Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

PENGENALAN “MANUSIA TIDAK MEMILIKI DAN TIDAK DIMILIKI”

PENGENALAN “MANUSIA TIDAK MEMILIKI DAN TIDAK DIMILIKI” Oleh: Nur Anis Zuliana Ashaari Muhammad banyak mengarang buku-buku termasuklah buku yang dipilih ini yang diberi tajuk ‘manusia tidak memiliki dan tidak dimiliki’ . Buku ini diterbitkan pada September 1991 oleh penerbit mereka sendiri ( Shoutul Arqam ). Buku kecil ini mempunyai 87 halaman sahaja dengan gaya serta contoh-contoh yang mudah. Di dalam sekapur sirihnya, terdapat satu perenggan yang menerangkan kenapa buku ini ditulis ”Lahirnya buku ini satu lagi bukti kepekaan Ustaz Ashaari terhadap permasalahan masyarakat  hari ini dan betapa seriusnya beliau memikirkan jalan penyelesaian. Dalam kesibukan berdakwah, mengadakan perhubungan di arena antarabangsa, merancang satu kebangkitan ummah dan menulis buku yang berat perbahasannya, beliau sempat memikirkan tentang golongan pembaca yang gemarkan buku buku perbentuk ringan.”. Buku menyuntik pendekatan sufi serta membahaskan secara berkaitan antara sesebuah bab. Mak

Review Buku - DR.M: APA HABAQ ORANG MUDA? oleh CHEDET dan MAT RODI

Oleh: Mohamed Rozaidy Sebuah buku kombinasi antara pandangan peribadi Mat Rodi atau saudara Radzi Tajuddin dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Buku setebal 196 muka surat ini memberikan pandangan berkenaan 11 tema merangkumi Jati Diri Melayu, Sistem Nilai, Agama, Kepemimpinan, Visi dan Pembangunan, Ekonomi, Pendidikan, Media, Antarabangsa, Demokrasi dan Malaysia Tanah Airku. Kata-kata Tun Dr.M dalam pelbagai isu dimuatkan di awal penulisan berkenaan setiap tema dan kemudiannya disusuli dengan tulisan Mat Rodi yang dengan terang dan jelas menyokong tindak tanduk Tun Dr.M. Gaya penulisan seperti yang aku nyatakan tersebut membuatkan aku tidak bersetuju dengan buku ini di peringkat awal. Kerana pada pandangan aku, sesuatu buku yang “ UMPH !” tentang sesuatu tokoh, mestilah tidak berat sebelah atau tidak ‘ bias ’ dalam usaha menyingkap kebaikan dan tragedi yang disumbangkan oleh seseorang tokoh. Maka, untuk aku, buku ini hilang “ UMP

Insan Kamil dan Masyarakat Jahil

Ulasan buku Moral Man and Immoral Society oleh Reinhold Niebuhr Oleh: Hud-2 AGAMA dan kemapanan ( status quo ) seringkali diperzinakan oleh para ulama, rahib, paderi, sami kaum penarung (jubahnya berubah, tetapi syaitan yang memakainya sama) sehinggakan para pendokong ‘progresif’ menyangka bahawa agama dan kemapanan adalah pasangan yang halal. Akibatnya, agama dianggap sebagai salah satu punca masalah umat manusia, kalaupun bukan salah satu sumbernya, sehinggakan agama dibuang sama sekali dari segala projek pembebasan Zaman Pencerahan. Akal, dengan segala ketidaksempurnaannya, diangkat menjadi Tuhan baru. Namun demikian, agama (Kristian khususnya) dipersisihkan dari pergelutan idea-idea baru di dunia Barat, kezaliman dan ketirisan masih lagi berleluasa. Malah, projek Zaman Pencerahan seolah-olah gagal untuk menghalang kelahiran anak-anak haram baru seperti rejim-rejim Imperialis, Fasis dan Komunis dari rahim negara-negara Liberal Borjuis. Abad ke-20 menyaksikan betapa dahsya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S

Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba.

Oleh: Mohamed Rozaidy Aku percaya membaca itu untuk mencari makna, aku percaya membaca itu untuk membuka minda. Pertama kali aku melihat kulit buku ini beserta penulisnya yang merupakan seorang tokoh yang digelar pendeta, aku mula bertarung dengan kata-kata yang dipilih untuk dijadikan tajuk buku ini. Sama ada buku ini akan menceritakan berkenaan perangai seseorang yang dipengaruhi oleh dirinya sendiri atau buku ini sebenarnya ingin mengulas berkenaan perangai seseorang yang suka bergantung kepada dirinya sendiri (tidak bergantung kepada orang lain dalam melakukan sesuatu). Setelah selesai membaca, maka aku katakan definisi kedua itu lebih tepat dalam konteks penghuraian daripada penulis. Antara perkara yang mengecewakan aku tentang buku ini ialah aku terpaksa membaca dahulu pengenalan yang ditulis oleh Asmah Haji Omar. Pengenalan ini seolah-olah cuba merumuskan intipati buku ini yang sebenarnya membuatkan aku tidak puas hati. Sesuatu buku itu cukup sekadar diletakkan pr

Anwar Ibrahim Berpesan Buat Generasi Muda Islam

oleh: Muhammad Adli Azimat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membukukan ucapan dasar Presiden ABIM ke-2, saudara Anwar Ibrahim dalam Muktamar ABIM pada tahun 1975. Ucapan beliau dibacakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Pemangku Presiden pada ketika itu) dek kerana saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan di bawah Akta ISA kerana mengetuai Demonstrasi Baling 1974.           Ucapan dasar saudara Anwar Ibrahim diwarnai dengan kupasan-kupasan isu yang hangat pada ketika itu dan menerangkan kepentingan gerakan Islam seperti ABIM dalam membangunkan semangat rohaniah umat Islam di Malaysia yang sudah lama pudar kerana jauh daripada pendedahan terhadap Islam. (Pengertian soal solat, aurat, tadbir urus kerajaan dan hukum-hakam Islam)           Dalam buku ini, terdapat 10 bab kecil yang menunjukkan pemikiran tajam saudara Anwar Ibrahim sebagai  peneraju gerakan Islam. Setiap persoalan dalam tajuk kecil dikupas secara kritikal oleh saudara Anwar Ibrahim. Antaranya ialah “J