Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Emansipasi Wanita dalam Faridah Hanom.

Oleh: Zawani Syafiqah Faridah Hanom atau naskah asalnya yang bertajuk ‘Setia Asyik Kepada Masyuknya’ atau ‘Shafik Afandi Dengan Faridah Hanom’ adalah sebuah karya klasik oleh pelopor Kaum Muda di Tanah Melayu sebelum merdeka yang kurang dikenali dan diangkat hari ini iaitu Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi. Karya klasik yang bersifat romantis ini bukan semata-mata berkisarkan percintaan Faridah Hanom dan kekasihnya Shafik Afandi tetapi juga turut diselitkan isu emansipasi wanita (proses pembebasan wanita dalam agama atau ekonomi untuk mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki) dalam pergelutan adat dan agama.  Di dalam karya ini, Faridah Hanom ditonjolkan sebagai watak seorang perempuan berbangsa Arab (Mesir) yang bukan sahaja cantik rupa parasnya malah juga beradab dan berpendidikan tinggi; digambarkan bahawa dia fasih Bahasa Perancis dan tinggi ilmu agamanya seperti kebolehan membaca kitab-kitab ulama. Dia juga mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia yakni ingin membebask

(APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI SEORANG ABU DZAR?)

KATA PENGANTAR  (APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI SEORANG ABU DZAR?) “..Mengikuti tradisi Abu Dzar yang saya anggap guru saya, yang pemikirannya, pemahamannya akan Islam dan ajaran Syi’ah, dan yang cita-cita, keinginan-keinginan dan kegemarannya saya tiru, saya mulai perbicaraan ini atas nama Tuhan kaum tertindas (Bismillahi Rabbil Mustadh’afin)... [1] ” (Ali Syari’ati) Pertamanya, Abu Dzar adalah seorang non-komformis, dan dia harus dibaca sebagai seorang non-komformis. Dia satu-satunya sahabat Nabi Saw yang dikatakan, “..semoga Allah memberikan rahmat-Nya kepada Abu Dzar, yang hidup menyendiri, mati menyendiri dan akan dibangkitkan sendiri pula.” Dia adalah seorang pejuang kebenaran, yang akhirnya seperti tradisi para Nabi selalu ditinggalkan. Dia adalah seorang yang teguh pendirian walau senantiasa sendirian. Keduanya, dia berasal dari rebellious proletariat – kaum Robin Hood ‘versi Arab’ iaitu kabilah Ghifar. Ini perlu disebutkan untuk memberitahu latar pember

Wahyu dan Revolusi: Antara Pro dan Kontra Karya Revolusioner Ziaul Haque.

Oleh: Bilis Sinis a.k.a Mohamed Rozaidy Buku setebal 301 halaman ini memakan masa yang agak lama untuk aku habiskan dan hadam. Percay a atau tidak, aku sempat menghabiskan pembacaan sebuah kompilasi cerpen sebelum aku menamatkan pembacaan aku terhadap buku ini. Seperti buku-buku lain, buku ini juga tidak terlepas daripada jangkaan aku melalui ulasan-ulasan ringkas dan juga saranan-saranan penerbitnya sendiri iaitu Republik Buku yang aku baca di media sosial sebelum aku membacanya kulit ke kulit. Jangkaan aku pada awalnya ialah buku ini bakal mendedahkan sisi pandang bagaimana wahyu yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu itu dapat menghidupkan kembali jiwa manusia di suatu tempat hatta di seluruh dunia sekalipun, dan bagaimanakah mesej wahyu itu dibawa oleh nabi-nabi yang betul-betul bersungguh (all out) untuk menyampaikan risalah Tuhan supaya manusia menyembah hanya kepada-Nya dan bukan kepada sembahan-sembahan lain. Malangnya, jangkaan aku sedikit meleset. Terbahagi kepad