Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Kuliah Rakyat 4/2023: Persoalan-persoalan Falsafah dalam Gapura Wacana

Pada 6 Mei yang lepas iaitu selepas 1 Mei (May Day), iaitu selepas 22 April (Hari Raya), maka berlangsungnya di sebuah kedai buku kecil, Toko Buku Rakyat, sebuah diskusi berkala yang dinamakan sebagai Kuliah Rakyat 4/2023 dengan tajuk, Persoalan-persoalan Falsafah dalam Gapura Wacana.  Buku Gapura Wacana tersebut adalah antara karya terbaru Prof Madya Dr Saiful Akram Bin Che Cob @ Ab Ghafar (selepas ini disebut Dr. Akram) yang diterbitkan di bawah Kenyalang, sebuah imprint The Biblio Press. Buku ini berketebalan 339 ms berharga RM35. Dalam diskusi buku tersebut di Toko Buku Rakyat, banyak persoalan dibincangkan meskipun dalam waktu yang terhad.   Bahasa Melayu sebagai Bahasa Falsafah Antara persoalan yang sempat ditanyakan ialah, adakah Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Falsafah? Dr. Akram menjawab dengan yakin, bahawa beliau yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Falsafah. Pertanyaan ini muncul, tatkala kalangan sarjana kita sendiri yang bercakap tentang falsafah tetapi