Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Review buku : Forbidden Lesson in Kabul Guesthouse

((SDRI. JULIYANA JUNAIDI)) Buku setebal lebih kurang 280 muka surat ni aku beli di Big Bad Wolf tempoh hari. Harganya cukup murah, Cuma RM3 sahaja. Kebanyakan buku lain yang dijual berharga RM8 namun aku pelik juga kerana buku ni Cuma berharga serendah RM3. Apa-apa pun, yang beruntung aku juga lah kerana dapat spend lebihan wang untuk buku lain. Aku cuma ambil masa selama empat hari untuk habiskan buku ni. Buku ni seakan ada suatu kuasa yang menarik aku untuk terus dan terus membacanya tanpa beralih ke buku lain seperti yang selalu aku lakukan. Mungkin sebab ia adalah berdasarkan pengalaman sendiri penulis tersebut. Buku ni mengisahkan tentang kisah benar seorang wanita yang bernama Suraya Sadeed. Seorang Afghan-American yang berhempas pulas demi anak-anak Afghanistan . Buku ini bermula dengan kisah percintaan rebel beliau dan suami beliau dan bagaimana kematian suami beliau membolehkan beliau menjadi seorang wanita yang sekuat sekarang ini. Wanita ini mempunyai hanya

REVIU MUHAMMAD SAW DAN KARL MARX TENTANG MASYARAKAT TANPA KELAS TULISAN MUNIR CHE ANAM

((ELHAM ABDUSSALAM))              Pembacaan saya bermula pada bulan Ogos 2014 dan berakhir empat bulan setelahnya.  Sudah menjadi kebiasaan untuk saya meletakkan penanda baca/sticky notes pada helaian mukasurat kegemaran yang mengandungi fakta-fakta baru.  Ternyata untuk buku ini saja, lebih 20 penanda baca telah saya buat menunjukkan betapa buku ini sarat dengan topik dan ide-ide kritis yang tidak hanya menghuraikan pemikiran Karl Marx malah menggandingkan doktrin beliau dengan ajaran-ajaran agama langit yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.  Walaupun perbandingan yang dibuat penulis boleh dicabar jika kita turut membaca Kritik Ali Syari'ati terhadap Marxisme, Munir Che Anam berjaya melorongkan sungai pandangan pembaca ke denai yang lain untuk direnungkan. Sejarah mana-mana agama tauhid pun akan membawa kita kepada periode penentangan antara puak yang lemah dan puak yang kuat.  Agama Hanif misalnya akan membawa kita ke cerita pembakaran Nabi Ibrahim a.s. yang didokong

ALI SYARI'ATI: MELAWAN HEGEMONI BARAT

(( SDRI. NUR ATIKAH KARIM )) Ali Syariati adalah tokoh pemikir Islam Iran dan antara intelektual awam yang berpengaruh dalam kebangkitan revolusi Islam Iran . Aku sebagai pembaca lebih suka mengenengahkan pemikiran Ali Syariati dalam kerangkanya melontarkan kritisme-kritisme yang bersifat tajam pada ulama-ulama tradisionalis di zamannya tanpa mempedulikan latar pemikiran teologi apa yang dibawanya. Sama ada Syiah, Sunni mahupun Wahabi. Ali Syariati berpendapat malah berkeyakinan malah Islam sebagai teologi pembebasan umat-umat tertindas dan menurut sisi pandangannya Islam ini terbahagi kepada dua iaitu Islam sebagai ideologi dan Islam sebagai budaya. Islam sebagai ideologi ini dibentuk Abu Dzarr dan Islam sebagai budaya dibentuk oleh Ibnu Sina. Menurut beliau lagi, Islam sebagai ideologi ini bertindak melahirkan mujahid (pejuang dalam menegakkan agama Allah) sedangkan Islam sebagai budaya melahirkan mujtahid (ulama). Jadi di sini, apa yang boleh aku katakan ialah Raunsy

Waktunya Tan Malaka Memimpin

Penulis: Eko Prasetyo & Aditya Permana Terbitan: RESIST BOOK Harga: RM 20 Halaman: 143 muka surat Sinopsis: Dalam model seperti komik buku ini berusaha membuat Tan Malaka dalam kesegaran, harapan dan keyakinan yang kuat. Di sana-sini ada imbuhan imaginatif; Tan Malaka ketemu Hugo Chaves hingga dialog dengan Castro. Ide yang kami alirkan untuk mencari titik-titik aktual gagasanya. Sekaligus juga sindiran ketika Tan Malaka ketemu dengan penguasa yang ada sekarang. Gambar yang memang tujuanya singkat; hentaman dan kritik. Tapi kami hanya ingin ingatkan ini bukan komik sejarah juga bukan komik kisah. Ini adalah persembahan provokatif kami tentang sesuatu yang kami rindu; pemimpin yang berani, nekad dan teguh. Tan Malaka mewakili kerinduan itu. Semoga komik ini bisa mengilhami keberanian kita semua – Eko Prasetyo & Aditya Permana

ATHEIST SEKALI LAGI

((Mohd Hasnul Mohd Sani))   Jika membaca dari tajuknya kita pasti beranggapan bahawa novel ini akan menceritakan mengenai golongan atheis dan juga akan merungkai mengenai kewujudan tuhan,asal usul kejadian manusia.Saya sendiri membayangkan perdebatan hangat antara golongan atheis dan theis.Tapi benarlah kata pepatah Inggeris (yang diterjemahkan)  Jangan Menilai Buku Dari Kulit nya. Tajuk buku ini tidak mencerminkan apa yang saya jangkakan. Walaupun begitu buku ini juga menarik untuk dibaca. Buku ini secaranya umumnya adalah sebuah novel cinta yang menggunakan latar belakang agama dan atheis.Pada pendapat saya,terdapat beberapa kritikan-kritikan kepada orang yang beragama Islam secara bertaklid buta dan kritikan ini serupa seperti kritikan Kaum Muda kepada Kaum Tua.Melihatkan kepada tahun penerbitannya (1949) bolehla dikatakan yang buku ini dihasilkan semasa perselisihan antara Kaum Muda dan Kaum Tua sedang berlaku dan buku ini dihasilkan untuk mengkritik Kaum Tua secara hal