Langkau ke kandungan utama

Ibu Melayu Mengelilingi Dunia; dari rumah ke London.


(Review oleh Ai'sha Akmal)


Tajuk buku : Ibu Melayu Mengelilingi Dunia; dari rumah ke London.
Pengalaman Peribadi Tan Sri (Dr.) Hajah Aishah Ghani, 1955 – 1958

Ibu melayu pertama mengelilingi dunia; Tan sri Hajah Aishah Ghani. Sanggup menanggung keperitan dan menelan kepahitan meninggalkan keluarga demi mencapai impian dan cita-cita yang telah lama ditanam iaitu melanjutkan pelajarannya di London pada tahun 1955. Akhirnya, detik-detik yang bernilai inilah menjadi titik tolak perubahan dan sumbangan dalam masyarakat melayu pada masa itu. Travelog yang dirakamkan Dari atas kapal Canton sehingga tiba di pelabuhan Tilbury, London, beliau menulis dengan ringkas, tetapi padat tentang setiap tempat dan peristiwa yang dilalui semasa belayar dan sepanjang beliau tinggal di sana sehingga tahun 1958. Travelog yang ditulis oleh beliau bukanlah sekadar perjalanan menikmati keindahan semata, tapi dengan semangat kewanitaan serta kemelayuan, ibu ini menulis setiap detik perjalanan dan pengalaman serta perbandingan masyarakat melayu di malaya dan masyarakat asing di negara mereka dan juga masyakarat melayu di negara asing. Kritikan yang membina dalam sistem pendidikan kerajaan yang telah membina sebuah sekolah di negara asing menunjukkan bahawa, beliau sangat mengambil berat tentang pendidikan orang melayu.

Dalam setiap tulisannya, ada suara berani dan bernas yang penuh semangat nasionalisme meskipun jauh di Negara lain. Bahkan, di dalam travelog ini juga merakamkan bagaimana budaya masyarakat asing di negara mereka pada tahun 50 an. Bagi saya yang meminati dan banyak membaca buku travelog, travelog ini adalah antara travelog yang memberi saya inspirasi untuk berjuang mencapai impian dan cita-cita walaupun seorang wanita. Mempelajari dan mendalami budaya barat pada tahun 50an yang sudah lebih 50 tahun berlalu memberikan tarikan dan keunikan kepada buku ini.

Mengagumi pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh beliau yang juga menjadi orang penting di dalam sebuah parti politik iaitu UMNO. Dapat dilihat bahawa perbezaan yang begitu ketara antara wanita UMNO pada masa kini dan zaman kemerdekaan. Yang mereka perjuangkan itu bukanlah sekadar jawatan yang dikaburi dengan kata-kata semangat yang hambar ibarat tin kosong, perjuangan mereka adalah untuk rakyat, demi rakyat. Semangat bukan hanya atas kata-kata kosong, tapi disusuli dengan usaha dan perjuangan agar melayu menang di atas tanah air mereka sendiri.

Jika dilihat keseluruhan tulisan beliau, mungkin boleh dikatakan seorang nasionalis dan juga Islamis. Banyak pendapat beliau yang merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran. Dalam travelog ini, beliau ada mengkritik ibu-ibu melayu dalam berlebih-lebihan dalam mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anak mereka. Sedangkan agama suci ini sedikit pum tidak mengizinkan perkara itu. Apatah lagi adat tawar menawar harga hantaran. Keluhan beliau dalam memfokuskan isu kebiasaan yang seharusnya diubah oleh masyarakat melayu.


Pengalaman demi pengalaman, peristiwa demi peristiwa membuatkan beliau lebih kenal erti kehidupan dengan lebih mendalam. Makna sebuah kehidupan yang seharusnya kita gali dan cari. Kerana disitulah kita akan lebih mengenali diri sendiri serta mampu untuk membina prinsip diri yang kukuh dibentengi matlamat dan cita-cita hidup. Travelog ini mampu memberi gambaran bagaimana cara hidup masyaeakat melayu kita pada zaman 50 an. Adakah semakin membangun atau semakin merudum. Saya yakin, buku ini ditulis daripada hati seorang ibu, seorang wanita, seorang isteri, seorang pemimpin untuk semua orang melayu. Maka bacalah kita juga dengan hati. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk