatakan bahawa rejim Gaddafi tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi menjemput pihak luar untuk datang menyelesaikan permasalahan dala

Muat Turun Perang Tani di Jerman, karya Frederick Engels

Karya Frederick Engels, Perang Tani di Jerman. Boleh muat turun di  sini.

Muat Turun Putera Setia Melayu Raya Karya Ahmad Boestamam

Karya Ahmad Boestamam, Putera Setia Melayu Raya. Boleh muat turun di  sini.