Tajuk Buku: Isabella
Penulis: Maulana
Muhammad Saeed (terjemahan ke Bahasa Melayu oleh SN Abdullah Hussein)
Pengulas: Mohd Hasnul bin Mohd Sani
Kisah perdebatan
agama sentiasa mendapat perhatian semua penganut agama kerana semua penganut
agama mempercayai agama yang mereka pegang adalah yang paling benar, paling
betul dan paling sempurna. Malahan sebagai umat Islam kita juga digalakkan
berdebat dengan penganut agama lain untuk membuktikan kebenaran agama Islam. Ayat
yang menyeru kepada usaha dakwah ini ada terkandung dalam surah An Nahl ayat
125 yang bermaksud “Serulah (manusia)ke jalan (agama)Tuhanmu, dengan kebijaksanaan dan pengajaran
yang baik dan berhujahlah dengan mereka
dengan (jalan) yang terbaik. Seseunguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang
yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk”
Buku ini
mengisahkan mengenai Isabella, seorang gadis cantik iaitu anak kepada Ketua
Paderi di Cordova. Sebagai anak kepada ketua paderi, Isabella telah diajar sejak
dari kecil dengan ilmu Kristian oleh bapanya dan oleh guru-gurunya. Sebagai
penganut yang taat, Isabella jarang mempersoalkan ajaran-ajaran asas Kristian
kerana telah diasuh sejak kecil jangan terlalu mempersoalkan ajaran dan jadilah
penganut yang taat. Jadi Isabella menjadi penganut Kristian yang taat dan
jarang mempersoalkan secara terbuka mengenai agama yang dianutinya walaupun
kekadang hatinya meronta mahu bertanya mengenai sesuatu ajaran yang dilihatnya
menyimpang tetapi kerana takut digelar
sebagai murtad dia hanya mengikut sahaja agamnya tanpa banyak soal
Suatu hari, Isabella
secara tidak sengaja terdengar perbualan antara Umar Lahmi dan Muaz yang sedang
memperkatakan mengenai ajaran Kristian yang dilihatnya mereka bercanggah di
antara satu sama lain. Isabella yang tercabar dengan kritikan Umar Lahmi
mencadangkan agar Umar Lahmi berdebat dengan paderi di Cordova untuk
membuktikan yang agama Kristian adalah agama yang benar.
Umar Lahmi pula
adalah seorang pemuda Muslim dan anak murid kepada Zaid bin Umar, seorang tokoh
besar Isalam di Cordova. Walaupun sekadar anak murid kepada ulama’ besar tetapi
Umar Lahmi dapat mengalahkan ramai paderi besar dengan debatnya. Islam yang
dibawa oleh Umar Lahmi adalah bersesuaian dengan ayat Al-Quran An Nahl ayat
125.
Dengan
kebijaksanaan Umar Lahmi, beliau telah menarik hati Isabella untuk memeluk
Islam. Dalam diam, Isabella mula mendalami Islam dan berjumpa dengan Zaid bin
Umar untuk melafazkan keIslamannya. Bapa Isabella dapat menghidu yang Isabella
telah semakin mendekati Islam telah bertindak mengurung Isabella di dalam
gereja bertujuan untuk mengembalikan Isabella ke agama Kristian kembali. Isabella
yang telah menemui Islam kekal dengan keimanannya dan tidak berganjak langsung
dari agama barunya dan akhirnya menjadi salah seorang nama hebat dalam Islam.
Yang penting
bukannya mengenai agama mana yang benar atau salah kerana Agama Islam memang
agama yang benar. Tetapi yang mengecewakan adalah sifat penguasa agama Kristian
ini sudah menular ke dalam Agama Islam. Jika didalam buku ini digambarkan paderi-paderi
besar Kristian adalah satu golongan yang tidak boleh disanggah kata-katanya. Jika
disanggah murtadlah jawapan. Jika mengetahui yang mereka hampir kalah debat, kekasaranlah
balasannya.
Umat Islam pada
masa kini, ilmu agama Islam hanyalah dipelajari pada luarannya. Kita sibuk
bertanyakan pada ustaz samaada kentut semasa sebelum salam kali ke dua akan
membatalkan solat atau tidak, cara mandi wajib yang betul, samaada memegang
anjing apakah hukumnnya dan berbagai-bagai soalan yang kadang – kadang hanyalah
soalan yang berbentuk lucuan semata. Jarang kita bertanya cara hendak
menyucikan hati kita yang setiap hari akan terbentuknya titik-titik hitam
apabila kita melakukan dosa, cara menimbulkan khusyuk dan takut kepada Allah
semasa melakukan solat. Kita hanya bertaklid buta dengan agama dan melaksanakan
ibadat kerana ikut-ikutan.
dekat mana saya boleh dapat buku ni ye?
BalasPadam