Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Pak Kassim, Mencari Jalan Pulang!

Oleh: Razdey Ruslin Seperti buku memoir yang lain, buku ini menceritakan tentang riwayat hidup penulis, iaitu Kassim Ahmad, bermula dari usia kanak-kanak sehingga sekarang dan juga bagaimana beliau berjumpa Islam dan ‘kembali ke pangkuan ibu’ setelah 36 tahun mencari jalan pulang semenjak usianya 17 tahun. Selain kisah hidup beliau, dalam buku ini juga beliau selang selikan dengan pemikiran, falsafah, sastera, politik dan teologi yang sememangnya menjadi minat beliau. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahwa buku ini adalah salah satu daripada buku-buku kontroversi yang aku baca yang mengubah pemikiranku dan memberi impak yang agak besar kepada aku.  Sebagai perkongsian kepada pembaca, buku-buku yang memberi impak kepada aku adalah pertama, “Antitesis” (jika aku tidak membaca buku ini, mungkin aku tak akan pernah membaca buku-buku yang akan aku nyatakan sebentar lagi), “Allah, Kebebasan dan Cinta” (buku yang diharamkan. Ajaibnya, aku pertama kali mengenal cinta Tuhan

Esei Buku Malaiur Manikam: Ini Bukan Kitab Veda

TAJUK : Malaiur Manikam: Ini Bukan Kitab Veda PENULIS: Uthaya Sankar SB TUKANG REVIEW: Oz Faye Sebelum menulis esei buku ini, pernah terlintas dalam pemikiran aku membicarakan isu agama sebagai wadah perpaduan ummah di Malaysia dan memperlihatkan budaya dan sosiologi campuran kaum utama terdiri daripada Melayu, India, dan Cina berkait rapat pengenalan asas sesebuah pembentukan idealisme dan falsafah hidup manusia kelak. Pada hari ini, kita dapat melihat kesinambungan agama tak relevan disebabkan tangan ‘kotor’ mengaburi  pemandangan masyarakat terhadap kepelbagaian agama bahkan dijadikan sebagai  teknik pemasaran untuk meraih sesuatu hajat golongan bourjois dilihat sentimen agama mampu memecahbelahkan perpaduan masyarakat telah terbina sekian lama.  Setiap saat, minit, jam, dan hari, aku sentiasa bertanya pada diriku, ‘mengapa karma kerajaan sentiasa menyalahkan agama sebagai satu penindasan terhadap kaum lain?’ serta ‘apakah ini yang ditingggalkan pihak penjajah

Agong Tanpa Tengkolok (Esei Pertama)

Oleh: Sisemu Pancaksara Usai membaca buku kecil yang ditulis oleh panitera besar ini, entah kenapa saya selalu bernostalgiakan gerakan Reformasi 1998. Terpapar dalam kepala ber-soundtrack-kan gema semboyan keramat ‘Reformasi’, slaid deretan motokar dan demonstran yang bersesakkan di Jalan Kebun dan slaid Dataran Merdeka dicurahi demonstran yang dicurahi air serta gas pemedih mata oleh FRU.  Mungkin apa yang difahami oleh khalayak di pihak pemerintah atau di pihak bughah, gerakan Reformasi cuma hendak melengserkan Dr. Mahathir Mohamad dan menabalkan Anwar Ibrahim, simbol gerakan itu yang diliwat maruahnya dengan tuduhan meliwat, di singgahsana Perdana Menteri. Maka, masalah Korupsi-Kronisme-Nepotisme (KKN) yang dikatakan berpunca dari Mahathir akan pupus terus setelah Anwar bersemayam di Seri Perdana.  Mendekati milad ke-20 gerakan Reformasi, kita lihat situasi siasah di negara ini bertambah lucu, mungkin untuk menghiburkan diri yang disepit ketidaktentuan ekonomi ya

'Agree on disagree' dalam Agama dan Hegemoni Negara

*Oleh: Mohamed Rozaidy Agama dan Hegemoni Negara merupakan salah satu buku karangan saudara Benz Ali. Buku ini tidak seperti buku-buku beliau yang sebelum ini iaitu Antithesis dan Anticonformity yang aku lihat kurang berfokus dari segi aspek kritikan yang cuba disampaikan. Buku ini lebih kepada mengkritik orang-orang kuat dalam agama sekaligus mengkritik salah faham masyarakat dalam memahami dan mengamalkan agama terutamanya agama Islam. Aku tidak melabel saudara Benz Ali sebagai munafik, kafir atau sosialis seperti kebanyakan orang. Memang pada mulanya aku takut dan risau ketika pertama kali menonton video rakaman Benz Ali yang diletakkan label “Munafik menghina Islam” kerana aku tidak dapat menyediakan jawapan kepada soalan-soalan yang dilontarkan dalam video tersebut. Pada masa yang sama, aku juga tidak setuju dengan label yang diletakkan pada tajuk video tersebut kerana soal siapa munafik ataupun tidak, bukan urusan manusia. Itu pandangan aku. Selepas aku membaca bu