Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Tjokroaminoto Untuk Pemula: Dari Satu Pemikiran kepada Banyak Tindakan

Oleh: Tommy Hatcher  Tjokroaminoto Untuk Pemula: Dari Satu Pemikiran Kepada Banyak Tindakan (baca: Cokrominoto) siri sejarah terbitan distributor Republik Buku. Saya diminta oleh sidang redaksi distributor, 'RepublikBuku' untuk berkomentar untuk keluaran terbaru dari Republik Buku dalam Serial 'Siri Pemula'nya yang bermula dengan figur Sosialis Iran, Ali Syaria'ti dan tokoh pembebasan kulit hitam Amerika Syarikat Malcolm X yang telah dikomentar sebelum ini. Pemilihan figur yang berlainan tapi sefikrah juga merupakan strategi dari sidang redaksi dalam usahanya untuk mengangkat watak yang berbeza tapi mempunyai pemikiran yang 'sekepala'. Haji Omar Saeid Tjokrominoto yang merupakan figur pilihan untuk serial Pemula kali ini secara jujur lansung saya tidak kenali berbanding tokoh ternama terutamanya dari republik Indonesia yang lain. Kepayahan 'mengeja' nama figur ini juga menjadikan antara sebab saya kurang berminat dengannya. Progr

Kisah Saya Pejuang Islam: Sebuah Ulasan

Oleh: Apis Cuer Secara Keseluruhan Dari muka depan buku ini, dapat dijangka bahawa terdapat banyak kisah yang menarik tentang Muslim radikal . Walaupun di situ tertulis Islam radikal, saya berpendapat bahawa tidak ada istilah Islam radikal, Islam jumud, Islam liberal atau Islam ekstremis. Ustaz Wan Ji Wan Husin yang membuatkan diri saya tersedar tentang ini. Islam adalah Islam. Lebih luas dari konteks tersebut dan bebas daripada unsur yang dinyatakan. Macam mana kita nak gabungkan Islam yang bermaksud aman dengan sifat radikal? Aman yang radikal? Atau aman yang jumud? Aman yang bebas? Aman yang ekstremis? Ia tidak dapat disatukan. Yang membawa suatu sifat itu adalah pemeluk agama Islam, iaitu Muslim. Apa yang ditekankan di dalam buku ini adalah perjalanan menuju Islam dalam haluan yang lebih baik. Banyak rintangan yang dihadapi oleh Ed Husain. Bermulanya dari kisah waktu kecil. Dia seperti Muslim yang lain. Dia memiliki hubungan yang baik dengan cikgu dan orang lain walaupu