Langkau ke kandungan utama

Laskar Pelangi



Tajuk :LASKAR PELANGI
Penulis :Andrea Hirata
Pengulas :Ummi Abibah


“Hiduplah Untuk Memberi yang Sebanyak-banyaknya, Bukan untuk Menerima yang Sebanyak-banyaknya. (Pak Harfan)”

Begitu banyak hal menakjubkan yang terjadi dalam masa kecil para anggota Laskar Pelangi. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tak menyerah walau keadaan tak bersimpati pada mereka. Tengoklah Lintang, seorang kuli kopra cilik yang genius dan dengan senang hati bersepeda 80 kilometer pulang pergi untuk memuaskan dahaganya akan ilmu—bahkan terkadang hanya untuk menyanyikan Padamu Negeri di akhir jam sekolah. Atau Mahar, seorang pesuruh tukang parut kelapa sekaligus seniman dadakan yang imajinatif, tak logis, kreatif, dan sering diremehkan sahabat-sahabatnya, namun berhasil mengangkat derajat sekolah kampung mereka dalam karnaval 17 Agustus. 

Dan juga sembilan orang Laskar Pelangi lain yang begitu bersemangat dalam menjalani hidup dan berjuang meraih cita-cita. Selami ironisnya kehidupan mereka, kejujuran pemikiran mereka, indahnya petualangan mereka, dan temukan diri Anda tertawa, menangis, dan tersentuh saat membaca setiap lembarnya. Buku ini dipersembahkan buat mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan khususnya juga buat siapa saja yang masih meyakini adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia: pendidikan. (Sinopsis buku)

Naskah yang membawa pembaca menelusuri kisah hidup laskar pelangi yang mengetengahkan kisah anak-anak asli Belitong yang matang tentang nilai perjuangan hidup, sanggup memandang ke hadapan dan percaya bahawa ada keajaiban yang mampu membawa mereka lari jauh dari belenggu kemiskinan iaitu pendidikan. Setiap watak yang terserlah dengan kelebihan masing-masing seperti Mahar sesuai dengan jolokan seniman muda yang mampu mengangkat martabat sekolah agama miskin mereka dalam persaingan antara sekolah-sekolah lain. Sahara satu-satunya gadis diantara Samson, Syahdan, Harun, Trapanni dan Lintang yang merupakan juga anak-anak yang melengkapi warna-warni laskar pelangi. Ah Liong yang obses dengan Mahar (aku tak faham kenapa ayah Ah Liong hntr anak dia masuk sekolah agama) dan Ikal sebagai watak utama.

Bila baca buku ni aku agak terkesan dengan watak-watak yang ada walaupun hanya sekadar watak sampingan tapi amat mempengaruhi seperti watak pendidik Sekolah Rendah Muhammadiyah (Pak Harfan & Bu Musliamah). Kedua watak pendidik ni bukan setakat mengajar tapi bertindak sebbagai pembina insan. Contohnya setiap kata-kata Pak Harfan mempengaruhi world view anak-anak laskar pelangi sekaligus memberi anjakan paradigma yang bakal mengubah masadepan masing-masing.

Kadang-kadang aku rasa penulisan penulis agak naif tetapi memberi keajaiban seolah-olah aku sebbagai pembaca bberada dalam situasi dan keadaan yang berlaku. Setiap kejadian, perbuatan dan suasana diolah dan digauli dengan metafora secara detail dan realistik. Sampai aku rasa macam terawang-awang bila membayangkan ’bergelayut di dahan pohon filicium, suatu sore sehabis langit bermain hujan. aku bisa melihat pelangi yang lengkung, yang menawarkan sejuta petualangan dan impian, yang liar dan berani! yang jujur dan menantang! yang membuatku percaya aku bisa merubah dunia’.

Penulis cuba untuk menyampaikan penceritaan dari sudut pandangan pertama (Ikal) malangnya aku rasa watak Ikal seperti orang dewasa yang terperangkap dalam jiwa kanak-kanak. Setiap gambaran keindahan zaman kanak-kanak di ’spoil’’ kan dengan sikap serta pemikiran yang boleh dikira terlampau matang dan tak sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah. Agak janggal bila sudut pandangan orang pertama yakni seorang kanak-kanak sekolah rendah tapi serba tahu. Dengan penggunaan nama-nama latin dan bahasa Inggeris bagi flora & fauna dan pengetahuan am lain yang menggambarkan betapa luasnya pengetahuan Ikal (aku syak penulis mencampur adukkan pengetahuannya semasa menulis buku ni kedalam watak Ikal).

Jangka masa panjang membuatkan penceritaan dalam bentuk penulisan juga panjang. Cerita yang kurang konflik dan kurang jelas setting waktu tetapi mampu buat aku kekal untuk membaca sehingga tamat. Garapan cerita yang sarat dengan kenangan zaman kanak-kanak, tentang cinta pertama, tentang unsur-unsur mistik kejayaan yang digapai inspirasi dari kisah benar sangat menarik minat aku. 

Penulis berjaya bawa aku sama-sama bermain, menghidu tengiknya bau toko kelontong, duduk diatas dahan pohon menikmati keindahan warna pelangi petang.

Kalau orang kata cinta itu buta, sekarang aku dah faham kenapa. Walaupun ada kelemahan, tapi penulis berjaya bawa aku rasa keajaiban pada kisah benar yang diinspirasikan menjadi sebuah penulisan. Penulisan dengan unsur sastera yang mantap. Macam mana kecintaan mereka pada ilmu, keunggulan nilai persahabatan mereka dalam menempuh kesukaran hidup, kemurnian prinsip mereka, sesungguhnya menyuntik satu semangat baru dalam 'dunia pendidikan' mereka. Belajar bukan sahaja dalam bilik darjah yang sungguh daif, tapi pada mereka dunia ini merupakan 'bilik darjah' bagi mereka. 

Tempat di mana mereka 'belajar' untuk hidup selain belajar untuk pandai. Mereka belajar ilmu kehidupan. Penceritaan dengan rasa manusiawi.
Aku bagi 4.5 bintang.
**Sebenarnya ada isu lain yang boleh diketengahkan macam isu kemiskinan yang menguasai majoriti penduduk Belitong padahal kepualauan Belitong kaya dengan hasil alam ( timah) tp dieksploitasi golongan yang tak bertanggungjawab,tp aku rasa nak focus pada isu pendidikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk