Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Resensi Nothing To Envy

Oleh: Endah Iman Bayangkan apa yang diceritakan dalam novel 1984 karya George Orwell adalah benar? Terdapat satu negara yang sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan koloni kekuasaannya? Setiap tindakan dipantau, setiap kegiatan diselidiki dan setiap apa yang kita fikirkan telah diprogram dalam satu sistem. Sistem untuk menyokong kerajaan. Sistem ini  dibuat untuk mengekalkan hegemoni pemerintah pada suatu-suatu masa. Akan ada orang-orang yang sanggup mengintip apa yang kita bualkan dengan keluarga, apa yang kita tonton sehingga kepada apa yang kita catat. Bila kita didapati bersalah, berkata sesuatu yang tidak menguntungkan kerajaan, merit kita akan dipotong. Dendanya kita kena menghabiskan masa mendengar kuliah tentang kenegaraan. Andai kata, apa kita lakukan itu menganggu gugat kerajaan, bersedialah ke kem buruh paksa. Itu yang saya perhatikan dan pelajari dalam buku Barbara Demick “Nothing To Envy”. Tajuknya datang dari propaganda yang mengatakan bahaaa tiada yang

WHAT IS PROPERTY

Penulis: Pierre Joseph Proudhon Terbitan: Open source ‪#‎ ringkasan_nota‬   ‪#‎ what_is_property‬ Buku Proudhon ni boleh di download dalam bentuk *.pdf di  libcom.org , anarchy archieves dan jugak anarchy library. Memang aku ade sikit rasa payah lah baca buku ini seperti jugak mana-mana buku anarchist klasik yang menggunakan bahasa Inggeris klasik. Property yang dimaksudkan oleh Proudhon di sini bukanlah seperti yang golongan neo-classical economy dan liberal faham. Bukan yang seperti kita diajar. Ia adalah pandangan Proudhon sebagai seorang mutual anarchist. Dan ia lebih kepada kritikan ke atas sistem kapitalis yang hanya memberi faedah atau hasil pertanian kepada tuan punya tanah dan bukannya hanya pada pekerja. Buku ni memang penuh dengan kritikan keras beliau ke atas pemilikan property berdasarkan dua konsep: Ketidak adilan pemilik property dan membawa kepada penindasan orang lain semata-mata mahu keuntungan yang berasaskan greed dan profit semata-mata. Dia berul