Langkau ke kandungan utama

MENGENAL DIRI TOK KENALI


((Sdr. Huzaifah Shaharuddin))



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raaf 7:172)



Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian.



Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan melekakan. Aku telah singgah terlalu lama di hentian kebodohan dan kedunguan. Hamka menulis di dalam buku ”Tasauf Moden”, kebodohan dan kedunguan adalah perhambaan yang paling zalim. Hina rasanya jika masih dihambakan oleh kebodohan dan kedunguan sendiri.



Pemikiran itu tiada sempadan dan tidak berkesudahan. Ibarat bermain layang-layang, akal itu umpama layang-layang, ilmu itu tali pergantungan dan langit itu umpama pemikiran. Layang-layang bebas terbang kemana sahaja tetapi ketinggiannya terhad pada tali yang memegangnya. Lebih panjang tali dilepaskan, lebih tinggi kedudukan layang-layang. Lebih tinggi kedudukan layang-layang maka lebih luas jarak liputan.



Cabaran dimasa hadapan akan lebih berat dan rumit. Tanpa akal yang merdeka kita akan menjadi pak turut. Disuruh berdiri, kita berdiri. Disuruh sujud, kita sujud. Hanya menurut tanpa mengetahui mengapa berdiri, mengapa sujud.



Awal agama mengenal Allah



Bagaimana ingin menyembah tanpa mengenal Tuhan yang disembah? Ini adalah pembohongan paling besar yang telah kita lakukan. Mengaku beriman tetapi tidak mengenal Tuhan yang diimani. Pembohong! Tuhan itu maha bijaksana. Tidak mungkin ditipu atau diperdaya oleh makhluk yang diciptakanNya.



Sekiranya keyakinan itu masih goyah, masakan boleh mengaku beriman? Keyakinan yang goyah seperti dakwat di buku yang masih basah. Jika disentuh akan rosaklah tulisan. Hukum memegang anjing dalam keadaan basah adalah contoh perihal keyakinan yang masih goyah. Selagi berkeadaan basah, wajib kita bersuci. Berapa ramai yang dapat memahaminya?



Apa kata kita berhenti sejenak dan fikirkan. Lepaskan tali layang-layang sedikit demi sedikit agar liputan kita dapat diperluaskan.



Tafakur sesaat itu lebih tinggi nilainya dari ibadah seribu tahun



Umur semakin menghampiri senja, baru terkial-kial nak mengenal Tuhan. Baru sekarang nak mengutip ilmu. Dengan sisa-sisa umur yang tinggal, aku berharap Tuhan masih berikan kesempatan dan peluang untuk mengenalNya.



Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka kenal lah ia akan Tuhannya.

Barangsiapa yang mengenal Tuhannya, binasalah jasad.



Untuk sampai ke peringkat mengenal Tuhan, kita perlu melalui peringkat mengenal diri. Tanya diri sendiri, Siapa aku? Dimana aku? Aku siapa? Tanpa rujukan atau petunjuk, mampukah kita melepasi peringkat permulaan ini?



Sebagai contoh, aku suka bermain permainan video. Genre permainan video yang paling aku gemari ialah Role Playing Games (RPG). Kebiasaannya para pemain akan merujuk walthrough yang ditulis oleh mereka-mereka yang telah mengecapi nikmat permainan dan mengetahui rahsia-rahsia permainan tersebut. Tanpa walkthrough yang terperinci, berkemungkinan kita akan terperangkap dengan jerat atau jerangkap.



Barangkali kita akan terlepas pembayang untuk sampai ke tempat-tempat rahsia. Barangkali kita terlepas senjata-senjata rahsia yang mana dipengakhiran permainan diperlukan untuk menewaskan musuh. Barangkali kita terlepas misi-misi istimewa yang menaikan level atau darjat karakter yang dimainkan.



Kesukaran atau kekurangan ini membuatkan kita mengalah lalu gagal menamatkan permainan. Sekiranya kita berjaya menamatkan permainan pula, ia tidaklah mencapai penamat yang sempurna.



Sekiranya kita masih bersemangat atau masih berkesempatan, kita akan mengulangi permainan dari awal. Tetapi sekiranya masih merujuk pada walthrough yang sama, apakah boleh mengubah penamatnya?



Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat menikmati sagunya. Jika tidak dimulakan pencarian, masakan dapat beroleh jawapan. Kita akan terus hidup dalam kepura-puraan sehingga maut menjemput pulang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk