Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

review buku Ulama' yang Bukan Pewaris Nabi

(boleh menonton pelancaran buku ' Ulama yang bukan Pewaris Nabi ' di sini ) - review buku oleh Mohammad Hafiz Zahari (Apis Cuer) - Buku ini memberi banyak kritikan ke atas isu agama Islam yang berlaku di Malaysia. Memang banyak perkara yang disentuh dan yang paling menarik perhatian adalah bahagian buku. Terdapat dua bab untuk buku iaitu Buku Boleh Merosakkan Akidah? , Dan Buku Bukan Kitab Suci .  Sekarang membaca buku adalah suatu fenomena yang diberi nafas baru. Sepertimana waktu dahulu ketika kes Anwar Ibrahim, kemudian banyak karya politik yang dibaca oleh masyarakat. Ramai yang mula membaca dan berbincang tentang apa-apa hal politik di sekeliling mereka. Bacaan yang paling menarik perhatian bagi saya adalah hasil karya Syed Hussein Al-Attas. Dan kini para belia mulai giat dalam menghasilkan karya mereka sendiri, dan banyak penerbit yang berusaha untuk menerbit tulisan mereka untuk disebarkan ke seluruh Malaysia. Ia mendapat sambutan yang hangat. Namun, past

Berfikir Gaya Al Fateh

(review oleh Iman Danial Hakim) Sepanjang satu minggu yang lalu, saya mengisi sela-sela waktu antara program-program dan komitmen bersama keluarga dengan menikmati buku Berfikir Gaya Al Fateh ini. Sultan Muhammad Al Fatih dikagumi kerana beliau adalah insan yang membenarkan hadis Rasulullah (bisyarah nubuwwah). Jarak antara kenyataan Rasululllah ketika peperangan Khandaq dengan peristiwa pembukaan kota Konstatinopel (kini dikenali sebagai Istanbul) hampir 800 tahun lamanya. Dorongan untuk membuka antara kota terkebal pada ketika itu tidak sekadar atas faktor kepercayaan yang tinggi dengan kata-kata Rasulullah, bahkan kesungguhan umat Islam untuk menawan Konstatinopel juga mengambil kira faktor seperti sejarah dan geografi. Konstatinopel masyhur dengan kedudukan strategiknya, menawan Konstatinopel bererti menawan pintu masuk ke Eropah Timur dan mengawal laluan Asia-Eropah. Dari sudut sejarah, kerajaan Byzantin yang memimpin Konstatinopel adalah musuh ketat Islam. Bang

Ulasan Buku: Peranan Intelektual oleh Usman Awang dan Pramoedya Ananta Toer

Tajuk Buku: Peranan Intelektual Karya: Usman Awang dan Pramoedya Ananta Toer Penerbit: INSAN, Institut Analisa Sosial. Tahun: 1987 Bil. M/S: 29 Pengulas: Sdr. Khalil             Buku nipis yang setebal 29 muka surat ini, walaupun nampak kecil pada fizikalnya, namun mapan dari segi isinya. Diterbitkan oleh INSAN atau nama penuhnya Institut Analisa Sosial- pengulas tidak tahu sama ada institut ini masih wujud atau barangkali wujud namun sudah bertukar nama-. Buku kecil ini tersedia dengan pandangan dua sarjana yang sudah tidak asing lagi dalam dunia nusantara yang membicarakan sesuatu yang dianggap besar dan juga kadang-kadang orang menyebut topik ini hanya layak diperbincang oleh ilmuwan-ilmuwan sahaja. Namun begitu, jika kita mahu menyebut bahawa perbincangan soal intelektual ini merupakan hanya layak diperbincang sidang ilmuwan sahaja, maka ia sangat kontradik dengan hal yang tersedia dalam buku kecil ini. Pengulas tidak mahu memanjangkan ulasan dengan menceri

Islam Di Barat, Muslim di Timur.

(review oleh Ir Ramadhan UIA) Buku : Islam Di Barat, Muslim di Timur. Penulis: Dr Zulkifli Hassan Bismillahirahmanirrahim. Saya membayangkan ketika melihat muka depan buku ini adalah sebuah keadaan dan masyarakat yang mempraktiskan dan menjunjung tinggi nilai-nilai Islam di benua barat. Manakala, dari satu sisi imaginasi saya adalah masyarakat di bahagian dunia Islam yang sibuk bertelagah kerana perkara-perkara di langit dan keadaan sekitar yang hambar. Mungkin sahaja imaginasi saya itu salah. Tetapi asbab wujudnya imaginasi seperti itu adalah daripada pemerhatian terhadap masyarakat tempat saya tinggal dan juga keadaan semasa yang terjadi di tempat majoriti umat Islam. Entah kenapa saya merasakan bahawa dunia Islam ini sangat miskin budaya-budaya Islam di amalkan dan sangat kaya dari aspek pembangunan material. Berbeza dengan dunia majoriti bukan Islam dan dipimpin pula oleh pemimpin bukan Islam mereka kaya dengan budaya-budaya Islam dan kaya juga dengan pembangunan

Ibu Melayu Mengelilingi Dunia; dari rumah ke London.

(Review oleh Ai'sha Akmal) Tajuk buku : Ibu Melayu Mengelilingi Dunia; dari rumah ke London. Pengalaman Peribadi Tan Sri (Dr.) Hajah Aishah Ghani, 1955 – 1958 Ibu melayu pertama mengelilingi dunia; Tan sri Hajah Aishah Ghani. Sanggup menanggung keperitan dan menelan kepahitan meninggalkan keluarga demi mencapai impian dan cita-cita yang telah lama ditanam iaitu melanjutkan pelajarannya di London pada tahun 1955 . Akhirnya, detik-detik yang bernilai inilah menjadi titik tolak perubahan dan sumbangan dalam masyarakat melayu pada masa itu. Travelog yang dirakamkan Dari atas kapal Canton sehingga tiba di pelabuhan Tilbury, London, beliau menulis dengan ringkas, tetapi padat tentang setiap tempat dan peristiwa yang dilalui semasa belayar dan sepanjang beliau tinggal di sana sehingga tahun 1958 . Travelog yang ditulis oleh beliau bukanlah sekadar perjalanan menikmati keindahan semata, tapi dengan semangat kewanitaan serta kemelayuan, ibu ini menulis setiap deti