Posts

Showing posts from December, 2015

Pelacur Kelas Pertama; ‘Never Judge The Book By Its Cover’

Image
TAJUK : PELACUR KELAS PERTAMA PENULIS: MELATI RAHIM M/SURAT: 206 M/S Terbitan: Merpati Jingga (INDIEKE) tukang ulas: Ummi Abibah Binti Mohamad Adi
‘Never Judge The Book By Its Cover’ Pendapat peribadi aku , perkaitan pepatah di atas dengan buku ni ada dua. Yang pertama berkenaan tajuk dan ’cover’’ buku tu sendiri dan yang kedua watak dalam kisah ni. Secara ringkasnya naskah tulisan Melati ini hasil gabungan 3 cerita tentang 3 perempuan yang tersepit dengan kemahuan keluarga, kehidupan bersuamikan malaikat bertopeng syaitan dan pemerdagangan orang. Dan kisah ni juga lebih menfokuskan watak Shuhada selepas berkahwin dengan ustaz lulusan universiti di Mesir.

Melalui karya ni juga aku tertarik dengan kisah wanita dari Kygyrstan, sebuah negara yang punya budaya pelik menculik pengantin. Di sana, kalau pihak lelaki sudah berkenan dengan perempuan, maka pihak lelaki tadi hanya perlu menculik bbakal isteri secara paksa dan dinikahkan walaupun tanpa kerelaan pihak perempuan. Aku kira sebagai penghina…