Langkau ke kandungan utama

Biarkan Tuah Dalam Lagenda


Pengulas: Hasnul Sani

Tak akan Melayu Hilang Di Dunia-Hang Tuah
Pendahuluan
Siapa yang tidak pernah mendengar mengenai Hang Tuah. Lagendanya mahsyur sejak kita kecil sehinggalah dewasa. Di persidangan yang membela hak Melayu, kata-kata keramat Hang Tuah sering disebut dengan jeritan penuh bersemangat. Baru-baru ini timbul kembali polemik mengenai samada Hang Tuah merupakan watak mitos atau adalah watak pahlawan yang benar-benar wujud. Dengan timbulnya polemik mengenai kewujudan Hang Tuah, saya tertanya apakah faedah yang akan timbul dari isu ini. Isu ini lebih banyak membuka sisi buruk yang terdapat dalam diri Hang Tuah dan membuatkan kita untuk bertanya samaada layakkah Hang Tuah untuk di gelar sebagai pahlawan agung Melaka, Melayu dan Islam?

Hikayat Hang Tuah adalah satu catatan sastera mengenai kehidupan dan keagungan laksamana Melaka tersebut. Kassim Ahmad dalam pengenalan Hikayat Hang Tuah terbitan Dewan Bahasa Pustaka pada tahun 1965 menyatakan bahawa Hikayat ini bukan sebuah sejarah dan hanyalah sebuah karya sastera. Malahan dalam hikayat ini terdapat banyak unsur-unsur negatif yang dilakukan oleh Hang Tuah seperti menggunakan  “ilmu guna-guna” untuk memikat hati Tun Teja yang hendak dijadikan isteri buat Sultan Melaka. Sifat taat membuta tuli juga ditunjukkan semasa Hang Tuah membunuh Hang Jebat yang menderhaka kerana mahu membalas dendam  untuk Hang Tuah. Di akhir hikayat ini, diceritakan yang Hang Tuah telah bertaubat dan menuntut ilmu agama dan melupakan dunia. Mungkin ini percubaan untuk penulis hikayat tersebut untuk menutup segala sisi gelap Hang Tuah dalam hikayat tersebut.

Hang Tuah Catatan Okinawa
Dalam penelitian terbaru buku terbitan UPM Press bertajuk Hang Tuah Catatan Okinawa, penulis buku tersebut cuba untuk merungkai misteri samaada Hang Tuah benar-benar wujud dengan menggunakan catatan-catatan primer berupa surat menyurat diantara kerajaan Melaka dengan dengan kerajaan empayar Ryukyu. Dalam catatan tersebut, penulis buku cuba untuk menyamakan gelaran Laksamana dengan gelaran yang digunakan oleh Hang Tuah. Ini adalah satu percubaan yang bersifat tekaan sahaja maka kajian mereka lebih kepada catatan-catatan yang menonjolkan gelaran tersebut. Untuk menguatkan tesis, penulis buku juga menggunakan penemuan objek berupa keris yang berlok sembilan yang dikatakan sebagai keris yang digunakan sebagai lambing diplomatik antara kerajaan Melaka dan Ryukyu. Saya kurang pasti samaada artifak keris itu pernah dikaji secara mendalam untuk membuktikan yang keris tersebut berasal dari kepulauan Melayu atau tidak.

Bukti yang kedua pula adalah bersumberkan dari The Commentaries of The Great Alfonso Dalboquerque. Catatan ini akan menimbulkan lagi kontroversi. Memetik satu ayat seperti berikut (dari mukasurat 79 buku Hang Tuah Catatan Okinawa) :

“He came down to the River of Muar and ask send to ask for a safeguard, declaring that he was desirous of retarning to live  at Malacca and serving the king of Portugal”

Dalam catatan ini, He yang dimaksudkan adalah seorang laksamana yang berumur 80 tahun yang dikatakan adalah Hang tuah oleh penulis buku. Bagaimana seorang laksamana yang terkenal dengan kepahlawanan dan taat setia kepada raja (menurut Sulalatus Salatin) boleh meminta untuk bertemu dengan seorang penjajah yang telah menghancurkan kesultanan Melaka dan lebih teruk lagi mahu bertaat setia kepada raja Portugal. Adakah ini Laksamana Hang Tuah?

Inikah Hang Tuah yang menjadi pertikaian ramai ahli akademik? Melaka sebagai sebuah empayar bukan sahaja memiliki Hang Tuah. Sejarah Melaka tidak harus dipandang hanya pada Hang Tuah. Tidak ada gunanya kita bertelingkah mengenai seorang figura yang kontroversi seperti Hang Tuah malahan biarkan sahaja Hang Tuah menjadi sebuah lagenda.

Kesimpulan

            Perdebatan mengenai kewujudan Hang  Tuah hanyalah satu usaha yang tidak mendatangkan banyak faedah kepada rakyat Malaysia. Masa dan wang ringgit yang disalurkan untuk pengkajian sejarah Hang Tuah juga tidak sepatutnya berlaku. Melaka bukan sekadar Hang Tuah. Sejarah bukan untuk dibanggakan sebaliknya untuk diteladani untuk dipelajari apa salah silap untuk mengelakkan kita mengulangi sejarah kembali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk