Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Animal Farm, Sebuah Ulasan!

Tajuk: Animal Farm, George Orwell (1945) Pengulas: IR Ramadhan Buku yang mahu aku ulas kali ini adalah novel Animal Farm(1945) karya George Orwell. Persepsi awal aku pada novel ini yang aku peroleh daripada rakan-rakan facebook adalah mengenai perangai manusia yang berpolitik seperti haiwan, cara pentadbiran mengikut undang-undang rimba, manusia yang diperintah oleh haiwan, namun setelah aku membacanya aku tak dapat dapatan seperti yang kawan-kawanku di facebook nyatakan. Jadi aku tertanya-tanya samada mereka itu benar mengulas usai membacanya atau membaca secara rawak atau membaca tajuk kulit kemudian mengulasnya? Usai membaca novel ini dari kulit ke kulit, aku ingin berkongsi pendapat ku mengenai isu-isu yang dibawa oleh penulis, yang bagiku persis dengan keadaan di Malaysia iaitu isu berkenaan kepimpinan, bagaimana pembodohan rakyat berlaku, bagaimana rakyat yang progressif itu dilayan, undang-undang yang dicabul oleh penguasa dan perwatakan ahli-ahli politik. semua i

(Malcolm) X Untuk Pemula

                                                               “every saint has as past, and every sinner has a future” (Oscar Wilde) P ada dekad terakhir abad ke-20, Malcolm X menjadi seorang watak yang sangat luar biasa. Generasi-generasi yang lahir selepas Malcolm X masih memperdebatkan warisan spiritualnya. Auranya yang begitu cemerlang hingga sering kali menenggelamkan organisasi yang Malcolm X selamatkan dari kemunduran, tetapi kemudian mati ditinggalkannya: Nation of Islam. Malcolm lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja sebenarnya. Tidak ada apa-apa yang terlalu menakjubkan ketika kelahirannya. Dia seorang bayi kulit Hitam yang biasa ketika dilahirkan. Dia juga menangis seperti bayi-bayi lain yang baru lahir. Ketika kecil, dia juga makan dan minum seperti kanak-kanak lain. Tidak ada malaikat yang datang membelah jantungnya. Dia bukan seorang yang terlalu luar biasa. Nothing special , kata orang putih. Jadi apa yang menariknya tentang Malcol