Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Keasyikan Membaca Buku "Simposium Tasawuf & Tarikat" Karangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Oleh: Muhammad Syameil Dalam keasyikan membaca buku “Simposium Tasawuf & Tarikat” tulisan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, saya terjumpa matan yang menarik perhatian saya. Dr. Burhanuddin dalam syarahannya mengatakan bahawa perkembangan Islam besar sekali dilakukan oleh ahli sufi mengalihkan dan mencabut umbi-umbi agama Hindu dan Buddha. Teks tersebut juga mengingatkan saya kepada buku “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu” tukilan Prof. Naquib dulu. Beliau mengutarakan pandangan bahawa agama Hindu dan Buddha tidaklah bertapak kukuh di Alam Melayu, sebaliknya menjadi agama para autoriti. Asumsi ini pada saya mempunyai kebenarannya juga. Saya tidak melihat bahawa agama Hindu dan Buddha telah berakar umbi di dalam masyarakat nusantara, agama Hindu misalnya. Unsur-unsur Hindu lebih menonjol dalam aspek budaya dan linguistic berbanding pengalaman agama Hindu itu sendiri. Saya mengambil contoh pengislaman masyarakat Jawa oleh Wali Songo misalnya, Wali Songo tidak-lah menekan ritual-

[BERITA] KDN Merampas Karya Esposito

  [BERITA] KDN Merampas Karya Esposito Oleh: Iltizam Iman Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan sebuah buku yang dibeli dari luar negara oleh seorang warga tempatan. Syed Ahmad Fathi,   membeli buku yang bertajuk "Who Speaks for Islam?"   yang ditulis oleh John L. Esposito dan Dalia Mogahed dari Bookfinder, yang berpusat di Amerika Syarikat.   (Syed Ahmad Fathi, gambar dari Facebook beliau) Syed Ahmad Fathi, seorang penulis dan juga penggemar buku, berkongsi di laman media sosialnya bahawa beliau sangat terkejut dengan penahanan buku yang dibelinya itu.   Menurut surat penahanan yang bertarikh 24 April 2021, buku tersebut ditahan di bawah Seksyen 9A, 17 dan 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) kerana disyaki sebagai hasil penerbitan yang boleh dikenakan perintah larangan di bawah Seksyen 7(1) AMCP 1984.   "Saya kira buku ini (sifatnya) akedemik, jadi tak pasti kenapa ditahan..." tulis beliau di laman facebooknya.