ULASAN NOVEL ‘PEREMPUAN NAN BERCINTA’






(Sdri. Saffiah Aini)

Novel ini entah ke berapa aku baca tapi yang pastinya, novel ini merupakan novel serius yang pertama aku baca sepanjang usia aku. Novel ini boleh dikatakan sebagai pencetus keghairahan kepada aku untuk terus mencari dan membaca berulang kali untuk aku faham tiap bait tulisan sang penulis. ‘Perempuan Nan Bercinta’, aku sendiri kurang mengerti apa yang dimaksudkan dengan tajuk novel ini. Mungkin bacaan yang berulang kali mampu berikan aku jawapan. Novel ini juga merupakan pencetus untuk aku terus mempelbagaikan bahan bacaan kerana selama ini aku memilih jalan selamat untuk membaca buku-buku santai hinggakan tahap pemikiran aku lebih rendah dari lantai yang hari-hari aku pijak.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli novel nukilan saudara Faisal Tehrani, aku baru mengetahui bahawa novel ini telah diharamkan penerbitannya hanya kerana takut kepada penyebaran fahaman Syiah, yang pada aku kalau tak kenal maka tak tahu. Novel ini memberi gambaran kasar kepada aku tentang fahaman Syiah, maksud perkataan syiah dan sejarahnya. Syiah itu bermaksud ikutan. Perkataan ini juga disebut di dalam Al Quran tapi tiadalah merujuk kepada fahaman Syiah. Apa yang aku boleh simpulkan selepas tamat membaca novel ini untuk pusingan pertama adalah Syiah yang dimomokkan sebenarnya tidak seperti yang dikatakan tetapi berkaitan upacara mereka yang mencederakan diri sempena memperingati peristiwa cucu kesayangan Rasulullah dipenggal kepala, aku masih lagi mencari dan cuba untuk memahami perkara sebenar. Jadi aku tiada komen tentang hari Karbala.

Kesimpulan lain yang aku dapat dari novel ini ialah Sunni dan Syiah sebenarnya saling menguatkan dan saling memerlukan. Apa yang terjadi hari ini hasil dari kesombongan kita untuk menuntut ilmu dan malas mencari kebenaran. Hanya tahu mengikut khabar berita yang dibawa angin dan dicetak di mana-mana akhbar dan buku. Adalah tidak adil untuk kita menghukum pada perkara yang kita sendiri tidak tahu. Belajarlah dan raikan perbezaan. 

Menerakakan mereka yang berpegang kepada Syiah bukan penyelesaian dan ini hanya memburukkan keadaan. Tidak kira siapa kamu, belajar dan raikan perbezaan dan ini ditonjolkan oleh Dr. Ali Taqi, salah seorang watak di dalam novel ini. Novel ini juga menyentuh perihal feminis pada bab permulaan tapi aku lebih berminat pada pengenalan Syiah yang dibawa oleh penulis dari awal bab hingga akhir.

Mungkin bila aku tamatkan novel ini berulang kali, akan ada pertambahan pada ulasan yang tidak seberapa ini kerana membaca bagi aku seperti melihat gambar yang sama tapi dari perspektif yang berbeza. Andai ada perkara yang tidak dipersetujui dari ulasan aku ini, kita boleh bincang. Maafkan aku kerana aku masih lagi jahil dan masih lagi mencari. Namun bagi aku, tiada salahnya mengaku kau itu berpegang pada fahaman apa. Selagi kau mempunyai ilmu dan mempelajari tentang fahaman yang kau yakini, aku tiada masalah dan boleh bernafas dengan tenang tetapi bagi mereka yang berbangga pada pegangan yang mereka yakini dan dalam masa yang sama mengecil-ngecilkan fahaman lain seperti di Malaysia, Syiah adalah sesuatu yang taboo, aku sangat rasa kecewa kerana pemikiran orang kita masih lagi berada dalam ruang yang kecil dan terbatas. Penakut untuk menerima sesuatu yang baru. Tiada lain skrip mereka selain mengkafir dan menerakakan orang.Oleh sebab itu aku amat inginkan perubahan dari sudut pemikiran kau dan pemikiran aku. 

Cabarlah diri sendiri, keluarlah dari zon selesa. Selagi lagi aku minta maaf andai ulasan ini hanya ulasan dangkal tanpa hujah. Semua ini hanya buah fikiran aku tapi aku sedar apa yang aku tulis.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN “MANUSIA TIDAK MEMILIKI DAN TIDAK DIMILIKI”

Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba.

Anwar Ibrahim Berpesan Buat Generasi Muda Islam