Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

OKU: Menurut Perspektif Gerakan Islam

Selain Kuasa, Pemerintahan, Politik, Adakah Terdapat Perbincangan Dalam Kamus Gerakan Islam Tentang OKU? Bung Rosli Ibrahim, membuka naratif Gelap Matanya, dengan syair pujangga Maulana Muhammad Iqbal, Di jalan ini, Berhenti di suatu tempat yang tiada Yang pegun bermakna mati Berjalan bagi yang telah berjalan Berhenti dalam hasrat Suatu ketika akhirnya musnah. Sementara aku lebih tertarik dengan kritikan beliau terhadap gerakan Islam dalam permasalahan tentang OKU. Pada muka surat ke 51, dalam fasal OKU dan Agama, pada tajuk: Agamawan dan OKU, Rosli bertanya, ‘ Tahukah anda bahawa nabi-nabi (A.S.) pernah menjadi OKU; misalnya nabi Ya’kub (buta), Ayub (penyakit ganjil), Musa (kepetahan bicara). Perkara ini (sifat fizikal sebagai OKU) tidak mencederakan peranan mereka sebagai utusan Tuhan. Sebenarnya al-Qur’an memberikan beberapa symbol-simbol tersembunyi mengenai kisah-kisah para nabi yang OKU ini. Namun amat sukar menemukan orang yang mampu memahaminy