Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nasir Hashim

Akupunktur oleh Dr. Nasir Hashim

  Pengantar Penerbit Dr. Nasir Hashim adalah seorang sosok Kiri tanahair yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Secara umumnya, khalayak aktivis dan masyarakat awam mengenali beliau sebagai aktivis dan bekas pimpinan Parti Sosialis Malaysia, juga bekas ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), bergiat aktif bersama peneroka bandar menuntut hak mereka, juga pernah bertanding di Kota Damansara dan menang di sana (2008-2013), menjadikan beliau antara senarai politikus Kiri yang pernah menang pilihanraya di Malaysia, sebaris dengan Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Hassan Karim, Dr. Jeyakumar, Tan Seng Giaw dll, juga pernah didekamkan selama 15 bulan semasa Operasi Lalang 1987 oleh penguasa (rejim Mahathir waktu itu) dengan akta I.S.A. Sementara itu dari sudut akademik beliau memperolehi Ph.D di Cornell University, Ithaca, New York seterusnya pernah me...

Menilai Semula Syahadah Kedua Karangan Syazreen Mohd

  oleh: Benz Ali Muqaddimah Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengulas di blog ini tentang buku terbaru terbitan Ilham Books karangan Syazreen Mohd ini. Saya berjanji kepada penerbitnya akan mengulas pada bulan 7 tempohari di blog ini, malangnya ada hal-hal lain yang menganggu fokus, dan juga faktor kesihatan yang tidak menentu. Buku setebal 193 ms ini meskipun tidak begitu tebal, tetapi perbahasannya berat lagi mendalam. Ia tidak boleh diulas sambil lewa. Maka kerana itu saya telah menghabiskan masa saya untuk menonton diskusi buku ini (live FB) anjuran penerbitnya sendiri, Lestari Hikmah, Borneo Komrad dll, yang menjemput panelis dari serata ceruk nusantara, Borneo, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Dan baru-baru ini juga di Clubhouse dianjurkan diskusi berkenaan buku ini oleh Purana School yang dikendalikan oleh Megat Hanis, Sadiq Jebat, Shukri Mokhtar juga panelis jemputan Amirul Mukminin. Diskusi yang sama turut dihadiri seteru akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi di nusanta...