Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Teacher Man Frank McCourt

Oleh: Apiscuer  Teacher Man adalah satu panggilan anak muridnya di sekolah buat Frank McCourt yang menjadi cikgu. Cikgu adalah satu pekerjaan yang agak sukar sebenarnya jika difikirkan kembali. Pernah tidak kita terfikir untuk menjadi cikgu? Ataupun memang sudah menjadi cikgu, ada tidak beberapa halangan yang membuatkan kita terpaku, kenapa realiti menjadi cikgu ini berlainan dengan apa yang dijangkakan? Selalunya orang berfikiran bahawa kerja cikgu cumalah mengajar, semak kerja rumah, balik, makan dengan keluarga, tidur, ulang balik. Sepertinya suatu pekerjaan yang mudah. Buku ini menceritakan situasi yang berlainan dan berpijak kepada realiti. Cikgu bukanlah pekerjaan yang senang kerana semasa hari pertama McCourt bekerja, dia rasa bingung sampaikan dia menyesal sampai awal di kelas pada waktu itu. Ditambah lagi dengan bekerja di sekolah menengah teknik dan vokasional, di mana ramai orang buat satu tanggapan bahawa di sinilah budak-budak yang tidak pandai kena campak,