Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Tentang Keilmiahan Sesebuah Penulisan

  Oleh: Benz Ali Tulisan ini bukanlah bersifat untuk membidas kritikan komrad Syed Ahmad Fathi, yang telah mengkritik buku Meruntuhkan Mitos Superman (MMS) saya sebelum ini di  sini . Selain kita perlu meraikan dan merayakan buku-buku yang begitu tegar dikeluarkan di era ‘kematian buku’, kritikan-kritikan terhadap sesuatu buku juga harus diraikan dan dirayakan. Kita sebagai penulis tidak boleh terlalu cepat melatah bila dikritik. Kritikan demi kritikan tidak lain (jika niatnya suci-murni) maka akan mematangkan buku dan penulis itu sendiri suatu hari nanti. Penulis harusnya bukan sekadar berani menulis, tetapi harus siap untuk dikeronyok, begitu awal saya memulakan penulisan ini. Tulisan ini hanya cuma hendak menyentuh satu atau dua sahaja hal yang ditimbulkan oleh Syed Ahmad Fathi tentang pembacaannya pada buku MMS tersebut. Selain begitu kepenatan dan perasaan skeptikal yang terlalu sarat terhadap banyak benda, menyebabkan saya tidak berkemampuan membalas semua kritikan beliau. Mu