Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Menilai Semula Syahadah Kedua Karangan Syazreen Mohd

  oleh: Benz Ali Muqaddimah Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengulas di blog ini tentang buku terbaru terbitan Ilham Books karangan Syazreen Mohd ini. Saya berjanji kepada penerbitnya akan mengulas pada bulan 7 tempohari di blog ini, malangnya ada hal-hal lain yang menganggu fokus, dan juga faktor kesihatan yang tidak menentu. Buku setebal 193 ms ini meskipun tidak begitu tebal, tetapi perbahasannya berat lagi mendalam. Ia tidak boleh diulas sambil lewa. Maka kerana itu saya telah menghabiskan masa saya untuk menonton diskusi buku ini (live FB) anjuran penerbitnya sendiri, Lestari Hikmah, Borneo Komrad dll, yang menjemput panelis dari serata ceruk nusantara, Borneo, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Dan baru-baru ini juga di Clubhouse dianjurkan diskusi berkenaan buku ini oleh Purana School yang dikendalikan oleh Megat Hanis, Sadiq Jebat, Shukri Mokhtar juga panelis jemputan Amirul Mukminin. Diskusi yang sama turut dihadiri seteru akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi di nusantara k