Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

APA KATA TOKOH SUNNI TENTANG IMAM KHOMEINI?

Buku yang disusun oleh Abdar Rahman Koya ini berkisah tentang Ayatullah Ruhullah Khomeini melalui perspektif tokoh - tokoh terkemuka Sunni seperti Iqbal Siddiqui, Kalim Siddiqui, Hamid Algar, Zafar Bangash, Khalil Osman, Dr. Zafarul Islam Khan dll lagi. Buku ini adalah kumpulan kompilasi 11 esai yang ditulis oleh para pemikir dan aktivis Muslim seluruh dunia yang terdiri dari latar belakang ahli akademik, jurnalis, komentator, dan pengamat politik Islam yang berpengalaman. Untuk memahami Ayatullah Khomeini sebagai pemikir reformis dan pemimpin politik Islam yang sangat terkemuka di era moden, mereka berusaha menjangkau lebih dari sekadar citra popular beliau. Kerananya buku ini bertujuan mengontekstualisasikan prestasi beliau dalam konteks sejarah Islam kontemporer, dan menelaah implikasi karya beliau bagi gerakan pembebasan Muslim.  Buku ini sebenarnya adalah diterjemahkan dari versi bahasa Inggerisnya yang berjudul IMAM KHOMEINI: Life, Thought and Legacy Essay

WELCOME TO MALYNASIA

Welcome to Malynasia merupakan sebuah novelet yang dikarang oleh tujuh orang penulis. Gabungan penulisan sebegini adalah satu langkah eksprimental kombinasi ini membolehkan cetusan  idea yang sangat unik. Apabila sesebuah cereka yang dikarang dalam bentuk penggabungan  ia memerlukan komitmen  yang tinggi.  Percambahan idea dan pemikiran yang berbeza  akan menyebabkan percanggahan jalan cerita. Ini akan menyebabkan tema besar dalam sesebuah cereka ditenggelami dengan subplot yang terlalu banyak. Kebanjiran subplot akan mengelirukan pembaca kerana panduan narasi yang membawa pembaca kepada plot utama telah dipesongkan oleh plot ranting. Novelet yang terbahagi kepada 10 bab dan sebuah Konklusi yang terdiri daripada 66 halaman. Memaparkan perjalanan cerita yang bergerak pantas serta adegan yang dilukiskan dapat mengikat pembaca untuk mengakhiri naskah ini. Mari kita susuri ringkasan perjalanan cereka tujuh penulis  ini, Welcome to Malynasia mengisahkan tentang kemusnahan

KEPEMIMPINAN PASCA NABI

ditulis oleh Muhammad Baqir Sadr.. diterbitkan oleh AL - HUDA sekurang - kurangnya ada 3 - 4 orang Sadr yang popular, Mullah Sadr(a), Muqtada Sadr, Bani Sadr, karya nipis dan padat ini ditulis oleh penulis yang syahid di masa kekuasaan Saddam Husein ini, mengumpulkan seluruh argumentasi dri masing - masing pendukung dua teori tentang teori kepemimpinan pasca kewafatan Nabi saw. pertama, teori yang menyatakan bahawa Nabi tidak menunjuk satu pemimpin pun pasca wafatnya, dan kedua, teori yang menyebutkan bahawa Nabi telah menunjuk orang tertentu sebagai pemimpin umat Islam sebagai pemimpin umat Islam setelah beliau. inilah yang menjadi perbahasan ulama' tersohor asal Iraq ini. kemungkinan di bawah adalah buku mengandung tema perbahasan yang sama juga, iaitu KEMELUT KEPIMPINAN SETELAH RASUL yang diterjemahkan dari ' Bahts Haulal Walayah ' yang dicetak pertama pada Syawal 1411 / Mei 1990, yang diterjemahkan oleh Muhsin Labib dan diterbitkan oleh Yayasan A

TENTANG MARJIN KIRI

Marjin Kiri adalah penerbit kritis independen yang menghadirkan buku-buku terpilih di bidang sosial, ekonomi, politik, sastra, sejarah, dan filsafat. Sejak penerbitan perdana kami pada 2005, buku-buku Marjin Kiri mendapat sambutan hangat dari kalangan pembaca umum maupun akademisi atas pilihan tema dan kualitas penggarapan, sebagaimana bisa dilihat pada resensi dan ulasan di pelbagai media massa atas buku-buku kami. Kami hadirkan terjemahan karya para intelektual dunia yang penting bagi masyarakat Indonesia yang ironisnya justru tak dilirik oleh penerbit-penerbit Indonesia lainnya. Kami hadirkan karya Amartya Sen (ekonom India peraih Hadiah Nobel Ekonomi) dan Wangari Maathai (aktivis Kenya peraih Hadiah Nobel Perdamaian). Kami juga telah mendapat hak penerjemahan buku ekonom Bangladesh Muhammad Yunus jauh sebelum beliau dianugerahi Hadiah Nobel Perdamaian 2006. Marjin Kiri juga menerbitkan (dan mendatangkan ke Indonesia) ekonom peraih Hadiah Nobel lainnya, Joseph Stiglitz

