Langkau ke kandungan utama

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas


Oleh: Azli Sidek

Syed Hussein Alatas. Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah, penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275. 

. Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.

            Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga abad ke 20 yang mana sepanjang masa tersebut berlaku zaman industri (revolusi perindustrian) di barat yang menyebabkan barat melaksanakan dasar imperialismenya di seluruh dunia untuk mendapatkan bahan mentah bagi memenuhi kehendak industri yang pesat. Implikasi daripadanya negara yang lemah telah ditindas dengan diambil semua sumber galian mereka dengan tujuan menampung sumber ekonomi yang semakin berkurangan di barat dan menggunakan helah tertentu untuk membenarkan semua kegiatan pemerasan yang dilaksanakan terutama di kalangan rantau Asia Tenggara ini.   

Idea utamanya adalah berdasarkan kepada ideologi kolonialisme yang menginterpretasi kemalasan pribumi seperti orang Jawa, Melayu dan Filipina sebagai keengganan masyarakat pribumi dalam kegiatan ekonomi mereka semasa penjajahan berlaku. Perkara ini dianggap sebagai satu  andaian yang salah mengenai keperibadian pribumi yang enggan bersama dalam arus kapitalisme kolonialisme tetapi keserakahan dan sifat menghisap kolonial tanpa memikirkan faktor kemanusiaan telah dijadikan sebagai dinding pemisah untuk masyarakat pribumi turut bersama dalam ekonomi kapitalisme. Sebagai contoh kerja paksa dikalangan orang Jawa yang dilaksanakan oleh Belanda, kengganan orang Melayu dalam perladangan dan perkebunan British, dan kemorosatan masyarakat Filipina adalah permasalahan candu yang melanda orang Filipina ketika itu yang digunakan oleh kolonialisme sebagai senjata melemahkan masyarakat pribumi.

Sebagaimana yang dihuraikan oleh Syed Hussein mengenai pelbagai pandangan dan tulisan sarjana mengenai kemalasan pribumi ini, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan masyarakat pribumi dipandang dengan watak-watak negatif oleh kolonial iaitu penggunaan kuasa pekerja yang memaksa kaum peribumi lari daripada kegiatan ekonomi kapitalismenya, wabak penyakit, dan penonjolan sikap kolonial terhadap pribumi. Umpamanya Belanda telah memaksa mereka kerja paksa untuk mendapatkan keuntungan daripadanya, orang Filipina dituduh sebagai penyebab kepada kemalasan orang Sepanyol dan mempunyai watak tidak beradab kepada orang Sepanyol, dan orang Melayu dikategorikan malas kerana mengelak daripada terlibat dengan kegiatan perlombongan dan perladangan British. Layanan kolonial terhadap pekerja – pekerja mereka sangat teruk dan menyebabkan mereka menghidapi penyakit seperti malaria, tibi, taun dan sebagainya yang berlaku di tanah melayu ketika British membawa imigran Cina dan India untuk bekerja di ladang dan tempat perlombongan mereka. Selain itu Syed Hussein juga memberikan penerangan kepada ketidaksertaan golongan kolonial dalam kegiatan ekonomi mereka sendiri dan bertindak  kejam kepada masyarakat peribumi tersebut seperti Tuan Bean  yang menculik anak-anak peribumi untuk keseronokannya sahaja. 

Syed Hussein juga menceritakan tentang kegemilangan orang pribumi yang sangat terkenal dengan sifat dagang yang juga menunjukkan sifat kerajinan mereka. Abad ke 16 adalah zaman kegemilangan para masyarakat peribumi dengan kegiatan perdagangannya yang menggunakan perdagangan terbuka dikalangan pedagang.  Kegemilangan ini telah terbukti dengan kemunculan pelabuhan interport yang  selamat, murah cukainya, dan sebagainya dan disitu terletaknya keunggulan bahasa melayu sebagai lingua franca yang diterima umum dalam kegiatan perdagangan. 

Namun kegemilangan tidak selalunya cerah dengan kedatangan kolonial yang telah menindas dan memporakporandakan kegemilangan yang dicipta. Di sini Syed Hussein menyatakan dengan tegas tentang kekejaman Belanda sebagai koordinator  hilangnya pedagang peribumi sejak abad ke 16 hingga abad ke 19. Belanda mula mengambil langkahnya untuk memonopoli perdagangan di rantau ini dengan pertolongannya kepada kerajaan Acheh dan sehingga dia melebarkan sayapnya di Johor dan Selat Melaka. Di sini faktor penentu kepada kekuasaan Belanda  dalam melenyapkan pedagang peribumi adalah faktor kepimpinan pribumi yang tidak berwibawa, kekecohan etnik, dan peletakan syarat-syarat yang ketat di pelabuhan utama dan kesannya kebanyakan pedagang melayu berada di Makasar dan Tanjung Harapan. Walaupun begitu ideologi kolonial tentang masyarkat peribumi terhadap kurangnya menjalankan perdagangan adalah menjengkelkan  kerana mereka yang menyebabkan pedagang itu hilang malahan menuduh orang melayu, Filipina dan Jawa itu sebagai malas dan tidak ada usaha dalam kehidupan. Inilah yang cuba ditonjolkan oleh Syed Hussein mengenai satu ideologi kolonial terhadap masyarakat peribumi.

Analisisnya juga tidak tertumpu kepada masyarakat sahaja yang banyak direkodkan oleh residen, pelancong, dan pemerintah kolonial tetapi melihat kepada penguasa peribumi yang dibicarakan di atas bahawa kelemahan penguasa penyebab kepada kehilangan pedagang pribumi dan juga menyebabkan rakyat berasa malas untuk bekerja. Penguasa peribumi adalah sebagai satu punca utama yang menunjukkan kemalasan orang peribumi yang mana watak mereka yang suka bersabung ayam, kejam dan menindas telah memberi kesan kepada rakyatnya. Rakyat banyak menerima kesan di antaranya mencontohi tabiat sabung ayam, rakyat  berasa takut untuk keluar dan kekejaman penguasa sehingga sanggup membunuh rakyat bagi memenuhi impiannya. Akibatnya rakyat terpaksa berusaha untuk sara dirinya sahaja dan tidak ada usaha untuk lebih daripada itu kerana kerakusan pemerintah dalam mengaut keuntungan sendiri dengan merampas harta rakyatnya.
            
Selain itu beliau juga mengambil pandangan sarjana seperti Karl Marx dan Engels yang memandang enteng masyarakat timur padahal penafsiran mereka yang berat sebelah dan hanya mendapat maklumat tersebut daripada catatan penjajah, pelancong dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan dan perwatakan orang timur tanpa melihat scara realiti kehidupan masyarakat timur. Malahan juga  beliau melihat dan menganalisis pemikiran atau pengetahuan peribumi dalam lingkungan Malaysia iaitu melalui buku dilema melayu oleh Mahathir  dan buku revolusi mental. Perkara yang dibangkitkan di dalam buku tersebut adalah berdasarkan kepada kemalasan orang melayu ketika abad ke- 20. Oleh yang demikian analisis Syed Hussein mengenainya adalah sokongan pihak UMNO terhadap pemerintahan kolonial yang menyebabkan kedua-dua karya tersebut dipengaruhi oleh kolonialisme. Ungkapan kemalasan yang diterima adalah menerusi kaca mata kolonial oleh buku tersebut yang dianggap mencuit hati oleh Syed Hussein dan tidak ada analisis terperinci mengenai kemalasan orang melayu dan sepatutnya tidak boleh dijadikan hujah.   
Akhirnya dapatlah kita simpulkan di sini mengenai satu pengiktirafan yang terbaik kepada Syed Hussein kerana sumbangannya kepada dunia melayu untuk membela segala cemuhan dan kutukan daripada pelbagai pendapat terutama kolonial dan anak angkatnya. Namun terdapat beberapa pandangan yang mungkin dapat ditambah untuk menguatkan hujah mengenai kemalasan pribumi.

