Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Menilai Semula Syahadah Kedua Karangan Syazreen Mohd

  oleh: Benz Ali Muqaddimah Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengulas di blog ini tentang buku terbaru terbitan Ilham Books karangan Syazreen Mohd ini. Saya berjanji kepada penerbitnya akan mengulas pada bulan 7 tempohari di blog ini, malangnya ada hal-hal lain yang menganggu fokus, dan juga faktor kesihatan yang tidak menentu. Buku setebal 193 ms ini meskipun tidak begitu tebal, tetapi perbahasannya berat lagi mendalam. Ia tidak boleh diulas sambil lewa. Maka kerana itu saya telah menghabiskan masa saya untuk menonton diskusi buku ini (live FB) anjuran penerbitnya sendiri, Lestari Hikmah, Borneo Komrad dll, yang menjemput panelis dari serata ceruk nusantara, Borneo, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Dan baru-baru ini juga di Clubhouse dianjurkan diskusi berkenaan buku ini oleh Purana School yang dikendalikan oleh Megat Hanis, Sadiq Jebat, Shukri Mokhtar juga panelis jemputan Amirul Mukminin. Diskusi yang sama turut dihadiri seteru akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi di nusantara k

Keasyikan Membaca Buku "Simposium Tasawuf & Tarikat" Karangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Oleh: Muhammad Syameil Dalam keasyikan membaca buku “Simposium Tasawuf & Tarikat” tulisan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, saya terjumpa matan yang menarik perhatian saya. Dr. Burhanuddin dalam syarahannya mengatakan bahawa perkembangan Islam besar sekali dilakukan oleh ahli sufi mengalihkan dan mencabut umbi-umbi agama Hindu dan Buddha. Teks tersebut juga mengingatkan saya kepada buku “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu” tukilan Prof. Naquib dulu. Beliau mengutarakan pandangan bahawa agama Hindu dan Buddha tidaklah bertapak kukuh di Alam Melayu, sebaliknya menjadi agama para autoriti. Asumsi ini pada saya mempunyai kebenarannya juga. Saya tidak melihat bahawa agama Hindu dan Buddha telah berakar umbi di dalam masyarakat nusantara, agama Hindu misalnya. Unsur-unsur Hindu lebih menonjol dalam aspek budaya dan linguistic berbanding pengalaman agama Hindu itu sendiri. Saya mengambil contoh pengislaman masyarakat Jawa oleh Wali Songo misalnya, Wali Songo tidak-lah menekan ritual-

[BERITA] KDN Merampas Karya Esposito

  [BERITA] KDN Merampas Karya Esposito Oleh: Iltizam Iman Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan sebuah buku yang dibeli dari luar negara oleh seorang warga tempatan. Syed Ahmad Fathi,   membeli buku yang bertajuk "Who Speaks for Islam?"   yang ditulis oleh John L. Esposito dan Dalia Mogahed dari Bookfinder, yang berpusat di Amerika Syarikat.   (Syed Ahmad Fathi, gambar dari Facebook beliau) Syed Ahmad Fathi, seorang penulis dan juga penggemar buku, berkongsi di laman media sosialnya bahawa beliau sangat terkejut dengan penahanan buku yang dibelinya itu.   Menurut surat penahanan yang bertarikh 24 April 2021, buku tersebut ditahan di bawah Seksyen 9A, 17 dan 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) kerana disyaki sebagai hasil penerbitan yang boleh dikenakan perintah larangan di bawah Seksyen 7(1) AMCP 1984.   "Saya kira buku ini (sifatnya) akedemik, jadi tak pasti kenapa ditahan..." tulis beliau di laman facebooknya.

Resensi Buku Ideologi Zin Mahmud

Oleh: Farahani Rosman Mengulas sebuah catatan memori seseorang terkemuka bukanlah senang, sekurangnya untuk saya. Catatan memori ini sifatnya peribadi; ia terhadir selepas melalui suatu proses renungan rasa dan rasional. Tertimbul insaf di masa-masa muhasabah diri, tertimbul lucu di masa-masa senang hati. Untuk Zin Mahmud yang lebih tersenyum jika dipanggil Pak Zin, kenangan-kenangan pergerakan fikirnya tertulis setakat upayanya mengimbau noktah-noktah penting dalam hidupnya. Tertulis dalam prakatanya, beliau bersungguh-sungguh ingin menepati memorinya dengan maklumat yang benar. Tarikh, atau tahun itu penting untuk kita faham anggaran semangat zaman yang cuba diterangkan. Begitulah apa yang saya dapat daripada Pak Zin. Buku ini buku yang laris di pasaran. Baru sahaja hinggap di rak buku, ia lesap di tangan orang lain menuju ke meja juruwang. Saya sendiri terpaksa menunggu ia dicetak buat kali kedua dengan kerjasama Republik Buku dan Gerak Budaya. Sesudah memilikinya, barulah saya fa

Muat Turun Sejarah Sosial Media, Karya Asa Briggs & Peter Burke

  Karya Asa Briggs & Peter Burke, Sejarah Sosial Media: Dari Gutenberg Sampai Internet. Boleh muat turun di  sini.

NOTA PENERBIT UNTUK BUKU PERIHAL ANARKISME KARANGAN NOAM CHOMSKY

  NOTA PENERBIT UNTUK BUKU PERIHAL ANARKISME KARANGAN NOAM CHOMSKY   Sepengetahuan kami selaku penerbit buku-buku progresif, di Malaysia hanya ada satu setakat ini buku yang ditulis tentang anarkisme yang agak khusus (walaupun ada juga tajuk-tajuk lain dalam buku tersebut) iaitu The Black Book (tajuk bahasa Inggeris tetapi isinya dalam Bahasa Melayu) tulisan Raja Otek terbitan Cukong Press. Sementara seperti biasa, Indonesia yang selalu mendahului dalam bab budaya termasuk literasi lebih meriah dan rancak. Antara dalam pemerhatian kami yang paling awal ialah Marjin Kiri yang banyak memfokuskan pada anarkisme berbanding penerbit seperti Resist Book, Ultimus, Yayasan Obor, Kendi, Berdikari, Komunitas Bambu dll. (Bahkan Marjin Kiri di kesempatan yang lain seolah cuba mempertautkan anarkisme dan Nietzsche dalam sebuah buku terjemahan mereka, dengan memberikan fakta bahawa Emma Goldman antara tokoh feminis anarkis yang kerapkali mengangkat Nietzsche dan mengkuliahkan idea-idea Nietzsche

Muat Turun Agama & Hegemoni Negara, Karya Benz Ali

Karya Benz Ali, Agama & Hegemoni Negara. Boleh muat turun di  sini.

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk