Langkau ke kandungan utama

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.


'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.
oleh: Farahani R.

Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu.

Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya.

Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu.

Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletakan nama bangsa dalam dokumen-dokumen rasmi saya. Jawapan 'bangsa' dalam dokumen rasmi saya adalah 'Kedayan', dan saya bangga menjadi Kedayan.   

Kerana ingin menjaga kejiwaan bangsa, saya kurang percaya dengan idea 'memelayukan' rakyat Malaysia tapi menyokong jika tiada lagi soalan 'bangsa apa?' dalam urusan pentadbiran Malaysia. Namun apa yang menyedarkan saya ialah penulisan garapan kumpulan penulis The Patriots ini - dimana Kedayan juga adalah rumpun Melayu.

Dan identiti 'Melayu' kini tidak sama dengan 'Melayu' dahulu.

Jika kita menelusuri semula sejarah Asia Tenggara mengenai kerajaan-kerajaan awalnya, kita pasti biasa mendengar nama Champa dan Funan. Kita pasti pernah terdengar pernah wujudnya Majapahit dan Srivijaya, barangkali Sailendra. Kita pasti pernah terlihat dalam teks mengenai Chih Tu, Kedah Tua dan Langkasuka.

Percaya atau tidak, menurut dapatan daripada The Patriots ini, mereka inilah pembina tamadun Melayu. Bukanlah Parameswara ataupun Sultan Iskandar Syah, pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Bahkan, Kesultanan Melayu Melaka bukan juga menjadi asal kepada bangsa Melayu ini dan disifatkan sebagai kerajaan penyambung kegemilangan Srivijaya namun tidak lagi menyambung kepesatan serupa dalam zaman puncak Srivijaya.

Ini sekaligus telah mengubah persepsi saya terhadap bangsa Melayu yang dahulunya sempit, iaitu hanya memikirkan kaum Melayu itu ialah penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Ini juga sebenarnya harus menjadi asas kepada pembinaan semula identiti bangsa Malaysia, iaitu dengan mengenal sejarah tamadun Melayu secara langsung dan lebih mendalam.

Dengan hanya memperkatakannya sekadar ada, ataupun membicarakannya sepintas lalu tidak akan mampu mengisi 'ethos' Melayu yang hilang dek masuknya pengaruh Barat secara langsung dalam sosiopolitik kerajaan-kerajaan Melayu. Semangat Melayu kini cuma tinggal sorakan takbir kononnya melawan kafir - dan itu saja. Tiada lagi imbauan kehebatan Srivijaya, keadilan Sultan Melayu, kecemerlangan barisan pembesar yang strategis malahan sumbangan Melayu itu sendiri dalam keilmuwan dunia seperti perubatan, pelayaran dan sains.

Tahukah anda, bangsa Melayu yang mencipta angka 'sifar'?

Tamadun Melayu seharusnya diceritakan bermula dari datangnya manusia Austronesia, gelombang hijrah manusia yang awal mendiami kepulauan sebelah timur China. Ia harus dikronologi daripada Tamadun Sungai Batu sehingga Kesultanan Perak, yang mengikut The Patriots, adalah penyambung warisan darah Sultan Melaka dahulu.

Tamadun Melayu bukan setakat melingkari dunia Melayu seperti yang kita kenal sekarang, tapi harus melibatkan potensi pengaruh kebudayaan Melayu suatu masa dahulu sehingga sebahagian aksara lama dari tamadun terkenal seperti Maya hampir sama dengan tulisan aksara dunia Melayu.

Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei …ini hanyalah sebahagian daripada ketamadunan Melayu. Tamadun China  tidak akan mencatatkan sesuatu itu jika ianya tidak penting untuk diketahui. Tetapi, kita sudah tahu bahawa China silam sememangnya banyak mencatatkan perihal Melayu, seperti tamadun Funan, Champa , Jawa dan Melaka.

Bayangkan peninggalan-peninggalan mereka, dan cuba imaginasikan ketinggian ilmu mereka sampai dapat membina bukan saja sistem politik yang besar, kelangsungan ekonomi yang pesat, teknologi pencairan besi dan emas dahulu (yang baharu saja ditemui) serta pembinaan candi-candi yang besar dan gah berdiri hingga ke abad ke-21.

 Secara teknikalnya, buku ini tidaklah sesempurna mana namun input yang dapat diserap dalam tujuan kefahaman sangat tinggi nilainya hingga menenggelamkan beberapa kelemahan teknikal mereka seperti kesalahan ejaan, repetisi isi dan ada juga beberapa artikel yang semacam 'terpotong' atau tidak lengkap.

Ada juga yang saya ragui fakta mereka, seperti mengenai kerajaan Goryeo yang dikatakan berada pada zaman Dinasti Sui.

"Antara kerajaan yang terpaksa menghadapi kemaraan tentera Dinasti Sui itu ialah Kerajaan Goryeo di Semenanjung Korea ..."
(Raja Ariff Danial, 2016:60)

Untuk pengetahuan pembaca, kerajaan Goryeo merupakan kerajaan yang paling agung dalam pembinaan tamadun Korea. Kerana itulah, Goryeo atau nama lainnya "Koryo" menjadi klu kepada namanya kini, iaitu Korea.

Ia menghairankan saya, kerana pada asasnya, Dinasti Sui bermula dari 581-618M manakala kerajaan Goryeo pula 918–1392M.

Saya berpendapat bahawa penulis artikel ini tersilap faham mengenai galuran sejarah Korea, yang mana penamaan kerajaan 'Goryeo' ialah nama yang hampir sama dengan nama sebuah lagi kerajaan semasa era 'Three Kingdom' di Semenanjung Korea iaitu Goguryo ataupun Koguryo.

Dengan itu, saya merasakan penulis bermaksud untuk menyebut kerajaan lama 'Goguryo' dan bukannya kerajaan 'Goryeo'.

Meskipun tampak mudah dan remeh, tetapi kesilapan fakta dalam sejarah adalah suatu 'dosa' yang besar terutamanya buat penulis yang menukilkan sejarah itu sendiri.

Apapun, buku ini adalah usaha yang sangat baik dimana pengkajian mengenai ketamadunan Melayu kurang diketengahkan buat tatapan masyarakat khususnya masyarakat Malaysia. Kudos untuk kumpulan penulis ini dan adalah menjadi harapan saya untuk terus membaca lembaran kitab kedua mengenai tamadun Melayu kerana sejujurnya, saya sudah mula bangga menjadi sebahagian daripada ‘wangsa’ Melayu.

Resensi buku ini juga adalah latihan untuk saya agar tidak menjadi hipokrit kerana walaupun saya kurang gemar akan The Patriots, tapi saya tetap puji usaha murni mereka mengkaji identiti bangsa Melayu ini dan tidak membataskan label ‘Melayu’ sekadar suatu priviledge bagi hanya orang yang tinggal di kawasan Tanah Melayu. Malahan, saya sedia membaca kajian mereka lagi selagi mana ia tidak membawa kepada kesuburan sentimen etnosentrik – penyakit orang Barat.


Ulasan

  1. Reviu yang bagus dan adil. Sedang berkira-kira untuk membeli. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. PERMAINAN KARTU TERBAIK BERSAMA BANDAR RESMI DAN TERPERCAYA DEWAKIUKIU.NET
    POKER DOMINO99 BANDARQ CAPSA SUSUN DUQ & BANDAR POKER DALAM 1 USER ID
    MAU JADI KAYEH GAN???^.^
    DISINI AJEH,GAK PERLU WAKTU LAME JADI KAYEH
    * PENDAFTARAN GRATIS DAN MUDAH
    * TRANSAKSI DANA SUPER CEPAT & AMAN
    * PERMAINAN FAIR PLAYER VS PLAYER 100%
    * DAPAT DI MAINKAN DENGAN HAPE ANDROID DAN IOS
    * MEMBERIKAN BONUS CASHBACK MINGGUAN & SEUMUR HIDUP
    PERMAINAN KARTU ONLINE TERBAIK DAN TERBESAR BERSAMA AGEN BANDAR RESMI DEWAKIUKIU.COM POKER-DOMINOQQ-BANDARQ-CAPSASUSUN-ADUQ BANDARPOKER DALAM 1 USER ID
    DAN JADILAH DEWA BESAR HANYA DISINI
    KEUNTUNGAN BERMAIN BERSAMA DEWAKIUKIU.NET
    * PENDAFTARAN GRATIS DAN MUDAH
    * DEPOSIT&WITHDRAW SUPER CEPAT & TERJAMIN
    * PERMAINAN FAIR PLAY, MEMBER VS MEMBER ( NO BOT )
    * BISA BERMAIN MELALUI HP ANDROID DAN IOS
    * BONUS ROLINGAN TERBESAR
    * BONUS REFERALL SEUMUR HIDUP
    * MINIMAL DEPO&WD RP.20.000
    BANK AKTIF
    BNI-BRI-BCA-MANDIRI-DANAMON
    BBM: 33428C8D
    WA :+855962762654

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk