Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Rahsia Ummi: Suatu Perspektif

Oleh: Sven Medyona (tersiar awal di FB peribadi) Mungkin antara karya Faisal Tehrani paling lemah (bila saya katakan lemah, bukanlah bermakna ia boleh ditandingi secara lewa). Ideanya klasik: percintaan antara dua darjat. Karakternya kaya dengan ciri individual yang amat nyata. Jalan ceritanya agak klise, namun mujur Faisal Tehrani punya mutu dan kekuatan gaya bahasa yang amat tinggi, sehingga ia lebih cukup untuk menebus keklisean plot novel ini. Saya mula-mula mengenali penulis melalui seorang sahabat yang selalu berkongsi pautan blognya. Saya suka blognya yang selalu memerihalkan mengenai Syiah dan Iran, dari menjawab salah faham sehingga mengkhabarkan perkembangan serta kemajuan negara Ayatollah itu. Umur mula membaca pada 20 tahun, lalu jiwa rebel mencari kelainan membawa kepada toleransi terhadap minoriti. Begitulah saya mengenal sasterawan ini. Bermula dari kenal menjadi minat, sebelum bertukar kepada kekaguman dan peletakan pada senarai Guru Kehidupan.

Kata Pengantar Komrad Aaron untuk #BukuHijauUntukPemula

Kata Pengantar Komrad Aaron Dinesh, Bekas Angkatan Rakyat Muda, Parti Rakyat Malaysia. Setelah lama tidak diterbitkan, Buku Hijau selama ini telah menjadi sebuah artifak sejarah suatu zaman (tepatnya 28 tahun yang lalu) di mana ramai anak-anak muda yang gemar mempelajari Falsafah Politik dan Ideologi belum lahir. Zaman itu adalah Perang Dingin, dan banyak hal yang kita lihat sekarang di dunia adalah hasil bentukan dan perkembangan dari satu pertentangan yang penuh dengan debat, perisikan ( espionage ) dan perang proxi. Hitam dan Putih itu adalah standar/orde (trend politik antarabangsa) yang kita perlihatkan dan persoalan ‘ Siapakah yang anda harus memihak? ’ menjadi penentu kelangsungan dan kemapanan sesebuah negara. Dunia politik moden pada masa itu seperti sebuah papan catur yang luas dan tidak boleh lari dari hitam dan putih ini (Dunia sekarang hampir sama cuma pemainnya sahaja yang berbeza). Tetapi kita harus tahu bahawa tidak semua adalah hitam dan putih, sebenarnya

Muat Turun Seruan Zarathustra Karya Nietzsche

Karya Nietzsche, Seruan Zarathustra. Boleh muat turun di  sini.

Nota Penerbit untuk #BukuHijauUntukPemula

Nota Penerbit Naskhah asal diterbitkan oleh Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat Sosialis Arab Libya dan kembali disalin semula oleh team Republik Buku Selain penambahan nota editor dan kata pengantar dari Komrad Aaron Dinesh, tulisan dalam Buku Hijau edisi (terjemahan) Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat dst ini boleh dikatakan disalin semula secara penuh tanpa apa-apa tokok tambah, melainkan sedikit editan berdasarkan perkembangan Bahasa Melayu moden. Muammar Gaddafi semasa hidupnya adalah seorang pemimpin Dunia Ketiga yang dikenali. Banyak yang telah dilakukannya semasa beliau hidup, antaranya sektor pendidikan dan kesihatan adalah percuma. Meskipun begitu kematian beliau sangat disesali. Pada hari ini Libya sudah menjadi padang jarak padang tekukur akibat invasi dari musuh hasil campurtangan puak pemberontak. Kami sebagai pihak penerbit tidaklah mengatakan bahawa rejim Gaddafi tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi menjemput pihak luar untuk datang menyelesaikan permasalahan dala

Muat Turun Perang Tani di Jerman, karya Frederick Engels

Karya Frederick Engels, Perang Tani di Jerman. Boleh muat turun di  sini.

Muat Turun Putera Setia Melayu Raya Karya Ahmad Boestamam

Karya Ahmad Boestamam, Putera Setia Melayu Raya. Boleh muat turun di  sini.

Muat Turun Agama Versus Agama Karya Ali Syari'ati

Karya Ali Syari'ati, Agama versus Agama. Muat turun di  sini.

Muat Turun Mitos Peribumi Malas Karya Syed Hussein Alatas

Karya Syed Hussein Alatas, Mitos Peribumi Malas. Muat turun di  sini.

Lahanat kau, Jebat!!

Oleh: Nurhuda Manshoor Ceritanya tentang perlawanan akhir Tuah dan Jebat. Perlawanan yang kita selalu baca dan tonton. Pertempurannya dipersembahkan dengan cantik sekali melalui aksi ala-ala wira purba. Babak-babak lain yang menceritakan latar belakang perselisihan yang membawa kepada pertempuran tersebut diselitkan di dalam siri ulang-tayang yang menarik sekali. Tajuknya Lahanat Jebat. Sangka saya, saya tahu maksud ‘lahanat’ dan pemilihan tajuk untuk me’lahanat’kan Jebat adalah satu troll untuk menarik pembaca. Seorang Aduka Taruna tentunya memilih Jebat untuk menentang Tuah. Namun, untuk tujuan resensi ini saya cuba mencari maksud sebenar perkataan ini. Baru saya tahu perkataan ini digunakan secara ekslusif oleh orang Melaka semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Jadi saya kira penulis memang memilih tajuk ini secara khusus untuk buku ini. Buku ini dicetak dengan saiz yang bukan-biasa. Ia lebih pendek (1.5 – 2 cm) dari saiz buku yang biasa. Entah kenapa perk

IDEOLOGI: Sebuah Memoir Zin Mahmud, Sebuah Ulasan Lucy M

Oleh: Lucy M Dah habis baca buku memoir Pak Zin berjudul Ideologi. Buku yang hilang itu hari telah ditemui semula. Inilah petanda kebesaran tuhan. Buku memoir Pak Zin ini menceritakan perjalanannya dalam menukang aliran pemikirannya. Pada usia muda, semangat membaca telah meluap-luap di dalam diri Pak Zin dan mempertemukannya dengan buku-buku ideologikal. Salah satunya ialah sosialisme. Sebaik saja membaca buku itu, serta-merta Pak Zin mengaku dirinya sosialis. Gua tak tipu. Ini tulisan Pak Zin sendiri. Namun, perjalanan dalam menjadi seorang sosialis bukanlah sehala semata apatah lagi tanpa ranjau dan liku. Di dalam pengamatan Pak Zin terhadap iklim politik dunia pada zamannya itu memperlihatkan aliran sosialis telah pun berpecah kepada pelbagai blok dan arus. Ada yang mengikuti arus China Merah. Ada yang mengikuti arus Rusia. Ada juga yang pro kepada sosialisme tapi memilih untuk berkecuali dari menuruti dua arus besar ini. Memoir Pak Zin ini, bagi gua antara memo