Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Biarkan Tuah Dalam Lagenda

Pengulas: Hasnul Sani Tak akan Melayu Hilang Di Dunia-Hang Tuah Pendahuluan Siapa yang tidak pernah mendengar mengenai Hang Tuah. Lagendanya mahsyur sejak kita kecil sehinggalah dewasa. Di persidangan yang membela hak Melayu, kata-kata keramat Hang Tuah sering disebut dengan jeritan penuh bersemangat. Baru-baru ini timbul kembali polemik mengenai samada Hang Tuah merupakan watak mitos atau adalah watak pahlawan yang benar-benar wujud. Dengan timbulnya polemik mengenai kewujudan Hang Tuah, saya tertanya apakah faedah yang akan timbul dari isu ini. Isu ini lebih banyak membuka sisi buruk yang terdapat dalam diri Hang Tuah dan membuatkan kita untuk bertanya samaada layakkah Hang Tuah untuk di gelar sebagai pahlawan agung Melaka, Melayu dan Islam? Hikayat Hang Tuah adalah satu catatan sastera mengenai kehidupan dan keagungan laksamana Melaka tersebut. Kassim Ahmad dalam pengenalan Hikayat Hang Tuah terbitan Dewan Bahasa Pustaka pada tahun 1965 menyatakan bahawa Hikayat ini b

Ulasan novel Kunang Pesisir Morten

Oleh : Faris Imran Membaca helaian demi helaian di setiap mukasurat seolah-olah membawa pembaca ke zaman kanak-kanak yang penuh dengan keindahan dan pengembaraan. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk merasai suasana kampung samada dilahirkan di bandar atau dilanda banjir kemodenan, buku ini amat sesuai dibaca. Pembaca dikenalkan dengan watak Dhia dan Adi, 2 ‘pengembara’ cilik di Kampung Morten, pesisir Sungai Melaka yang saban hari terus ceria menelusuri kehidupan mereka sebagai masyarakat kelas kedua. Maksud kelas kedua di sini tidak bermaksud sebagai pengkastaan bangsa, tetapi kedudukan. Mengangkat tema perpaduan kaum sebagai topik utama, pengkastaan bangsa tidak seharusnya masuk dalam glosari pembaca. Bagi mereka yang gemar membaca novel detektif karya Sir Arthur Conan Doyle, Edgar Allan Poe dan Agatha Christie, sedikit peringatan agar tidak membawa gaya pemikiran sebegitu semasa pembacaaan novel ini. Agak malang sedikit kerana penulis memberi terlalu banyak kl

Isabella; Suatu Perdebatan Mencari Cinta Allah

Tajuk Buku: Isabella Penulis: Maulana Muhammad Saeed (terjemahan ke Bahasa Melayu oleh SN Abdullah Hussein) Pengulas: Mohd Hasnul bin Mohd Sani Kisah perdebatan agama sentiasa mendapat perhatian semua penganut agama kerana semua penganut agama mempercayai agama yang mereka pegang adalah yang paling benar, paling betul dan paling sempurna. Malahan sebagai umat Islam kita juga digalakkan berdebat dengan penganut agama lain untuk membuktikan kebenaran agama Islam. Ayat yang menyeru kepada usaha dakwah ini ada terkandung dalam surah An Nahl ayat 125 yang bermaksud “Serulah (manusia)ke jalan (agama)Tuhanmu, dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang  baik dan berhujahlah dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Seseunguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” Buku ini mengisahkan mengenai Isabella, seorang gadis cantik iaitu anak kepada Ketua Paderi di Cordova. Sebagai anak kepada ketua pa

Jalan Yang Lurus - Konsep Kehidupan Dalam Islam

oleh Hamka Mohamad Demikianlah hidup dalam Islam itu suatu ‘perjuangan dijalan Allah SWT’. ‘Menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan’ untuk mewujudkan sebuah dunia yang kian meningkat dari segi moral Itu antara pesan yang dilontarkan oleh Kassim Ahmad, nama yang tidak asing lagi dalam penulis yang ada dalam negara ini. Agak berat juga buat aku untuk menelaah setiap helaian muka surat yang terkandung dalam bukunya ‘ Jalan Yang Lurus ‘ lantaran betapa tebalnya Pak Kassim menulis. Aku mengambil bahagian yang berjudul ‘Konsep Kehidupan Dalam Islam’ yang berada pada muka surat 203 untuk sama-sama membedah sedikit hasil pandangan serta pendapatnya mengenai agama Islam, khususnya buat pembaca di negara ini, Malaysia. Kassim Ahmad atau Pak Kassim merupakan seorang penulis yang agak kontroversi sedikit dalam negara ini, lantaran tulisannya Hadis : Satu Penilaian Semula , hebat dikiritik oleh golongan yang tidak faham apa maksud sebenar yang cuba beliau ingin sampaikan. Maka dalam

Review Pertama (dan panjang) Anti Conformity

Oleh: Asrul Rashid Abang kepada buku sebelumnya iaitu Antithesis, itulah gambaran penulisnya Saudara Benz Ali. Oleh disebabkan sifatnya sebagai abang maka Anti Conformity ini lebih tebal muka suratnya dan lebih padat (kurang ajar) isinya berbanding adiknya Antithesis. Diterbitkan oleh Sorok Kitab, buku ini memang tebal juga berbanding dengan buku-buku indie lain, empat ratus lebih muka suratnya, tapi ruang kosong pun banyak juga . Tidak jelas mengapa Saudara Benz Ali bertukar payung penerbitan, lambat menerima bayaran barangkali atau penerbit sebelum ini telah terjerumus ke lembah kapitalis hipster, entahlah. Beliau membahagikan buku ini kepada beberapa tajuk utama sebelum dipecahkan kepada tajuk kecil yang menyentuh pelbagai isu dan perkara semasa. Jika menginginkan sebuah buku yang selesa dan enak dibaca, sila cari buku lain. Buku ini menyentuh terus kepada teras permasalahan pada  masyarakat borjuah. Masalah yang jelas nampak namun ditutupkan demi menjaga bebe

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga abad ke 20 yang mana sepanjang masa tersebut berlaku zaman indus

Yasmin Mogahed – Reclaim Your Heart

Oleh: Apiscuer Di dalam buku ini terdapat banyak kupasan yang menarik. Pandangan peribadi aku terhadap buku ini, ianya agak mengarut di mana harganya dijual begitu mahal, dan agak nipis. Tetapi bila dibaca isinya, begitu banyak perkara yang dikupas. Ia lebih kepada motivasi diri bagi sesiapa yang mengalami masalah dalam hidup. Gaya penulisan yang agak santai, tapi menyentuh hati. Terdapat banyak isu yang disentuh. Dalam review ini, akan disentuh beberapa perkara yang menarik perhatian. Selain memberi nasihat tentang bagaimana untuk menghadapi masalah, Yasmin juga menyentuh perkara lain seperti feminisme dan masalah umat Islam pada masa kini. Seperti yang kita tahu bahawa kita dari dahulu lagi tidak bebas dari apa-apa jenis perhambaan. Ada yang menghambakan diri kepada nafsu, harta, pangkat dan darjat . Mungkin mereka mengatakan mereka tidak menghambakan diri tapi dalam tak sedar mereka melakukannya. Antara perkara yang boleh menjadi ‘ sembahan ’ manusia adalah gel

Laskar Pelangi

Tajuk :LASKAR PELANGI Penulis :Andrea Hirata Pengulas :Ummi Abibah “Hiduplah Untuk Memberi yang Sebanyak-banyaknya, Bukan untuk Menerima yang Sebanyak-banyaknya. (Pak Harfan)” Begitu banyak hal menakjubkan yang terjadi dalam masa kecil para anggota Laskar Pelangi. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tak menyerah walau keadaan tak bersimpati pada mereka. Tengoklah Lintang, seorang kuli kopra cilik yang genius dan dengan senang hati bersepeda 80 kilometer pulang pergi untuk memuaskan dahaganya akan ilmu—bahkan terkadang hanya untuk menyanyikan Padamu Negeri di akhir jam sekolah. Atau Mahar, seorang pesuruh tukang parut kelapa sekaligus seniman dadakan yang imajinatif, tak logis, kreatif, dan sering diremehkan sahabat-sahabatnya, namun berhasil mengangkat derajat sekolah kampung mereka dalam karnaval 17 Agustus.  Dan juga sembilan orang Laskar Pelangi lain yang begitu bersemangat dalam menjalani hidup dan berjuang meraih cita-cita. Selami ironi