Langkau ke kandungan utama

Review Pertama (dan panjang) Anti Conformity


Oleh: Asrul Rashid

Abang kepada buku sebelumnya iaitu Antithesis, itulah gambaran penulisnya Saudara Benz Ali. Oleh disebabkan sifatnya sebagai abang maka Anti Conformity ini lebih tebal muka suratnya dan lebih padat (kurang ajar) isinya berbanding adiknya Antithesis.

Diterbitkan oleh Sorok Kitab, buku ini memang tebal juga berbanding dengan buku-buku indie lain, empat ratus lebih muka suratnya, tapi ruang kosong pun banyak juga. Tidak jelas mengapa Saudara Benz Ali bertukar payung penerbitan, lambat menerima bayaran barangkali atau penerbit sebelum ini telah terjerumus ke lembah kapitalis hipster, entahlah.

Beliau membahagikan buku ini kepada beberapa tajuk utama sebelum dipecahkan kepada tajuk kecil yang menyentuh pelbagai isu dan perkara semasa. Jika menginginkan sebuah buku yang selesa dan enak dibaca, sila cari buku lain. Buku ini menyentuh terus kepada teras permasalahan pada  masyarakat borjuah. Masalah yang jelas nampak namun ditutupkan demi menjaga beberapa entiti berkepentingan yang akhirnya menjadi parah dan barah masyarakat dan ianya tidak boleh disembuhkan dengan hanya meminum air Anugerah.

Buku ini kelihatan lebih kepada diari kerana dipenuhi dengan pengalaman peribadinya dan diselitkan dengan pegangannya dan pendapatnya berkenaan sesuatu kejadian itu. Antaranya penahanan isterinya oleh MAIS (di sini barulah tahu beliau sudah berkahwin), ditahan di dalam lokap, dropout U, buat demo serta event sana-sini dan lain-lain lagi. Juga di dalamnya terdapat pelbagai ulasan mengenai ideologi yang popular kala ini seperti Marxism, Leninsm, capitalism, socialism, wahabi, salafi, sufism, maslanisme dan lain isme-isme. Kuatkan iman semasa membaca buku ini kerana hanya ASWJ sahaja yang benar dan akan diterima Tuhan, yang lain boleh masuk neraka. Lupa ke hadis pasal 73 golongan tu? Sekarang ini ada beribu - ribu golongan,pilihlah.

Turut dijelaskan ketidaktentuan masyarakat massa ini terhadap agama sendiri apabila adanya kemunculan pelbagai cabang isme-isme di atas adalah kerana tidak memahami agama Islam itu sendiri. Gagal memahami maksud dan ajaran Islam itu menyebabkan mereka merasakan cukuplah ilmu yang diajar di Tadika, kelas Kafa, seterusnya kelas-kelas agama ketika persekolahan dan sehingga ke universiti. Itu pun jika universiti itu menerapkan keislaman di dalam sistem pembelajarannya. Universiti Islam Antabangsa itu lainlah, nama saja pun sudah tertera islamnya itu. Setelah habisnya fasa pembelajaran, dirasakan tak perlu lagi mempelajari tentang islam. Pernyataan ini adalah secara umum sahaja kerana terdapat juga yang menyambung pembelajarannya secara tidak formal melalui kuliah di masjid, YouTube atau khutbah Jumaat dan lain-lain cara. Jika yang kaya bolehlah terus belajar ke tahap tinggi lagi atau ke luar negara. Namun berdasarkan trend pada hari ini sepertinya Islam kelihatan hanya sekadar kulit melitupi batang tubuh manusia itu dan tidak menjadi sebuah organ yang penting dalam kehidupan manusia itu.

Cukupkah Islam seseorang itu pada sekadar tahu halal dan haram sahaja? Adakah Islam itu hanya pada hukum nikah kahwin sahaja? Atau pada air, kurma, kismis, beras dan ayam yang diterapikan 30 juzuk Al Quran? Itu sahajakan yang ada pada Islam? Di manakah ilmu Islam yang bertimbun - timbun ketika kegemilangan Islam dahulu? Bangga dengan kegemilangan Islam yang dahulu  dan mahu Islam gemilang semula, tapi di mana ilmunya? Kemudian mahu mendakwa telah faham akan Islam secara penuh? Bagaimana dikatakan faham sedangkan perkara yang diharamkan agama terang-terangan dilaksanakan? Masyarakat marahaen yang tertindas itu tiadakah tempatnya di dalam Islam? Atau Islam hanya untuk ustaz - ustaz mengkayakan diri dengan mendokong kepimpinan wassatiyah moden ini? Kemudian berhanana kepala bana dengan bayaran yang lebih eloknya diberikan terus kepada yang lebih memerlukan. Kemudian lagi setelah kurang faham mereka merasakan lebih faham dari orang lain, lalu wujudlah perbalahan di dalam masyarakat apabila sesuatu isu timbul kerana merasakan berada di dalam siratul mustaqim ciptaan mereka sendiri.

Tidak perlu bersetuju, diingatkan ketika membaca buku ini kerana tidak semua tulisannya dapat diterima umum jika diukur dengan kemampuan masyarakat berfikir. Masyarakat yang menonton drama petang jam 7, bersorak pada vagina gegar yang mengitar semula lambakan artis di Malaysia dan mengundi rancangan realiti yang fallacy jarang sekali mahu memikirkan perkara yang tidak menjadi masalahnya. Kaka cakap "itu bukan hal aku, baik aku jalan dulu."

Isu yang terkait agama, budaya, ideologi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain dikambus dikubur di hujung pemikiran yang disiram keseronokan, lantas menjadikan masyarakat massa ini berfikiran lembik. Jadi bila lembik janganlah pula marah bila dilenyek masyarakat yang lebih kuat pemikirannya. Lantas masyarakat perlu kembali kepada pembacaan. Baca apa sahaja supaya bertambah perkara baru di ruang pemikiran, itulah gunanya membaca, menambah pengetahuan tentang perkara baru seperti orang kaya menambahkan harta pada kekayaannya.


Setelah membaca buatlah sesuatu untuk membetulkan masyarakat massa ini. Kerana masyarakat itu bermula dengan setiap individu dan permasalahan yang berlaku adalah cerminan setiap individu di dalamnya. Mulakan dengan berhenti menonton drama jam 7, Tuhan akan merahmati umat ini kerana tidak membazirkan umurnya dengan menonton drama jam 7 itu. Bolehkah  bertambah iman dengan drama macam tu? 

Ulasan

  1. pada aku adalah lebih elok jika, background pada main post itu digelapkan saja..takyah transperent..penin mahu baca..

    tapi jika ini identiti yang kamu rasa kamu mahu pakai, teruskan usah peduli kepada orang yang memberi pandangan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk