Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tommy Hatcher

Jatuhnya Kubu Terakhir Untuk Bermulanya Sebuah Perjuangan: Budaya Penentangan Dalam Kenangan

oleh: Tommy Hatcher Pada posting yang lepas, saya menampilkan KRU -dalam FB- sebagai antara yang turut mempengaruhi sikap pemberontakan saya ketika di awal usia remaja, kali ini saya ingin berkongsi antara pengaruh pengaruh terawal dalam pembentukan peribadi dan jatidiri ketika melalui zaman kanak kanak. Di tangan saya, saya baru saja memiliki buku 'Darah Titik di Semantan dan Jatuhnya Kubu di Jeram Ampai setelah 20 tahun saya tidak pernah melihatnya. Abdul Rahman Haji Muhammad atau nama penanya 'Arman Sani' merupakan penulis prolifik untuk novel berdasarkan sejarah pada era awal dan pertengahan 80an. Naskah yang saya baru dapatkan semula setelah 'kehilangan'nya 27tahun yang lalu iaitu Jatuhnya Kubu Di Jeram Ampai,Perginya Datuk Bahamanku dan Darah Titik di Semantan serta satu karya yang serupa, Sumpah Pulau Tawar memberi semangat kepada saya untuk berkongsi antara bahan yang memberi pengaruh kepada peribadi penentangan dalam diri saya. Kebanyak...

“Sepanjang Jalan Kiri yang Penuh Duri”

Oleh: Tommy Hatcher Sebuah Roman Novel Haluan Kiri yang lebih Kiri Terbitan Merpati Jingga, Cetakan Pertama, Oktober 2016 Segalanya adalah Kiri dari ideologi, Cinta-Benci, oposisi termasuk agamawi, itulah komen kilat dalam pembacaan pantas tidak sampai satu malam terhadap karya idealis dalam bentuk novel-roman, sebuah karya terbaru dari sosok pemikir ‘bebas-fikir’ yang sempat meraih populariti kilat hasil dari berani kontra tetapi dinamik, progresif dan yang agak memuaskan masih mengekalkan konsentrasi dan stamina sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu saudara Benz Ali yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai bentuk dari Antithesis (santai/ringan), Koleksi Puisi Masturbasi (antologi puisi), Anti-Conformity (kritik sosial) dan Agama dan Hegemoni Negara: Siapa Cilok Agama? (idealistik/kritikal). Jalan Kiri Menuju Syurga merupakan kepelbagaian method (gaya/cara) penyampaian yang terbaru dipraktikkan oleh saudara Benz Ali dalam menerjemahkan gaya pemiki...

Tjokroaminoto Untuk Pemula: Dari Satu Pemikiran kepada Banyak Tindakan

Oleh: Tommy Hatcher  Tjokroaminoto Untuk Pemula: Dari Satu Pemikiran Kepada Banyak Tindakan (baca: Cokrominoto) siri sejarah terbitan distributor Republik Buku. Saya diminta oleh sidang redaksi distributor, 'RepublikBuku' untuk berkomentar untuk keluaran terbaru dari Republik Buku dalam Serial 'Siri Pemula'nya yang bermula dengan figur Sosialis Iran, Ali Syaria'ti dan tokoh pembebasan kulit hitam Amerika Syarikat Malcolm X yang telah dikomentar sebelum ini. Pemilihan figur yang berlainan tapi sefikrah juga merupakan strategi dari sidang redaksi dalam usahanya untuk mengangkat watak yang berbeza tapi mempunyai pemikiran yang 'sekepala'. Haji Omar Saeid Tjokrominoto yang merupakan figur pilihan untuk serial Pemula kali ini secara jujur lansung saya tidak kenali berbanding tokoh ternama terutamanya dari republik Indonesia yang lain. Kepayahan 'mengeja' nama figur ini juga menjadikan antara sebab saya kurang berminat dengannya. Progr...

Hamzah Fansuri: Sisi Gelap Sejarah Kesusasteraan Alam Melayu

Oleh: Tommy Hatcher  Buku yang diberi tajuk 'Tasawuf yang Tertindas’ ini telah sampai ke tangan saya sebulan yang lalu wal aupun merupakan teks kajian kesusasteraan alam Melayu yang saya dapatkan dari distrubutor RepublikBuku yang senantiasa cuba untuk bertahan dengan mendistrubisikan karya karya yang berkualiti tinggi dan diharapkan berilah sedikit sokongan untuk mereka terus bertahan dalam mempertahankan peradaban kesusasteraan kita Buku ini tidak begitu rumit sebenarnya dan juga agak menyeronokkan dengan pengkisahan serba sedikit sejarah tentang kesufian dan keseniannya lengkap dengan teks asli dan terjemahan, walaupun ketebalannya mencapai 445 m/s kerana hanya ada 7 seksyen termasuk pendahuluan dan latarbelakang seni dan falsafah kesufian secara umumnya dan satu seksyen yang membicarakan riwayat Syeikh al Hamzah Fansuri ini. Riwayat ketokohan Hamzah Fansuri sebagai bapa kesusasteraan alam Melayu juga sangat sulit untuk disusun akibat kurangnya maklumat tentangnya walau...