ISLAM MELAWAN KAPITALISME

Karya garapan Zakiyuddin Baidhawy ini mencuba menceritakan konsep - konsep keadilan di dalam Islam. Zakiyuddin banyak mengutip dari Majid Khadduri yang menulis ' The Islamic Conception of Justice ' (ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu) selain dari Umer Chapra dll lagi. Apabila Zakiyuddin dalam buku ini banyak menyebutkan tentang pengalaman kesarjanaan muslim dalam menghadapi gugatan ekonomi, membuatkan sesiapa sahaja yang cuba menyangkal kesarjanaan ekonomi Islam terpaksa berfikir semula. Awal daripada buku ini, adalah nota kaki dari Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (Kuala Lumpur) yang ada menuliskan ' The Path to Global Prosperity: An Islamic Approach ' membuatkan kita harus mencari juga selain daripada Fazlur Rahman yang seakan kabur dalam menulis Doktrin Ekonomi Islam (terjemahan) apakah ada lain lagi  kesarjanaan muslim yang cuba mengupas permasalahan ekonomi? Menurut Zakiyuddin, bahkan sufi teologi seperti Al - Ghazali juga memiliki beberapa ide

KEADILAN ILAHI - HAMKA

Okey, buku ini aku belum baca lagi, akan tetapi cover nya menarik hati betul. Kawan aku, Syafiq Shah baru sahaja mendapatkan buku ini, selain dua buah buku lagi iaitu Terusir dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang dikarang oleh Buya  HAMKA. Syafiq yang masih memburu karya Pak HAMKA bertanya, 'ada info bagaimana nak memburu karya Buya HAMKA yang lain?' Aku ingat ini buku non fiksyen dan sama dengan genre 'Keadilan Ilahi' tulisan sarjana Iran, Murtadha Muthahhari, ternyata bukan. Ini adalah novel tulisan Buya HAMKA. Kata Syafiq, setakat ni, ketiga-tiga karya Buya HAMKA yang dibelinya adalah terbitan Pustaka Dini. Kurang berpuas hati dengan cetakannya, dari sudut font yang terlampau besar. Tetapi isi dalamnya asli, masih tetap memaksa pembaca merujuk kamus  dewan bahasa. Karya Buya HAMKA memang mengasyikkan. Petikan dari novel Keadilan Ilahi - HAMKA: "Wahai anak-anak gadis, bersuami itu biarlah dua perkara. Pertama dapat berlepas hati,

TEOLOGI KIRI: Dr. Abdul Munir Mulkhan

Oleh: Benz Ali 'Agama sudah mati. Jika Nietzsche mengatakan Tuhan telah mati, aku mengatakan pula agama sudah mati, lebih fokus, khusus dan serius, Islam itu sendiri telah mati. Agama adalah tidak berguna, jika tidak mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia. Dan wahyu-wahyu adalah tidak berguna jika manusia itu tidak wujud.' Ini adalah inti kepada apa yang akan aku kumandangkan pada sesi mengupas buku karangan Dr. Abdul Munir Mulkhan berjudul 'Teologi Kiri: Landasan Gerakan Membela Kaum Mustadh'afin, yang diberikan pengantar kata oleh Kuntowijoyo, seorang sasterawan intelektual yang pernah menulis, 'Muslim Tanpa Masjid' dan 'Radikalisasi Petani'. Bukan aku seorang yang mengatakan tentang kematian agama ini. Mulkhan menyebutkan bahawa tesis dari Fukuyama dan Huntington mengatakan bahawa di masa hadapan, agama akan bankrap, agama akan muflis apabila agama sudah tidak mampu memberikan apa-apa nilai guna, memberikan apakah faedah-faedah kepada penganut

Revolusi Belum Mati Surat-surat Malam Rahmat Jabaril

Interaksi Kekuatan Revolusi. Revolusi Belum Mati  Surat-surat Malam Rahmat Jabaril,  menceritakan tentang keluh-kesah dalam perjuangan menentang penindasan. Seperti  yang kita ketahui Revolusi  itu membawa makna yang besar.  Revolusi  itu sesuatu  yang bergerak pantas serta meluas. Jika perkara ini tiada maka matilah sebuah revolusi.  Skop revolusi pula boleh dibahagikan kepada Revolusi sosiobudaya, revolusi ekonomi, revolusi politik.  Dalam penulisan Rahmat Jabaril lebih menyentuh perjuangan sosial. Umum mengetahui bahawa Indonesia mempunyai berbagai-bagai krisis. Jadi wajarlah lebih banyak gerakan revolusi di sana berbanding di Malaysia. Pada pengakhiran buku ini Rahmat Jabaril ada menegaskan hala tuju sesebuah perjuangan. Apa yang hendak ditekankan adalah semangat perjuangan. Dalam sesebuah perjuangan harus ada perhubungan atau interaksi antara para-pejuang. Selain dari pada itu sesebuah perjuangan tidaklah semestinya perlu mengangkat senjata. Ada seribu cara

MEMALI ROUND II [FITE AGAINST CORRUPTORS!!]

pada 17hb Disember 2012 pukul 4.15 pagi               Baik. Beberapa bulan lalu aku terbaca sebuah buku.  Rare  juga buku tu. Tulisan seorang yang tak asing lagi. CN Afghani. Aku pernah baca buku-buku beliau ketika aku maseh kecik lagi. Tapi buku kali ni  rare  betul. Aku tidak pernah jumpa buku ni. Semacam mendedahkan sesuatu yang tidak pernah didedahkan selama ini. Semacam segala prasangka selama ini mula dibukukan. Bukunya bermukadepankan gambar Mat Sabu dan bertajuk Air Mata Memali. Menceritakan apa sebenarnya yang berlaku selepas kes Memali. Aku sudah biasa sangat dengan cerita Memali walaupun saat membaca buku itu aku belum sampai menziarahi lagi perkampungan para syuhada' tersebut. Tetapi buku tu  rare , dan membuat aku baca dalam sehari itu juga.  Rare , sampai tahap aku menelefon nombor telefon pengedar/penjual yang tertera di muka depan buku tersebut. Tak pernah lagi aku baca buku sampai aku telefon penjual untuk bertanyakan di mana lagi b