Antara hujah tersebut adalah mengenai masyarakat pribumi yang dianggap malas kerana mereka sangat suka berehat dan tidak menggunakan masa dengan baik. Baik dilihat sebagai duduk dan bermain permainan dan bertiduran. Tetapi di sini kita menghadapi keadaan yang sama sebagaimana ketepatan masa dikalangan orang melayu terutamanya yang pada akhir-akhir ini sebagai satu fenomena yang sangat menular dalam budaya masyarakat. Mungkin ketepatan masa yang diungkapkan oleh Syed Hussein mengenai masuknya waktu solat adalah tepat tetapi terdapat permasalahan yang  berlaku selain waktu solat yang menyebabkan orang melayu tidak dapat melaksanakan tuntutan ketetapan masa. Kata “janji melayu seperti dijadikan budaya dalam masyarakat melayu hari ini. Kajian tentang ketetapan masa ini telah dilakukan yang mengengahkan kata – kata atau perbualan orang melayu mengenai masa yang menyimpulkan bahawa konsep masa orang melayu adalah abstrak dan bergantung kepada seseorang untuk menepati janji yang dibuat, jika dia menepati janji untuk pergi sebelum maghrib maka sebelum maghrib dia akan sampai dan begitulah sebaliknya.


Secara keseluruhannya karya ini sangat berguna untuk membentuk semula pandangan negatif masyarakat barat terhadap masyarakat timur terutama asia tenggara yang dianggap sebagai malas dan tidak ada usaha dan komitmen dalam diri mereka. Tetapi kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia telah menunjukkan kemalasan masyarakat melayu bukanlah di sebabkan budayanya yang dicipta tetapi kerana pengaruh kolonialisme yang disebarkan untuk mempengaruhi masyarakat melayu. Sehubungan dengan itu konstruksi sosial yang dibina oleh pelbagai ahli intelektual seperti Zaaba, Syed Hussein, dan Haji Wan Mohammed Haji Wan Daud Patani, dan sebagainya adalah suatu usaha yang murni untuk membina peradaban Melayu di mata dunia. 

Ulasan

  1. Kota saat ini: Balikpapan
    WhatsApp: +6281617538564
    Pesan teks: +6281617538564
    baris: +6281617538564
    E- info: zalinadiato@gmail.com

    Assalamualaikum,nama saya Zalina Dianto, saya telah mengirim pesan di blog ini 3 tahun yang lalu. Saya ingin memberi tahu semua orang bahwa semua kesaksian pinjaman dan saran pinjaman semuanya palsu dan semua pembohong. Saya ditipu oleh banyak orang di blog ini, Sebelumnya , saya diperkenalkan ke perusahaan pinjaman terkemuka yang terdaftar dan memiliki situs web. Perusahaan pinjaman ibu muslim terkemuka memberi saya pinjaman sebesar RP 3,5 Triliun dengan tingkat bunga sangat rendah 1%. AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM PERUSAHAAN NYATA DAN 100% TERJAMIN. tolong, saya punya banyak expirience dengan pemberi pinjaman pinjaman palsu saya telah menunjukkan bagaimana mengetahui pemberi pinjaman palsu, harap baca ini akan membantu dan menyatukan Anda .insya allah
    BAGAIMANA CARA MENGETAHUI KREDIT PINJAMAN YANG PALSU
    Peminjam palsu tidak perlu meminta jaminan dan tidak ada situs web,Peminjam palsu tidak memiliki sertifikat bisnis,Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk pinjaman, Peminjam palsu tidak menggunakan gmail, tidak ada domine, Peminjam palsu tidak memiliki alamat kantor fisik, Pemberi pinjaman palsu meminta biaya pendaftaran
    ajukan sekarang dan dapatkan pinjaman Anda
    Daftar Sekarang : (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk