Ulasan buku Moral Man and Immoral Society oleh Reinhold Niebuhr Oleh: Hud-2 AGAMA dan kemapanan ( status quo ) seringkali diperzinakan oleh para ulama, rahib, paderi, sami kaum penarung (jubahnya berubah, tetapi syaitan yang memakainya sama) sehinggakan para pendokong ‘progresif’ menyangka bahawa agama dan kemapanan adalah pasangan yang halal. Akibatnya, agama dianggap sebagai salah satu punca masalah umat manusia, kalaupun bukan salah satu sumbernya, sehinggakan agama dibuang sama sekali dari segala projek pembebasan Zaman Pencerahan. Akal, dengan segala ketidaksempurnaannya, diangkat menjadi Tuhan baru. Namun demikian, agama (Kristian khususnya) dipersisihkan dari pergelutan idea-idea baru di dunia Barat, kezaliman dan ketirisan masih lagi berleluasa. Malah, projek Zaman Pencerahan seolah-olah gagal untuk menghalang kelahiran anak-anak haram baru seperti rejim-rejim Imperialis, Fasis dan Komunis dari rahim negara-negara Liberal Borjuis. Abad ke-20 menyaksikan betapa dahsya...
'melawan dengan buku!'