Langkau ke kandungan utama

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)


Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!
(Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah).


Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berada di luar negara hanya bercampur dalam kelompok sendiri?

Ada beberapa perenggan menarik dalam esei Di Bawah Mendung Usrah yang sangat tepat dalam menggambarkan khalayak usrah ini,
barangkali nama pena saya kini tercipta gara-gara kekaguman pada Fathi Yakan - saya dipropagandakan beliau sebagai seorang jurutera tetapi fasih dengan pengetahuan agama dan seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin.
"Igauan ngeri" saya katakan kerana pertemuan itu membongkar (sekali lagi!) kritikan-kritikan lama saya tentang kelemahan, kedangkalan dan kesempitan manusia usrah walaupun mereka itu datangnya daripada kelas menengah, sebahagiannya mungkin boleh berbahasa Inggeris dan bergaul dengan manusia profesional dengan bermacam-macam latar belakang, yang seharusnya mempunyai analisa atau maklumat jelas tentang pergolakan zaman ini - spirit of the age atau zeitgeist.
Sepatutnya yang perlu dibaca, dibincang dan diperdebatkan oleh SAF dalam bukunya tentang buku-buku Lenin, Stalin, Trotsky, Plekhanov yang ditulis dalam bahasa Rusia. Itu yang komunis. Kemudian baca juga Dostoyoevsky juga Tolstoy. Itu yang sastera. Bincangkan buku-buku itu. Tak perlu setuju pun. Tapi harus dibaca-ulang dan dikritis semula. Mereka banyak membahaskan persoalan etika-moral, bagaimana dunia tanpa Tuhan (dalam karya sastera, yang jarang dibincangkan dalam usrah) walaupun mereka Kristian. Memetik kata-kata seseorang dan melempar ke sana-sini, tidak membantu. Rakyat Malaysia perlu dibangunkan lebih dari sekadar itu. Kerana itu aku melihat kegagalan usrah dan usrah sebagai sarang pembodohan.

Kritis pada usrah ini tidak semestinya menjadikan kita seorang Kiri atau Komunis. Maka kerana itu kritikan FAO dalam Di Bawah Mendung Usrah harus dipertimbangkan. Maka beliau mencadangkan bacaan-bacaan yang bermutu tinggi. Begitu juga dengan Syed Hussein Alatas yang anti pada komunis dan Tan Malaka, pembacaan beliau begitu mendalam dan tidak sepele. Beliau memfokuskan kritikan tajam beliau pada Tan Malaka –terlepas kita bersetuju ataupun tidak- dengan mendalam. Kritikan yang tajam juga beliau halakan pada Maududi dan Muhammad Qutb dalam Islam dan Sosialisme. Beliau nampak mahir dalam ideologi Sosialisme lantas memilih Tjokroaminoto-Serikat Islam Putih sebagai panutan dan wira yang kembali didendang. Syed Hussein Alatas yang belajar sehingga ke Amsterdam dan memimpin majalah Progressive Islam ini pastilah tidak menyertai apa-apa gerakan usrah yang melalaikan.

Bab 2 Berfikir Tentang Pemikiran dimulakan dengan Peranan Tuhan dalam Kehidupan.
Jika kita baca sekali lalu, pastilah kita nampak macam menarik. Tetapi jika kita benar-benar kritikal, Tuhan yang mana? Atau Konsep Ketuhanan yang mana?

Jika kita berlaku jujur, pastilah ianya tidak semudah itu. Jika kita mengatakan awwaluddin makrifatullah, awal agama adalah mengenal Allah, adakah awal itu bermaksud di peringkat kanak-kanak? Kerana pada usia muda, jika kita (selaku orang dewasa/ibu bapa) mahu mengenalkan Tuhan atau Konsep Ketuhanan kepada anak-anak kita, pastilah Tuhan atau Konsep Ketuhanan yang ibu bapa itu percaya. Maka ia adalah doktrinisasi. Ibu bapa tipikal pastilah tidak akan mengajarkan Tuhan atau Konsep Ketuhanan yang berbeza, yang tidak dipegangnya, atau mengajar seluruh Konsep Ketuhanan yang ada di muka bumi ini. Pastilah hanya satu Konsep Ketuhanan yang dipegang oleh ibu bapa itu.

Dan jika anak-anak tersalah Tuhan atau Konsep Ketuhanan di peringkat anak-anak remaja (belum baligh) dalam pemahaman Islam Konvensional, mereka akan ke syurga jika mati nanti. Jadi tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Dalam hal ini, aku seperti Fathi Aris Omar, mahu menyarankan agar tv series Young Sheldon harus dijadikan tontonan wajib anak-anak usrah saya berbanding buku-buku usrah yang sudah lama patut ditinggalkan. Anak-anak harus diajarkan berfikir kritis, bukan dogmatis. Mereka harus dibenarkan belajar dan membaca apa sahaja, sementara ibu bapa berperanan menerangkan – bukan didaktik – biarkan anak itu sendiri mahu memilih apa di kala besar nanti.

SAF menulis seterusnya,
Sebenarnya perkara ini terbukti dengan fakta sejarah. Kita melihat bagaimana bangsa Arab yang dahulunya satu bangsa yang mempunyai pelbagai masalah. Masalah sosial yang teruk apabila zina dan arak berleluasa. Tiada perpaduan dalam masyarakat, sentiasa bergaduh dan berperang sesama sendiri.

Hari ini negara Islam lebih luas daripada sekadar Mekah dan Madinah. Bahkan umat Islam lebih ramai daripada zaman Nabi Muhammad. Mereka sudah mengenal Tuhan, mengenal Nabi, ada ulama’-ulama’ yang masih hidup bersama mereka, ada usrah lagi. Ada yang telah pergi haji berkali-kali. Adakah kualiti umat Islam lebih baik? Atau kualiti orang putih/orang bukan Islam yang lebih baik?

SAF memetik Graham E. Fuller dalam bukunya A World Without Islam,

Bencana sebenar di abad keduapuluh ini hampir tidak ada kena mengena dengan agama: dua perang dunia, Franco, Mussolini, Hitler, Lenin, Stalin, Mao, Pol Pot, Rwanda – kematian ratusan juta manusia semuanya melibatkan regim yang sekular, bahkan atheist yang menguasai dengan idea-idea dogmatik dan secara brutal memaksa perlaksanaannya dengan segala cara.

Aku tidak akan mempertahankan apa yang tak betul. Jika tak betul, maka tak betullah. Usahlah dipertahankan. Mungkin SAF sendiri kena menghaluskan semula perbezaan antara Lenin dan Stalin, dan jika lebih bagus menilai perkembangan Rusia era Stalin yang berjaya menyekat kemaraan Hitler dan seterusnya menamatkan Perang Dunia Kedua. Ini  yang aku harapkan dan nak dengar dari pelajar Melayu yang belajar di Rusia.

Dalam masa yang sama ketika Graham E. Fuller mencela segala-gala yang disebutnya, bekas orang besar CIA ini lupa menyebutkan kejahatan dan kezaliman yang dilakukan Amerika ke negara-negara yang tak mahu tunduk kepada Amerika seperti Afghanistan, Iraq, Syria, Vietnam, Indonesia dan banyak lagi yang memakan jumlah jutaan korban.

Mungkin di akhirnya aku boleh bersetuju di sini bahawa apa-apa sahaja yang diterapkan secara dogmatik akan mengakibatkan masalah lebih besar. Baik ia namanya ideologi, kepercayaan, keimanan, bahkan usrah jua. Mungkin di lain masa aku akan mengulas lagi tentang usrah. Mungkin usrah harus diberi peluang juga, tapi pastilah bukan sekadar membincangkan buku-buku yang melalaikan para pembacanya tentang realiti kehidupan.

Aku tutup dulu bahagian kedua kritikan terhadap buku Berfikir Tentang Pemikiran ini. Akan bersambung di waktu yang lain.

Ulasan

  1. Mungkin boleh tuka template blog, yang lebih skema, dan guna font default.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk