Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mohamed Rozaidy

Wahyu dan Revolusi: Antara Pro dan Kontra Karya Revolusioner Ziaul Haque.

Oleh: Bilis Sinis a.k.a Mohamed Rozaidy Buku setebal 301 halaman ini memakan masa yang agak lama untuk aku habiskan dan hadam. Percay a atau tidak, aku sempat menghabiskan pembacaan sebuah kompilasi cerpen sebelum aku menamatkan pembacaan aku terhadap buku ini. Seperti buku-buku lain, buku ini juga tidak terlepas daripada jangkaan aku melalui ulasan-ulasan ringkas dan juga saranan-saranan penerbitnya sendiri iaitu Republik Buku yang aku baca di media sosial sebelum aku membacanya kulit ke kulit. Jangkaan aku pada awalnya ialah buku ini bakal mendedahkan sisi pandang bagaimana wahyu yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu itu dapat menghidupkan kembali jiwa manusia di suatu tempat hatta di seluruh dunia sekalipun, dan bagaimanakah mesej wahyu itu dibawa oleh nabi-nabi yang betul-betul bersungguh (all out) untuk menyampaikan risalah Tuhan supaya manusia menyembah hanya kepada-Nya dan bukan kepada sembahan-sembahan lain. Malangnya, jangkaan aku sedikit meleset. Terbahagi kepad...

Review Buku - DR.M: APA HABAQ ORANG MUDA? oleh CHEDET dan MAT RODI

Oleh: Mohamed Rozaidy Sebuah buku kombinasi antara pandangan peribadi Mat Rodi atau saudara Radzi Tajuddin dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Buku setebal 196 muka surat ini memberikan pandangan berkenaan 11 tema merangkumi Jati Diri Melayu, Sistem Nilai, Agama, Kepemimpinan, Visi dan Pembangunan, Ekonomi, Pendidikan, Media, Antarabangsa, Demokrasi dan Malaysia Tanah Airku. Kata-kata Tun Dr.M dalam pelbagai isu dimuatkan di awal penulisan berkenaan setiap tema dan kemudiannya disusuli dengan tulisan Mat Rodi yang dengan terang dan jelas menyokong tindak tanduk Tun Dr.M. Gaya penulisan seperti yang aku nyatakan tersebut membuatkan aku tidak bersetuju dengan buku ini di peringkat awal. Kerana pada pandangan aku, sesuatu buku yang “ UMPH !” tentang sesuatu tokoh, mestilah tidak berat sebelah atau tidak ‘ bias ’ dalam usaha menyingkap kebaikan dan tragedi yang disumbangkan oleh seseorang tokoh. Maka, untuk aku, buku ini hilang “ UMP...

Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba.

Oleh: Mohamed Rozaidy Aku percaya membaca itu untuk mencari makna, aku percaya membaca itu untuk membuka minda. Pertama kali aku melihat kulit buku ini beserta penulisnya yang merupakan seorang tokoh yang digelar pendeta, aku mula bertarung dengan kata-kata yang dipilih untuk dijadikan tajuk buku ini. Sama ada buku ini akan menceritakan berkenaan perangai seseorang yang dipengaruhi oleh dirinya sendiri atau buku ini sebenarnya ingin mengulas berkenaan perangai seseorang yang suka bergantung kepada dirinya sendiri (tidak bergantung kepada orang lain dalam melakukan sesuatu). Setelah selesai membaca, maka aku katakan definisi kedua itu lebih tepat dalam konteks penghuraian daripada penulis. Antara perkara yang mengecewakan aku tentang buku ini ialah aku terpaksa membaca dahulu pengenalan yang ditulis oleh Asmah Haji Omar. Pengenalan ini seolah-olah cuba merumuskan intipati buku ini yang sebenarnya membuatkan aku tidak puas hati. Sesuatu buku itu cukup sekadar diletakkan pr...

'Agree on disagree' dalam Agama dan Hegemoni Negara

*Oleh: Mohamed Rozaidy Agama dan Hegemoni Negara merupakan salah satu buku karangan saudara Benz Ali. Buku ini tidak seperti buku-buku beliau yang sebelum ini iaitu Antithesis dan Anticonformity yang aku lihat kurang berfokus dari segi aspek kritikan yang cuba disampaikan. Buku ini lebih kepada mengkritik orang-orang kuat dalam agama sekaligus mengkritik salah faham masyarakat dalam memahami dan mengamalkan agama terutamanya agama Islam. Aku tidak melabel saudara Benz Ali sebagai munafik, kafir atau sosialis seperti kebanyakan orang. Memang pada mulanya aku takut dan risau ketika pertama kali menonton video rakaman Benz Ali yang diletakkan label “Munafik menghina Islam” kerana aku tidak dapat menyediakan jawapan kepada soalan-soalan yang dilontarkan dalam video tersebut. Pada masa yang sama, aku juga tidak setuju dengan label yang diletakkan pada tajuk video tersebut kerana soal siapa munafik ataupun tidak, bukan urusan manusia. Itu pandangan aku. Selepas aku membaca bu...