Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad

Muat Turun Keadilan Ilahi, karya Murtadha Muthahhari

Karya Murtadha Muthahhari, Keadilan Ilahi. Boleh muat turun di  sini.

Pandangan tentang buku Berfikir Tentang Pemikiran karya Syed Ahmad Fathi (BHG 1)

Oleh: Benz Ali Aku mendapatkan buku ini sudah lama. PBAKL 2019. Cuma baru sekarang berkesempatan membeleknya dan baru sahaja selesai membaca 100 ms (tanpa dinafikan ada banyak juga yang aku skip). Terasa mahu mengulasnya, apatah lagi bila signature Syed Ahmad Fathi (SAF) selain menandatangan buku ini mengharap dapat aku reviu buku sulungnya ini. Dan SAF juga sudah melakukan reviu untuk zine-zine keluaran #kuliahbuku dan #republikzine iaitu KUBUZINE 1, KUBUZINE 2 dan Rambut Panjang Simbol Perlawanan. Aku fikir sudahlah sampai masanya, aku ‘membalas’ semula reviu-reviu yang beliau lakukan. Dan untuk catatan juga, rasanya aku diperkenalkan dengan SAF ini buat pertama kalinya oleh teman FBku (yang aku pernah bermalam di rumahnya kurang lebih seminggu semasa di Penang awal 2019). Aku rasa SAF juga hadir ke acara tour itu, sama ada orang lain atau aku tak sempat nak bersembang panjang dan bukunya ini telah kehabisan pada waktu itu. Pertama sekali, aku sebenarnya sudah lama ingin