Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Resensi Buku Ideologi Zin Mahmud

Oleh: Farahani Rosman Mengulas sebuah catatan memori seseorang terkemuka bukanlah senang, sekurangnya untuk saya. Catatan memori ini sifatnya peribadi; ia terhadir selepas melalui suatu proses renungan rasa dan rasional. Tertimbul insaf di masa-masa muhasabah diri, tertimbul lucu di masa-masa senang hati. Untuk Zin Mahmud yang lebih tersenyum jika dipanggil Pak Zin, kenangan-kenangan pergerakan fikirnya tertulis setakat upayanya mengimbau noktah-noktah penting dalam hidupnya. Tertulis dalam prakatanya, beliau bersungguh-sungguh ingin menepati memorinya dengan maklumat yang benar. Tarikh, atau tahun itu penting untuk kita faham anggaran semangat zaman yang cuba diterangkan. Begitulah apa yang saya dapat daripada Pak Zin. Buku ini buku yang laris di pasaran. Baru sahaja hinggap di rak buku, ia lesap di tangan orang lain menuju ke meja juruwang. Saya sendiri terpaksa menunggu ia dicetak buat kali kedua dengan kerjasama Republik Buku dan Gerak Budaya. Sesudah memilikinya, barulah saya fa