Langkau ke kandungan utama

ULASAN DAN KRITIKAN TERHADAP BUKU REVOLUSI SENYAP.




Oleh: Muhammad Adli Azimat

            Revolusi Senyap ialah sebuah buku yang dikarang oleh Kamaludin Endol. Buku ini berasaskan idea-idea yang disampaikannya dalam novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghaffur (BTWG). Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011. Secara umumnya, buku ini terbahagi kepada 2 bahagian dan dipecahkan kepada 19 bab. Penulis memfokuskan ideanya mengenai sistem politik dan pemerintahan Islam di Malaysia. Dalam pembuka kata, penulis menegaskan bahawa survival politik orang Melayu hanya bergantung kepada kuasa Raja-Raja Melayu. Konsep negara Islam Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghaffur (negara perpaduan, negara keselamatan dan negara kebahagiaan) dicadangkan oleh penulis dan beliau menyeru semua pihak untuk menerima buah fikirannya tanpa sebarang bantahan.

            Dalam bab 1: Senario Politik Malaysia, penulis mengajak pembaca merenungi punca sebenar perpecahan umat Islam yang berlaku dalam kancah politik Malaysia. Antara punca perpecahan umat Islam di Malaysia ialah kefanatikan umat Islam terhadap idealogi parti politik masing-masing sehingga mengundang perasaan benci antara satu lain. Selain itu, penulis menghuraikan period pemerintaham sistem politik dunia menerusi hadis Nabi Muhammad SAW iaitu:  
                                 
1.Zaman Pemerintahan Rasulullah SAW. 571 Masihi hingga 632 Maishi.
2.Zaman Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. 632 Masihi hingga 661 Masihi.
3.Zaman Kerajaan yang Menggigit (Zaman Mulkan Adhudhan- Zaman Kesultanan: 11 Masihi-1957)
4. Zaman Kerajaan yang Menyeleweng (Zaman Mulkan Jabbariyyan- Selepas Era Penjajahan: 1957 sehingga sekarang)

Penulis menempelak idealogi pemerintahan dalam sistem politik yang mencampurkan sistem Islam dan sistem Yahudi-Zionis.

            Dalam bab  2 hingga 6, penulis menerangkan perihal pentadbiran negara Malaysia di bawah Perlembagaan Negara dan mencadangkan idea negara berteraskan BTWG yang terdiri daripada Majlis Keadilan Diraja  dan Majlis Pentadbiran. Penulis memperincikan kebaikan BTWG daripada sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia pada hari ini. Penulis menekankan hujahnya  dengan beberapa idea seperti nama-nama pentadbiran negara ditukarkan kepada nama pembesar Melayu yang klasik seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana. Penulis juga menghuraikan sistem pendidikan negara perlu ditukar kepada pendidikan tanpa berorientasikan peperiksaan, pendidikan percuma di semua institusi pendidikan dan beberapa perubahan yang berskala mega.

Selain itu, sistem ekonomi juga turut dirombak mengikut acuan Islam. Istilah Bank Negara ditukar kepada Baitulmal. Sistem ekonomi Islam diperkenalkan bagi menggantikan sistem Kapitalisme yang menekan kehidupan rakyat. Sistem politik pula menolak sistem demokrasi dan semua parti politik dihapuskan. Di samping itu, cerpen-cerpen dalam buku ini menerangkan mengenai pemikiran yang mencari kebesaran Tuhan dan kebenaran akidah agama, perbezaan manhaj akidah dalam Islam (Tauhid 3 dan Sifat 20). Gaya bahasa yang berbunga sudah pasti akan menarik minat para pembaca yabg mencintai nilai-nilai kesusasteraan Melayu.

Kritikan terhadap buku Revolusi Senyap.
            Tidak dapat disangkal bahawa idea-idea yang diusulkan oleh penulis menerusi buku Revolusi Senyap dilihat seiring dengan pemikiran yang berteraskan Islam. Namun begitu, penulis harus melihat waqi’e (realiti) kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Penulis juga diseru untuk mengingati bahawa bukan umat Melayu sahaja yang menganut agama Islam, tetapi terdapat juga beberapa kaum dan etnik lain yang turut menganut agama Islam. Penulis seolah-olah mengatakan bahawa survival politik Islam terletak di tangan orang Melayu, sedangkan survival politik Melayu terletak di tangan Islam. Penulis dilihat agak taksub dengan kebangkitan Islam dari Timur (menurut sebuah hadis) dengan melakukan reformasi secara besar-besaran dalam sistem politik dan ekonomi di Malaysia. Saidina Umar Abdul Aziz juga pernah menasihati anaknya bahawa sebuah perubahan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.   Tidak semua idea penulis dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya berlaku perubahan tampuk pemerintahan negara mahupun kerajaan perpaduan. Hal ini demikian kerana realiti masyarakat di Malaysia masih dalam keadaan yang daif dalam pendidikan, ekonomi mahupun pemikiran ahli politik (pemimpin) itu sendiri. Saya juga menyeru penulis menyatakan bukti dengan kajian bahawa segala teori nukilkan itu terbukti praktikal dan kesannya di Malaysia. Pada hemat saya, perubahan harus dilakukan dari bawah ke atas. Bagaimana mungkin, sebatang pokok teguh berdiri sekiranya akarnya begitu rapuh? 

            Bagaimanapun, saya harus mengucapkan tahniah kepada penulis kerana berfikir demi kebaikan umat dan negara ini. Buku ini membuktikan bahawa sesuatu perubahan boleh terhasil dari atas ke bawah menerusi beberapa idea yang praktikal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...