Langkau ke kandungan utama

Berfikir Gaya Al Fateh


(review oleh Iman Danial Hakim)

Sepanjang satu minggu yang lalu, saya mengisi sela-sela waktu antara program-program dan komitmen bersama keluarga dengan menikmati buku Berfikir Gaya Al Fateh ini.

Sultan Muhammad Al Fatih dikagumi kerana beliau adalah insan yang membenarkan hadis Rasulullah (bisyarah nubuwwah). Jarak antara kenyataan Rasululllah ketika peperangan Khandaq dengan peristiwa pembukaan kota Konstatinopel (kini dikenali sebagai Istanbul) hampir 800 tahun lamanya.

Dorongan untuk membuka antara kota terkebal pada ketika itu tidak sekadar atas faktor kepercayaan yang tinggi dengan kata-kata Rasulullah, bahkan kesungguhan umat Islam untuk menawan Konstatinopel juga mengambil kira faktor seperti sejarah dan geografi.

Konstatinopel masyhur dengan kedudukan strategiknya, menawan Konstatinopel bererti menawan pintu masuk ke Eropah Timur dan mengawal laluan Asia-Eropah. Dari sudut sejarah, kerajaan Byzantin yang memimpin Konstatinopel adalah musuh ketat Islam. Bangsa ini sering menganggu perkembangan dakwah Islam, kota kukuh ini harus ditumbangkan bagi meluaskan lagi agama Allah di muka bumi. Perjalanan dakwah Islam ke benua Eropah berjalan dengan lebih lancar pasca pembukaan Konstatinopel.

Buku ini membawa ketika ke era pemerintahan Daulah Uthmaniah. Ustaz Syaari melalui persembahan kronologi peristiwa berjaya menyingkap detik-detik bersejarah yang membentuk siapakah Sultan Muhammad Al Fateh.

Ramai yang meletakkan kejayaan pembukaan Kota Konstatinopel ke atas diri Muhammad Al Fateh. Namun, kita perlu memandang peristiwa bersejarah umat Islam ini dengan lebih luas.

800 tahun sebelum Muhammad Al Fatih mengerakkan misi menawan Konstatinopel bukannya kosong dan tiada makna. Sejarah menyaksikan terdapat pelbagai usaha dan strategi daripada generasi-generasi sebelum Muhammad Al Fateh, bermula dengan gencar usaha Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dan diteruskan oleh khalifah-khalifah selepas itu. Wilayah-wilayah di sekeliling Byzantin ditawan walaupun misi utama untuk membuka Konstatinopel berakhir dengan kegagalan. Sekutu-sekutu Byzantin dilemahkan dan tanah jajahan Byzantin semakin mengecil dalam ruang waktu yang panjang.

Urusan menawan Konstatinopel telah dipermudahkan oleh para pejuang sebelum Muhammad Al Fatih. Mereka memahami bahawa perjuangan Islam sifatnya kolektif dan berterusan merentas zaman. Mereka perlu melakukan sesuatu supaya urusan dakwah pewaris-pewaris mereka dipermudahkan.

Buku ini memperlihatkan kepada para pembaca akan persiapan melahirkan pemimpin  yang akan mengubah perjalanan sejarah umat Islam selepas tragedi berdarah kejatuhan kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Tokoh Agung ini tidak muncul secara tiba-tiba. Kejayaan sultan Muhammad Al Fatih tidak berlaku secara kebetulan. Hasil didikan dan tunjuk ajar para ulama’, pengalaman hidup dan pengamatan beliau sebelum menjadi Sultan, kegagalan demi kegagalan yang beliau hadapi serta pelbagai lagi faktor yang membentuk Muhammad menjadi seorang Al Fatih.

Berfikir Gaya Al Fateh bukanlah buku akademik dengan gaya perbahasan yang mendalam atau terlalu ilmiah. Sebaliknya ia lebih cenderung kepada konsep motivasi, pembangunan diri dan kepemimpinan.

Namun begitu, jangan dipandang sebelah mata buku ini. Ustaz Syaari cemerlang mengadun himpunan fakta-fakta akademik, penulisan kronologi peristiwa pra dan pasca 1453, tips-tips motivasi serta rujukan sumber-sumber sahih kajian para sarjana berkenaan Daulah Uthmaniah dengan gaya persembahan yang menarik, mudah difahami dan kaya dengan emosi.

Dalam keadaaan kita kekurangan bahan bacaan akademik berkenaan Sultan Muhammad Al Fateh dalam Bahasa Melayu, buku ini menjadi penawar kepada kelompongan itu.

Gaya Berfikir Al Fateh bukan buku sejarah yang menjadi ubat tidur malam anda. Percayalah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk