Langkau ke kandungan utama

EPISTEMOLOGY FALSAFAT AGAMA HARUN NASUTION (SIRI II)





”ontologi (apa), epistemologi (bagaimana), dan axiologi (untuk apa)”
Nasution seterusnya membahaskan secara ringkas tentang apa itu pengetahuan, dan bagaimanakah cara memperoleh pengetahuan iaitu epistemology yang berasal dari perkataan episteme.

Kaum materialist yang tak percaya kepada agama seringkali menuduh bahawa pengetahuan yang diperoleh dari agama tentang adanya Tuhan, adanya hari kiamat, adanya kehidupan akhirat, dan sebagainya berdasar atas ilusi dan khayal belaka; atau sekurang – kurangnya, bahawa pengetahuan yang diberikan agama itu tak membawa keyakinan tentang kebenarannya.

Untuk melihat apakah tuduhan ini dapat dipertanggungjawabkan, kata Nasution kita perlu memasuki epistemology.  Apakah kebenaran daripada luar wilayah agama, itu 100% benar dan tidak ada celah lagi untuk dipersoal?

Menurut Nasution, ada dua theory mengenai hakikat pengetahuan, satu disebut realism. Dan kedua, idealism. Kemudiannya, selepas dua theory mengenai hakikat pengetahuan, ada dua lagi theory tentang jalan memperoleh pengetahuan, iaitu sama ada jalan empirical dan rasional.

Realism mempunyai pandangan yang realistic terhadap dunia ini. Pengetahuan menurut realism adalah gambaran, atau salinan (copy) yang sebenarnya dari apa yang ada dalam alam nyata (dari fakta, antaranya). Pengetahuan atau gambaran yang ada dalam akal adalah salinan (copy) dari yang asli yang terdapat di luar akal. Tak ubahnya sebagai gambaran yang terdapat dalam gambar foto. Realism berpendapat bahawa pengetahuan adalah benar dan tepat, sesuai dengan kenyataan.

Sementara theory kedua, disebut idealism, yang berpendapat bahawa mempunyai gambaran yang benar – benar tepat dan sesuai dengan kenyataan adalah mustahil. Pengetahuan adalah proses – proses mental atau proses psychology dan ini bersifat subjective. Oleh kerana itu pengetahuan bagi seorang idealis hanya merupakan gambaran subjektif dan bukan objektif tentang kenyataan. Subjective dipandang dari sudut yang mengetahui, iaitu dari sudut orang yang membuat gambaran tersebut. Pengetahuan menurut theory ini tidak menggambarkan kebenaran yang sebenarnya; pengetahuan tidak memberikan gambaran yang tepat tentang hakikat yang ada di luar akal. Yang diberikan pengetahuan hanyalah gambaran menurut pendapat atau penglihatan orang yang mengetahui.

Kalau ada dua theory mengenai hakikat pengetahuan, ada pula dua theory tentang jalan memperoleh pengetahuan:

Yang pertama disebut empirical. Menurut empirical, pengetahuan diperoleh dengan perantaraan pancaindera. Pancaindera memperoleh kesan – kesan dari apa yang ada di alam nyata dan kesan – kesan itu berkumpul dalam diri manusia. Pengetahuan terdiri dari penyusunan dan pengaturan kesan – kesan yang berbagai rupa ini.

Theory kedua disebut, rasionalisme, mengatakan bahawa pengetahuan diperoleh dengan perantaraan akal. Betul dalam hal ini akal berhajat pada bantuan pancaindera untuk memperoleh data dari alam nyata, tetapi akallah yang menghubungkan data ini satu dengan yang lain, sehingga terdapat apa yang disebut pengetahuan. Dalam penyusunan ini, akal mempergunakan konsep – konsep rasional atau idea – idea universal. Konsep – konsep dan idea – idea ini sendiri merupakan hakikat dan mempunyai wujud dalam alam nyata, bukan dibuat manusia, tetapi adalah bahagian dari nature. Yang dimaksud kelihatannya adalah prinsip – prinsip universal yang terdapat dalam alam, iaitu hukum – hukum alam (sunnatullah / law of nature). Umpamanya hukum sebab musabab. 
Kalau ada yang bergerak, mesti ada yang menyebabkannya bergerak.

Dari keempat theory di atas, tersusun pula theory – theory berikut:
Realism empirical: pengetahuan diperoleh dengan perantaraan pancaindera dan pengetahuan ini merupakan ‘copy’ atau salinan yang sebenarnya tentang fakta – fakta yang ada di luar akal. Menurut theory ini, pengetahuan menggambarkan kebenaran. Tetapi theory ini tidak tahan terhadap kritik bahawa pancaindera tidak selamanya memberikan gambaran yang benar tentang hakikat yang ada di luar akal. Pancaindera terkadang berbohong / terbohong.

Idealism empirical: pengetahuan diperoleh dengan pancaindera, tetapi pengetahuan ini tidak memberikan gambaran yang sebenarnya tentang hakikat. Menurut faham ini pengetahuan tentang apa yang benar tak mungkin diperoleh.

Idealism rasional: pengetahuan diperoleh dengan perantaraan akal dan pancaindera, tetapi pengetahuan ini juga tidak memberikan gambaran yang sebenarnya tentang hakikat. Sekurang – kurangnya manusia tak akan mampu mengetahui apakah gambaran yang diberikan tentang hakikat itu sesuai atau tidak sesuai dengan kenyataan. Yang paling tinggi dapat diperoleh menurut ‘idealism rasional’ini hanyalah pengetahuan tentang wujud sesuatu dan bukan pengetahuan tentang hakikatnya

Realism rasional: pengetahuan diperoleh dengan perantaraan akal dan pancaindera. Dalam pemikirannya mengenai data yang diberikan pancaindera, akal mempergunakan prinsip – prinsip universal, dan hasil pemikiran ini merupakan ‘copy’ atau salinan yang benar tentang hakikat. Kebenaran di sini pun bukan bererti kebenaran mutlak, tetapi kebenaran yang dekat pada hakikat, iaitu menurut kesanggupan tertinggi dari akal dalam mendekati hakikat itu.

Theory inilah yang dipakai dalam bidang ilmiah. Data yang diperoleh dari observasi dalam alam dikumpulkan dan dari data ini diambillah satu kesimpulan, iaitu pengetahuan. Tetapi susahnya dalam hal ini tidak semua data yang ada dalam alam dapat dikumpulkan. Alam terlalu besar dan masa berjalan terus. Yang dapat dikumpulkan hanyalah sebahagian dari data dan itu pun data yang telah terjadi (data yang belum terjadi tak dapat dibuat jadi bahan observasi),  dan oleh kerana itu pengetahuan yang diperoleh bukanlah sebuah pengetahuan yang lengkap; tetapi pengetahuan yang belum sempurna, kerana data yang dikumpulkan, tidak sempurna. Oleh kerana itu seorang saintis hanya mengadakan hipotesis dan hipotesis ini dipandang benar, selagi data yang datang kemudian memperkuat kebenaran hipotesis tadi. Tetapi kalau data yang datang kemudian memberikan gambaran lain, mencabar data sebelum, hipotesis tadi harus diubah. 

Dengan demikian pengetahuan – pengetahuan yang ada dalam lapangan ilmiah belum tentu menggambarkan kebenaran yang sebenarnya. Selama ia belum ditentang oleh data baru, ia dipandang benar. Tetapi tidak ada kepastian bahawa data yang belum dapat dikumpulkan manusia, selamanya akan memberikan gambaran – gambaran yang sama dengan gambaran yang diberikan data sebelumnya.

Kesimpulannya, semua theory – theory yang tersebut di atas tidak membawa kepada pengetahuan yang benar – benar memberi keyakinan bahawa apa yang diketahui adalah betul – betul sesuai dengan fakta – fakta yang ada dalam kenyataan. Pengetahuan tentang alam materi, walaupun pengetahuan itu diberikan secara ilmiah, belumlah tentu dan pasti kebenarannya.

Kebenaran masih mampu diragukan. Oleh kerana itu banyak filosof – filosof yang bersifat skeptic, ragu – ragu bahawa kebenaran sebenarnya akan dapat diketahui manusia, seperti Hume, Descartes dsbnya. Juga Al – Ghazali, kerana bagi Al – Ghazali, baginya akal tidak membawa kepada keyakinan. Al – Ghazali lebih percaya kepada qalb yang dapat sampai ke makrifat dalam faham tasawuf.

Akhirnya, kalau orang yang tak percaya kepada agama menuduh bahawa pengetahuan – pengetahuan yang diberikan agama tidak menimbulkan keyakinan bagi mereka, maka pengetahuan yang diperoleh secara ilmiah sekalipun sebenarnya tidak pula membawa kepada keyakinan yang kuat. Kebenaran – kebenaran yang dihasilkan pemikiran di luar lapangan agama, bahkan yang dihasilkan dalam lapangan ilmiah sekalipun, belum tentu benar.

RUJUKAN:
BUKU: Falsafat Agama oleh Harun Nasution
LINK: https://dadananugrah.wordpress.com/2009/03/21/epistemologi-melacak-sumber-ilmu-barat-islam/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk