Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

KONSEP MASYARAKAT TANPA KELAS & PEKERJA TERPINGGIR!

Konsep ‘ classless society ’ (masyarakat tanpa kelas) harus dibincangkan terlebih dahulu, sebelum kita mahu membincangkan lebih jauh tentang persoalan miskin – kaya menurut worldview kaum buruh. Kerana jika konsep ini tidak diperdebatkan terlebih dahulu seracik – raciknya menyebabkan akan berlakunya ketempangan dalam melakukan aksi perubahan sosial. Masyarakat tanpa kelas adalah merupakan utopia seorang Karl Marx , seorang ahli falsafah materialis German , yang meyakini selepas pertentangan kelas ( class struggle ) antara si miskin – kaya, kelas pekerja ( proletariat ) – majikan ( capitalist - borjuis) * thesis V anti – thesis , maka akan terwujudlah synthesis baharu iaitu ‘masyarakat tanpa kelas’. Sebuah kelas yang baharu, yang sama rata sama rasa akan terwujud selepas adanya pertentangan dua kelas, iaitu kelas yang memiliki modal (borjuis) yang akan sentiasa ditentang oleh kelas yang tidak memiliki modal (proletar). Dalam theory tersebut, sebelum ketibaan ‘ma