Langkau ke kandungan utama

review buku Ulama' yang Bukan Pewaris Nabi

(boleh menonton pelancaran buku 'Ulama yang bukan Pewaris Nabi' di sini)

- review buku oleh Mohammad Hafiz Zahari (Apis Cuer) -

Buku ini memberi banyak kritikan ke atas isu agama Islam yang berlaku di Malaysia. Memang banyak perkara yang disentuh dan yang paling menarik perhatian adalah bahagian buku. Terdapat dua bab untuk buku iaitu Buku Boleh Merosakkan Akidah?, Dan Buku Bukan Kitab Suci

Sekarang membaca buku adalah suatu fenomena yang diberi nafas baru. Sepertimana waktu dahulu ketika kes Anwar Ibrahim, kemudian banyak karya politik yang dibaca oleh masyarakat. Ramai yang mula membaca dan berbincang tentang apa-apa hal politik di sekeliling mereka. Bacaan yang paling menarik perhatian bagi saya adalah hasil karya Syed Hussein Al-Attas.

Dan kini para belia mulai giat dalam menghasilkan karya mereka sendiri, dan banyak penerbit yang berusaha untuk menerbit tulisan mereka untuk disebarkan ke seluruh Malaysia. Ia mendapat sambutan yang hangat. Namun, pasti ada perkara yang perlu disentuh ke atas buku yang mereka karangkan kerana membaca tanpa otak adalah seperti minum air yang tidak ditapis. Otak adalah suatu penapis. Semakin kritikal tapisannya, semakin berkualiti lah apa yang dihadamkan dari setiap pembacaan.

Apakah buku yang mereka hasilkan itu betul-betul berkualiti, atau cuma borak kosong untuk mengaut keuntungan? Dari sini penulis ini ingin menekankan suatu bacaan itu berbalik kepada diri sendiri, perlu dipilih satu buku bukan kerana kecantikan halaman muka depan, tapi isi kandungannnya. Begitu juga bahan bacaan tidaklah boleh terkongkong kepada orang yang sealiran dengan kita sahaja kerana itu seperti perkara yang jumud.

Buku Boleh Merosakkan Akidah?
Bab ini mempersoalkan tentang mengapa orang perlu takut membaca berbagai karya? Sampaikan banyak buku yang diharamkan untuk dijual. Pengharaman buku-buku ini adalah suatu tindakan yang agak kebudak-budakan kerana ia seperti menghalalkan suatu pemikiran sahaja untuk dipupuk di dalam satu masyarakat. Maka tidak hairanlah mengapa ramai pentaksub satu fikiran atau mazhab kerana tidak mahu membaca suatu bacaan dari fahaman lain. Berperang antara mazhab juga tidak mustahil bila perkara ini berlaku kerana mereka rasa terancam dan merasakan mazhab merekalah yang benar, mazhab merekalah yang akan bawa mereka ke syurga.

Disebabkan perkara yang mereka bincangkan itu nampak jelik, perlu diharamkan. Hanya sebab mereka kemukakan itu bertentangan dengan satu aliran, maka mereka halang, kononnya takut memberi kesan kepada akidah. Tidakkah ia seakan-akan kelakuan paranoid, takut pegangan mereka ditinggalkan? Kalau benar mereka berpegang teguh dengan pegangan mereka, perlulah mereka hasilkan suatu tulisan atau karya untuk membincangkan apa yang mereka rasa tidak betul. Bukan dengan tindakan mengharamkan buku. Ini akan menghasilkan suatu komuniti yang otaknya beku kepada satu aliran sahaja. Bila bertemu dengan aliran lain, menjadi terkejut dan melatah. 

Persoalan yang lain adalah, apakah ianya berdosa bagi seseorang Muslim untuk membaca karya orang bukan Muslim? Kalau begitulah apa yang kita fikirkan, yang kita takutkan mereka sampai kononnya mereka akan menyelit dakwah agama mereka, maka saya percaya bahawa dunia ini akan ke belakang, semakin mundur masyarakatnya kerana tiada pembelajaran suatu benda yang baru. Kita hidup saling memerlukan dan setiap orang pasti dapat memberi sumbangan kepada orang lain tidak kisah mereka itu berasal dari agama apa. Begitu ironinya bila kita belajar tentang Matematik, Biologi dan apa-apa perkara sains di sekolah, kita tidak mempersoalkan apa agama yang menemukan perkara tersebut. Kalaulah mereka tahu bahawa penemu suatu kajian itu berlainan agama, pasti ayat yang akan timbul di kepala mereka, “Sayang betul kau agama lain. Masuk nerakalah kau. Pandai tapi melawan Allah”. Tapi, mereka masih juga belajar hasil temuan dari penemu kajian tersebut, menggunakan apa-apa teori yang dihasilkan. Pelik tapi benar. Itulah minda kebanyakan orang Muslim sekarang.

Buku Bukan Kitab Suci
Bab ini menyentuh bahawa setiap buku itu tidaklah boleh kita terima semuanya kerana yang menulisnya adalah manusia dan kebenaran hanyalah dari Allah. Namun perlu ditekankan, ini bukan bermaksud untuk menghalang orang daripada membaca buku. Kenyataan ini dikeluarkan bagi menggalakkan para pembaca untuk membaca, hadam dan kritik setiap buku yang dibaca.

Pasti ada perkara yang untuk dibincangkan dalam setiap buku yang dihasilkan. Setiap fakta yang dikeluarkan dalam satu buku patut dipersoalkan. Setiap fakta tersebut akan dibandingkan dengan fakta yang lain. Ini adalah suatu cara untuk mencari kebenaran. Dari pembacaan yang banyak, banyak fakta yang boleh dibandingkan dan menghasilkan suatu pemikiran yang kukuh terhadap fakta-fakta tersebut.

Tapi apa yang diamalkan dari sekolah adalah lebih kepada penghafalan buku, di mana buku teks dianggap sebagai benar dan menghasilkan suatu pendidikan yang selaras. Apa yang mereka belajar, pasti akan sama dengan mana-mana pelajar. Bagi pelajar yang mengemukakan fakta yang berlainan dari buku teks, pasti akan dianggap salah kerana tidak mengikuti silibus pelajaran yang ditetapkan. Jadi, pemikiran pelajar hanya tertumpu pada buku teks.

Maka tidak hairanlah kenapa jumlah pelajar yang mampu berfikiran kritis adalah sedikit walaupun gred yang mereka terima setiap kali ujian adalah tinggi kerana mereka menghafal dan menelan semua fakta yang tersedia di dalam buku teks. Bagi mereka, buku teks itulah kebenaran. Ini adalah hal yang tidak boleh kita biarkan berlarutan. Kalau tidak, kita akan menghasilkan generasi yang jumud dan sukar untuk maju ke hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk