Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kassim Ahmad

Kuliah Rakyat 4/2023: Persoalan-persoalan Falsafah dalam Gapura Wacana

Pada 6 Mei yang lepas iaitu selepas 1 Mei (May Day), iaitu selepas 22 April (Hari Raya), maka berlangsungnya di sebuah kedai buku kecil, Toko Buku Rakyat, sebuah diskusi berkala yang dinamakan sebagai Kuliah Rakyat 4/2023 dengan tajuk, Persoalan-persoalan Falsafah dalam Gapura Wacana.  Buku Gapura Wacana tersebut adalah antara karya terbaru Prof Madya Dr Saiful Akram Bin Che Cob @ Ab Ghafar (selepas ini disebut Dr. Akram) yang diterbitkan di bawah Kenyalang, sebuah imprint The Biblio Press. Buku ini berketebalan 339 ms berharga RM35. Dalam diskusi buku tersebut di Toko Buku Rakyat, banyak persoalan dibincangkan meskipun dalam waktu yang terhad.   Bahasa Melayu sebagai Bahasa Falsafah Antara persoalan yang sempat ditanyakan ialah, adakah Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Falsafah? Dr. Akram menjawab dengan yakin, bahawa beliau yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Falsafah. Pertanyaan ini muncul, tatkala kalangan sarjana kita sendiri yang bercakap tentang falsafa...

Akupunktur oleh Dr. Nasir Hashim

  Pengantar Penerbit Dr. Nasir Hashim adalah seorang sosok Kiri tanahair yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Secara umumnya, khalayak aktivis dan masyarakat awam mengenali beliau sebagai aktivis dan bekas pimpinan Parti Sosialis Malaysia, juga bekas ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), bergiat aktif bersama peneroka bandar menuntut hak mereka, juga pernah bertanding di Kota Damansara dan menang di sana (2008-2013), menjadikan beliau antara senarai politikus Kiri yang pernah menang pilihanraya di Malaysia, sebaris dengan Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Hassan Karim, Dr. Jeyakumar, Tan Seng Giaw dll, juga pernah didekamkan selama 15 bulan semasa Operasi Lalang 1987 oleh penguasa (rejim Mahathir waktu itu) dengan akta I.S.A. Sementara itu dari sudut akademik beliau memperolehi Ph.D di Cornell University, Ithaca, New York seterusnya pernah me...