Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

'Aku Ingin Jadi Peluru', Menyelam ke Dasar Pemaknaan “Peluru” dan Teori Semiotik Peirce.

              Judul sesebuah karya mempamerkan tema. Dalam naskhah kumpulan puisi ‘Aku Ingin Jadi Peluru’ karya Wiji Thukul, beliau telah memilih perkataan ‘peluru’ untuk dijadikan perlambangan bagi keseluruhan puisi – puisinya. Mari kita selidiki serba sedikit permaknaan peluru yang digunakan oleh Wiji Thukul ini.             Sebelum kita pergi lebih mendalam lagi, mari kita memahami Teori Semiotik Peirce terlebih dahulu. Dalam menyusun teori semiotik, Peirce sangat sedar bahawa kehidupan manusia dikelilingi tanda dan tanda berperanan penting dalam kegiatan manusia berfikir.  Tanpa tanda, manusia tidak dapat berkomunikasi (Panuti Sudjiman dan Aart van Zoest, 1992: vii) dan tidak  dapat melakukan aktiviti kehidupan secara berkesan.             Salah satu tanda yang penting dalam kehidupan manusia ialah bahasa. Bahkan bahasa itu adalah sistem tanda yang paling asas bagi manusia. Di luar sistem bahasa juga tanda sebenarnya merupakan sejenis bahasa yang tersusun dan be